Salam Jumaat....hari ini plan nak masak ketam tapi tetiba tak jadi pulak sebab tak lengkap bahan. Mungkin esok atau lusa kot. Itupun bergantung pd mood gak. Jadi, hari ni masak ala kadar je lah. Inilah salah satu menu yg selamat di'upload' kat sini.
Menu telur rebus ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tapi taklah dimasak selalu. kadang2 je. Resepinya pun ringkas dan sedap.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 4 biji telur rebus (dibelah dua)
- 1 labu bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 batang kulit kayu manis - jika suka
- 2 sudu makan sos cili (dayang hanya guna brand 'maggie')
- sekeping asam gelugur
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 labu bawang besar(dimayang)
- garam dan gula
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan kulit kayu manis hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan sos cili, garam, gula, asam gelugur dan sedikit air. Kacau dan biarkan merendidih. Masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Padamkan api.
- Siramkan ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment