Showing posts with label kek Sarawak. Show all posts
Showing posts with label kek Sarawak. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Kek Lapis India / Cadbury Layered Cake


Kek Lapis India dan Kek Lapis Cadbury pd asalnya adalah kek yg sama. Beza pada nama tp bahan-bahan tetap sama. Jangan ada yang keliru lagi ye...hehe. Kek ni adalah antara kek yg sgt popular di Sarawak. Nak tau rasa kek ni kenalah mencuba resepinya atau kalau dh susah2, beli jer...hehe. Tapi kalau buat sendiri, lagi puas hati kan??...

Sebenarnya nak buat pun senang jer. Bahan-bahan pun simple. Cuma time melapisnya kenalah ada kesabaran yg tinggi. Kalau tak, susahlah nk dpt hasil yg diingini. Pastikan setiap lapisan kek dibakar hingga keperangan barulah nampak 'layer' nya yg asli itu...jangan bakar sampai rentung udah lerr...ekeke

Resepi kek ni ada byk versi. Ada yg menggunakan santan serbuk dan ada yg menggunakan kelapa kering. Ada yg menggunakan nestum dan ada pula yg menggantikan nestum dengan serbuk horlicks. Ada yg menggunakan tepung gandum/hong kong keseluruhannya. Semuanya bergantung pd citarasa individu tersebut. Tapi penggunaan coklat cadbury tetap sama...heheh. Jangan digantikan dgn coklat jenis lain pulak lah ye, nanti kurang sedap jadinya. 

Kalau lapisan tak cantik atau mcm tsunami gitu, bersabar je lah ye. Frust memanglah, tp jangan cpt putus asa. Cuba dan cuba lagi. Kalau tengok lapisan kek ni pun taklah kemas sgt sebenarnya...kes nk cepat siappp...adehh...sabar je lah...

hmmm...apa2pun, jom kita semak resepinya. Selamat mencuba! ^__^

Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury
Resepi : dayangjack@dapurku sayang

bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. 
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. 

Tuesday, September 27, 2011

Kek Dandy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Bersiaran kembali setelah bbrp hari tak update resepi. Entah kenapa mood tak berapa nk best sejak dua menjak nih. Mungkin ingatan ni msh ke kampung halaman lg la kot. Padahal tahun ni saja dah 2-3 kali balik. Tp mcm tak puaslah meskipun bercuti panjang...rasa nk balik terus je....huhu. Apa2pun, tengoklah keadaan nanti....kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan segala-galanya.

Ok, jom kita jamu mata dengan kek buah ni atau lbh dikenali sbg Kek Dandy. Inilah antara kek evergreen Sarawak yg sgt sedap dan femes esp ketika menyambut hari Lebaran. Bg penggemar kek buah dah pastinya suka akan kek2 sebegini kan. DJ mmg gemarkan kek ni berbanding kek kismis sb rasanya yg lbh sedap, masam manis dgn campuran buah2 sultana....adehh, mmg best! Kalau disimpan lbh lama dlm fridge lg lbh sedap rasanya. Lg manis kek tu lg lama ia boleh bertahan sampai berbulan2 lamanya. Tp kenalah sentiasa disimpan dlm fridge tau...hehe.

Mari kita semak resepinya ye. Selamat mencuba!

Kek Dandy
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 5 biji telur A
  • 16 oz mentega (DJ menggunakan mentega SCS) - 2 buku (mentega jenama lain pun boleh)
  • 600g tepung gandum (diayak)
  • 100g horlicks 
  • 1 1/2 cawan gula halus 
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Sultana mix fruits (digaul bersama sedikit tepung)*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
  • 2 sudu kecil esen vanilla

* Sultana mix fruits : 1 PKT CERI HIJAU,1 PKT CERI MERAH, SEDIKIT BIJI ALMOND, MANISAN LIMAU DAN KUNDUR, 250g KISMIS HITAM, 250g KISMIS KUNING DAN SEDIKIT BUAH PRUNES. - semua bahan ini dihiris kecil2 dan kemudian digaul bersama sedikit tepung

Cara-cara :
  1. Didihkan air kukusan. Sediakan loyang. Lapikkan dengan kertas serap minyak griskan dengan mentega. 
  2. Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan.
  4. Masukkan susu pekat, horlicks dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan sultana mix fruits dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  6. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium/kertas foil.
  8. Kukuslah selama 4 jam. (jika air berkurangan, tambahkan air panas)
  9. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
Gunakan mentega berkualiti utk menghasilkan kek yg lbh lembut dan sedap!