Showing posts with label lasagna. Show all posts
Showing posts with label lasagna. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Seafood Lasagna



Salam.....

Tuan rumah baru nak mengemas rumah. Kesian...dah beberapa terbiar....nak buat macam mana kan...byk hal lain yg perlu diutamakan terlebih dahulu. Jadi, kurang  sikitlah 'feel' nak belayar di alam maya dgn 'mood' yg tak berapa nak stabil...Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.

oklah, nak cerita sikittt jer pasal n3 kali ni, sebenarnya menu ni dah lama berlalu yer. Nasib baiklah sempat ambik gambarnya. Menu harian pulak kebanyakannya dah byk kali masuk n3. Tak ada yg special. Yang ni rasa2nya tak pernah lagi post kat sini....

Kalau nak cerita dari segi rasanya, memang sedap dan menyelerakan!!....kenyang dan tak perlu makan nasik dah lepas tu. Mula2 terfikir nk buat chicken/beef lasagna tapi malaslah...asyik2 ayam...asyik2 daging....akhirnya, bertukar pulak ke seafood....iaitu menggunakan isi udang.  Waduhh!!...enak bangat sih!!....

Sebenarnya kan belen kulit pastanya dah lama duduk dalam kabinet. Tu pasal ler nak kena perhabiskan...dah hampir menapause pun...skrg ni ada lg belen 3 keping(kulit pasta)...bila nak habis tak taulah...hehe

Resepi seafood lasagna ni adalah mengikut citarasa sendiri. Jika berminat, bolehlah mencuba.

Seafood Lasagna

Bahan A :
  • 4 keping pasta lasagna(dicelur)
  • sedikit udang basah (dicincang)
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
Bahan B:
  • 500 ml susu segar
  • 125 g tepung gandum
  • 150 g mentega
  • sedikit garam
Bahan hiasan :
  • cili benggala (dihiris dadu kecil)
  • sedikit terung panjang (dhiris dan digoreng)
  • keju parut secukupnya
Cara-cara :
  1. Bahan A : Tumiskan bawang putih hingga perang. Masukkan puri tomato, serbuk lada sulah/lada hitam serta oregano. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan isi udang, garam dan gula secukupnya. Kacau beberapa saat dan tutupkan api.
  3. Bahan B: Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2. Kemudian tuangkan susu segar dan garam. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat.
  4. Sediakan bekas yg bersesuaian. Griskan dgn mentega. Susunkan kepingan pasta/lasagna yg sudah dicelur tadi.
  5. Kemudian ratakan dgn bahan inti. Susunkan hirisan terung dgn kemas dan taburkan dgn cili benggala.
  6. Tuangkan bahan B ke atas bahan inti tadi.Ulangi proses sehingga diakhiri dgn Bahan B. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan bekas tersebut. 
  7. Taburkan keju parut secukupnya dan hiaskan dgn oregano.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 140C atau sehingga keperangan. 

Terima kasih kerana sudi singgah dan kepada semua umat Islam yg berkunjung ke sini, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Saturday, August 08, 2009

Baked Bean & Beef Lasagna

Salam semua....hehe..nak tergelak dulu....ok dah...sorry3x...n3 kali ni kasi tunjuk gambar dulu selepas tu barulah ada ceritanya...heheh. Anyway, thank to all my beloved friends sb tak henti2 berkunjung ke rumah ni dan sudi tinggalkan msg walaupun tak sempat dijawab. Yalah, sjk bbrp hari ni dyg sibuk dgn hal2 yg x dpt dielakkan. Rasanya tak perlulah nak dijelaskan kat sini yer. Cukup sekadar dyg mengatakan yg dyg ada hal. hehe. Tapi hari ni line dah clear. Bolehlah sambung aktiviti kat alam maya ni. Ok, lasagna ni dh 2 hari lepas dyg buat. Time dinner. Dah tak tau nak makan apa...teringat kulit lasagna msh ada lagi dlm stok. Daging cincang pun msh ada dan bhn2 yg sewaktu dgnnya. So, dyg buatlah mengikut versi sendiri. Yummy!!!..mmg sedap tau..tgk tak gambar dia tu?..so creamy, kan? Sebenarnya tak susah nak buat benda alah ni... ikut step2 yg ada disertakan pd kotak lagsana tu, InsyaAllah menjadi.

Cuma dyg tak ikut 100% pun resepi tu. Tapi yang paling penting, rasanya sedap dan menyelerakan. Oleh kerana dyg penggemar baked bean, dyg campurkan sekali. Tapi sebelum tu, sos baked bean kenalah buangkan sedikit atau sejatkan dulu supaya lasagna tu tak berair. O ya ada satu lagi resepi yg hampir2 mcm lasagna tapi x guna kulitnya. Sebaliknya guna roti sandwich dan intinya baked bean gak. Kalau rajin, dyg akan buat nanti. Sabar yer.


Inilah resepinya mengikut citarasa dayang. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
  • 4 keping instant lasagna (direndam dlm air panas selama 10 minit atau sehingga lembut)
  • 1 tin kacang panggang (baked beans)

Meat sauce :
  • 250 gm daging cincang
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan stok ayam
  • 2 sb puri tomato
  • 1 sudu makan sos cili
Cara : Cairkan mentega/marjerin di dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga perang. Masukkan puri tomato dan daging cincang. Masukkan stok ayam dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan sos cili, tomato dan garam secukupnya.

Cheese Sauce :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sb mentega
  • 1 sb tepung gandum + 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 125 gm cream cheese/cheddar cheese (dyg guna cream cheese)
  • sedikit lada sulah
  • garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dlm periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju/keju parut. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Cara-cara menyusun : Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan baking dish. Griskan dgn sedikit mentega. Letakkan kulit lagsana terlebih dahulu. Kemudian, tuangkan inti daging tadi ke atasnya diikuti kacang panggang. Ratakan. Kemudian tuangkan sos keju. Pastikan kulit lagsana ditutup sepenuhnya. Ulangi langkah tadi sampai habis dan diakhiri dgn sos keju. Taburkan parmesan cheese(jika suka) dan sedikit oregano. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.