Showing posts with label kek gulung. Show all posts
Showing posts with label kek gulung. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Kek Gulung Kasih


Inilah pertama kalinya DJ gulung kek ni secara terbalik.....faham ke tak ni maksud 'terbalik'? hehe. Ok, jom imbas kembali kek gulung kasih yg DJ buat sebelum ni. Ada beza tak? Apa agak2nya yg terbalik tu? :D

Rujuk link DI SINI

ermm...dah dpt jawapan?...heheh. Apa yg DJ maksudkan ialah kek ni biasa kulit di luar tetapi kali ni DJ guna bahagian dalamnya pulak menjadi kulit dengan meletakkan tompokan adunan terlebih dahulu dan kemudian dibakar selama 50 saat, lepas tu diratakan adunan putih pd keseluruhannya. Bakar lagi hingga masak keperangan. Bila dah siap bakar, keluarkan dari oven dan terbalikkan kek. Ceraikan perlahan2 dari kertas baking tadi (rujuk gambar bawah). Kemudian terbalikkan semula kek tadi....haaa..nampak tak kulit kek tu bila dah dipisahkan dari baking sheet tu? hmm..tak melekat pd kertas tu kan...DJ menggunakan none stick baking paper utk menggulung kek. Jadi, kalau guna kertas biasa, maybe kena sapu butter atau minyak terlebih dahulu supaya kulitnya tak melekat pd kertas tersebut. Boleh juga guna plastik utk gulung kek ni (yg ni pendapat mereka2 yg dah mencuba..tp DJ mmg x pernah try pun)






Apa2pun cara, yang penting kek roll kena btl2 masak on timing. Silap adjust/set masa sket, kek kurang masak atau terlebih masak. Bila terlebih masa membakar, kek akan menjadi kering dan berderai. Akhirnya ia patah semasa digulung. Sebab tu lah kena ambil tahu masalah oven masing2. Lain jenis oven, lain kepanasan suhunya. Lagi satu, follow resepi betul2. Jangan adjust sukatan melainkan gula. Ikutlah langkah2nya, jgn ada yg terlepas pandang, ok... All the best! :)

DJ msh menggunakan resepi yg sama DI SINI. Tekstur kek ni mmg gebu, lembut dan sedaaapp! Kalau takut kulitnya tertanggal, bolehlah cuba stail gini. Ikutlah keselesaan masing2 kan. Tapi stail gini pun nampak comel gak...hehe (tetiba terasa nk buat lagi la pulak tapi perisa lain.

Kali ni DJ menggunakan filling bluberry pulak...alangkah sedapnyaaaaa!


Saturday, April 21, 2012

Bahulu Gulung

Dapat je telur fresh terus kubuatkan bahulu gulung...Alhamdulillah...gebu dan sedap sgt rasanya. Dah lama sgt tak buat kek ni padahal kalau nk prepare bahan2nya bkn main senang lagi kan...hehe. Tetiba je mood rajin ni dtg. Payah nk carik mood sebegitu tau...huhu. 

Dulu2 lah, nenek kata kalau nak bahulu tu rasa sedap, lembut dan gebu, kenalah menggunakan telur yg segar. Barulah dpt hasil yg memuaskan. Kalau telur dah nk hampir expired, baik buat telur mata kerbau jek..ye tak ye jugak...tp mmg btl lah apa yg nenek ckp tu...DJ dah byk kali gak buat. Penah gak x menjadi sgt sb tak ikut petua nenek. So, kesimpulannya, jgn salahkan resepi 100% kalau apa yg kita buat tak seperti yg dalam gambar tu, ok. (hihik...siap bagi peringatan lagi tuu...)

Masih kuingat lagi zaman dulu2 tak ada mixer utk putar telur dgn gula ni....taaapiii...MasyaAllah..betapa gebu dan lembutnya bahulu biarpun diputar cara manual jer...hehe...faham2 jelah kan...

hmm..kalau tengok resepinya mesti ada yang bertanya, kek ni tak pakai minyak atau butter kahh?...mmg tak pakai langsung ye tapi hasilnya tetap gebu. Cuba dulu baru tau hasilnya. Kalau tak menjadi gak, janganlah terus mengalah. Cuba dan cuba lagi sampai dapat. Lagipun resepi ni adalah resepi basic kek gulung. Memang sesuai sgt bagi yg nk baru belajar. 

DJ cnp semula resepi dari myresipi.com. Adehh...dah lama tak tulis resepi kat situ. Di situlah mula2 DJ berkongsi resepi dan berkenalan dgn HaSue, kak Nor, Lina_pg, kak Liza, Mat Gebu, dan ramai lagi blogger masakan yg hebat2 belaka. ^___^

Ok, jom kita semak resepinya ye...slmt mencube! 

Bahulu Gulung
resepi : Dayang Jack

Bahan-bahan :
( dulang saiz 9" x 7" atau 10" x 10" x 1" - Satu gulung utk 3-4 orang )
  • 90g tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A (telur yang segar pada suhu bilik)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla / jus lemon
  • jem secukupnya (DJ menggunakan filling strawberi)
  • sedikit gula halus untuk taburan - boleh skip

Cara-cara
  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dengan cara kaup balik. (kaup tepung dengan perlahan sahaja) 
  5. Tuangkan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Ratakan.
  6. Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
***boleh rujuk di MYR untuk lihat step berserta gambar.

Sekali sekala kulit tertanggal, tak mengapalah...nampak seksi gituuu...awww...pengsannn!

Wednesday, March 16, 2011

Kek Gulung Kasih...dan sedikit tip


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semalam buat lagi kek gulung ni. Barulah dpt merasa 2-3 potong. Memang lembut dan gebus jer. Actually, tak dan nak tunggu sejuk btl2 sb dah ada yg tak sabar nak makan...nasib baiklah sempat posing jap...hehe. Masih menggunakan bahan yang sama dan sukatan yg sama. Setakat ni dah ada yg sudi cuba resepi ni. Kalau tengok kat dapur k.Madiha, Izah dan k.Zana...semuanya mengancam dan cantik2 jer gulungannya. Oleh krn DJ msh menggunakan bekas yg biasa tu, kejadiannya tetap begini...gulungan cam tak cukup jer...kek pun  jadi tebal sket...tp xpelah, asalkan dpt digulung, udah ler...hehe.


O ya lupa lak nk kasi tau...kali ni DJ guna filling stoberi utk menggulung kek ni (tersilap ckp ari tu kat kak Madiha...hehe). Filling ni taklah manis sgt pun. rasa masam2 manis gitu. Sesuailah dengan citarasa. Kalau guna krim aising pun sedap juga. Tapi kalau nak guna jem yg manis2 tu, boleh dikurangkan sukatan gulanya mengikut citarasa sendirilah kan. 

Apa-apapun, terima kasih byk2 diucapkan kpd yg telah sudi mencuba resepi ni. Daripada yg tak biasa menggulung kek pun dah pandai dah skrg. Tahniah buat izah. Practice makes perfect!

Resepinya boleh KLIK DI SINI.

proses membakar dan menggulung kek. Cara nak gulung kek ni senang jer. Kalau nak tau tip kak Madiha, apa kata jenguk sekejap ke dapurnya yer. InsyaAllah, satu masa nanti DJ akan tayang 'the making' dlm bentuk video plak yer...moga-moga sampai hajat di hati...hehe

Update :Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking. 
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.

Monday, March 14, 2011

Kek Gulung Kasih


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Semalam sempat gak bakar kek roll ni buat minum petang. Anak-anak dah lama request. Buat satu roll jer. Menyesal tak buat lebih sb DJ hanya sempat merasa sepotong jer. Selebihnya.....sila jawab sendiri...hehe. Dah agak lama tak buat kek ni..padahal taklah susah sgt pun nk prepare. Hmmm...hari ni sementara tunggu hubby balik dari Ipoh, mungkin nak buat lagi ler kot...tp tengok mood gaklah...kdg2 apa yg dirancang tak semuanya menjadi kan...hehe

Ni ikhlas nak bagi tau...kek ni sgt lembut dan gebu. Lagi satu, sedaaaappp!...rasa manisnya pun taklah melampau sgt dan taklah menyakitkan gusi...ekeke. Pada mulanya DJ nak letak krim aising jek...tp memikirkan yg sorang tu tak berapa gemar kek yg ada aising, jd DJ bubuh jem stoberi + rapsberi jer...pun sangat sedaaap!

Kek ni taklah besar sgt saiznya. In fact, DJ guna bekas yang berukuran 17 cm x 24 cm jer. Malas nak keluarkan loyang swiss roll yg msh terperap dlm kotak(sejak pindah rumah ari tu) lagi. Lagipun loyang tu tersangatlah besarnya. Kalau nak pakai, kenalah gandakan adunan kek ni...

So, mcm tulah ceritanya...sesiapa berminat, sila2lah mencuba resepi ni yer. Memang tak rugi pun....

Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.