Showing posts with label sos. Show all posts
Showing posts with label sos. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Tauhu Goreng Sos Cili

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kembali bersiaran....rindu plak rasanya nk tulis entri. Semalam tak sempat nk update apa2. Hari ni Alhamdulillah...dapat update 1 entri pun jadilah kan meskipun ada lagi yg sedang berbaris di belakang sana...hehe. Kadang2 tu bila dah upload gambar, idea plak tetiba jadi 'blank'. Last2...save jelah dulu...hehe.

Oklah, tak nak ckp memanjang...jom layan dulu tauhu goreng nih. Sedap dicecah dgn sos cilinya itu. Kalau ada sotong kering tumbuk atau dlm bahasa Sarawaknya "suntung tutok", mmg pergghhh...sedaappp! Sgt sesuailah dimakan dgn sos cili nih...aduhh! kecur liur!!...


Resepi Tauhu Goreng Sos Cili


bahan-bahan : Tauhu Goreng
  • Tauhu secukupnya (dipotong dua)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit garam dan lada sulah
Cara-cara :
  1. Bersihkan tauhu.
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam.
  3. Satukan kesemua bahan di atas kecuali tauhu dan kacau/kisar hingga sebati.
  4. Setelah minyak cukup panas, celupkan tauhu ke dalam batter tadi dan gorenglah hingga keemasan.
  5. Setelah masak, angkat dan toskan. Potong lagi kecil-kecil jika suka.
bahan Sos :
  • 1-2 sudu makan cili giling/cili kisar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 4 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu kecil cuka
  • sedikit garam
  • kacang tanah kisar secukupnya
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan kecuali kacang tanah hingga lumat.
  2. Kemudian didihkan sebentar dan kacau sebati.
  3. Angkat dan taburkan dengan kacang tanah kisar.
  4. Hidangkan bersama tauhu tadi. 
** sesuai dihidangkan bila-bila masa sahaja.


Tuesday, February 08, 2011

Tempura Udang Vs Sos Lemon


Malam ni dinner ayam goreng krispi, tempura udang dan sayur campur. Malangnya tak sempat nk tayang semua sb masing2 dah tak sabar nk makan. Apa2pun layan sajalah apa yg ada ni ya. DJ dah mula rasa malas nak masak yang special...bimbang dan takut tak boleh nak kontrol diri sendiri..huh!


Dah lama tak buat tempura udang. Kebetulan stok tepung tempura yg dibeli pd penghujung tahun lps msh ada lg dlm esbok. Tapi kalau tak ada stok tu pun no hal punya. Boleh jer buat cara lain. Biasanya DJ akan campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung utk dijadikan batter. Lepas tu bubuh garam, lada sulah dan air sejuk. Bancuhkan hingga sebati. Kemudian celupkan udang ke dalamnya dan goreng hingga garing. Dah siap. 

Tempura Udang Vs Sos Lemon

bahan-bahan :
  • 8 ekor udang sederhana (dibuang kulit kecuali bahagian ekor dan dibersihkan)
  • 1/2 cawan tepung tempura
  • air sejuk secukupnya
Cara-cara : satukan tepung bersama air sejuk secukupnya dan bancuh hingga pekat. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celupkan udang ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga keemasan. Ketepikan.

bahan sos lemon :
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dengan 80 ml air)
  • 2 sudu makan sos cili (optional)
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan mentega
  • sedikit garam dan lada sulah

cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali leper. Masukkan kesemua bahan dan masaklah hingga pekat. Kemudian tuangkan sos tadi ke atas udang yang sudah digoreng tadi. Hidangkan.


Thursday, January 13, 2011

Tauhu Sos Mentega Kacang


Hari tu tayang tauhu. Hari ni tayang lagi. Jangan bosan ya..hehe. Menu ni adalah menu tahun lepas lagi. Baru sempat nk update.

Boleh dikatakan setiap minggu dyg masak tauhu. Tak pernah jemu.. sb tauhu ni boleh dipelbagaikan cara masakannya. 

Kali ni nak share resepi tauhu yg menggunakan mentega kacang sbg sosnya. Nak tau rasanya, kenalah cuba resepinya dulu yer. Resepi ni adalah resepi lama sekitar tahun 90an dulu. Tak ingat dari mana dapat tp msh ingat sket2 bahan-bahannya. Kemudian telah diubah mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri. 

Tauhu Sos Mentega Kacang 

bahan-bahan :
  • 4 keping tauhu keras (digoreng hingga masak)
  • sedikit tauge (dicelur)
  • sedikit timun (dihiris halus)
  • sedikit kacang tanah panggang/gajus panggang (ditumbuk kasar)
bahan sos :
  • 3 sudu besar mentega kacang rangup (-/+)
  • 2-3 biji cili padi (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan susu segar / susu cair (boleh tambah jika suka)
  • 3 sb kicap cair
  • 1 sk kicap pekat - optional 
  • sedikit daun ketumbar (diracik/hiris halus)
  • 1 sb mayonis @ 1 sb cuka
  • 1 sudu makan bawang putih goreng
  • sedikit lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :

  1. Untuk sosnya : satukan kesemuanya di dlm periuk dan jerang dgn api perlahan. Kacau sehingga sedikit pekat.
  2. Susunkan tauhu di atas pinggan, tuangkan sos di atasnya. Kemudian, hiaskan dgn tauge, timun dan taburkan kacang. Hidangkan.