Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Jus/Serbat Tembikai

Rasa dahaga plak ptg2 nih...sekali sekala buat jus tembikai, alangkah nyamannya rasa tekak ni kan...siapa nk join?? jom kita minum duluuu.... 

Jus tembikai ni dah pasti ramai yg pandai buat kan. Resepi biasa2 jer tapi yg paling penting ianya sedap dan dpt hilangkan dahaga. DJ actually tak berapa gemar minum yg sejuk2 ni. In fact, air sejuk pun tak minum. Tapi kalau setakat sekali sekala nk buat jus tu bolehlah. Terasa nyamannyaaaa.... :)

Jus Tembikai Ringkas

bahan-bahan :
  • tembikai merah (dipotong kecil-kecil)
  • sirap gula
  • air sejuk
  • ketulan ais
Cara-cara : Kisar semua bahan kecuali ketulan ais. Semasa menghidang, masukkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati.




Serbat

bahan-bahan :
  • tembikai merah (dipotong kiub)
  • gula secukupnya 
  • air sejuk secukupnya
  • ketulan ais
Cara-cara : Masukkan hirisan tembikai di dalam gelas/mangkuk. Masukkan gula dan gaul rata-rata. Kemudian masukkan air sejuk tadi. Simpan ke dalam peti sejuk.  Apabila hendak menghidang, masukkan ketulan ais secukupnya. 


Saturday, September 12, 2009

Strawberry Smoothie

Minuman yang menyegarkan.....nyamaaaann!

Bahan-bahan :
  • 3 biji buah strawberi
  • 1/2 gelas susu segar
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb susu cair
  • sedikit sirap gula
  • ketulan ais secukupnya
Cara-cara : Kisar semua bahan di atas dan sedia utk dinikmati.

Saturday, September 05, 2009

Smoothie Epal Kurma

Sedap dan berkhasiat!!!

Bahan-bahan : untuk satu gelas besar
  • 1 biji epal hijau (dihiris)
  • 1 biji kurma (dibuang biji)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 /2 gelas air suam
  • 1-2 sudu makan susu pekat
  • sedikit sirap gula
Cara-cara : Kisar kesemua bahan2 di atas hingga hancur dan hidangkan bersama ketulan ais.

Friday, September 04, 2009

Jus Tembikai

Minuman yg sungguh menyegarkan....cuma perlu kisarkan hirisan tembikai bersama air dan campurkan dgn sirap gula dan ketulan ais. Sungguh nyaman!!!

Teh O Limau Serai Titik

Segar dan nyaman je minum teh O limau nipis dan serai titik ni....Nak buat pun senang je. Cuma perlu sediakan air panas, gula, uncang teh, sebiji limau nipis (diperah), dan serai (dititik shj)...memang ada kelainannya....kalau nak sejuk, boleh tambah ketulan ais...dah siap....huhu, dah minum suku baru teringat nk snap picture...

Saturday, August 29, 2009

Jus Mangga

Jus ni dayang buat utk berbuka semalam. Cuma perlu blend hirisan mangga bersama gula dan air masak. Lepas tu bubuh air batu sikit. Nyamaaan!!!

Friday, August 28, 2009

Karot Susu

Antara menu berbuka semalam. Nyaman je rasa anak tekak ni dapat minum karot susu.

Bahan-bahan :
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil2)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 3 sb susu pekat
  • ketulan ais dan air secukupnya
Cara-cara : Kisar semua bahan di atas dan hidangkan.

Wednesday, August 19, 2009

Air Kelapa Kurma

Hubby kata air kelapa kurma ni mmg amat sesuailah diminum ketika sakit2 dan demam2 berjangkit ni. Jadi, semua ni dia buat sendiri. Tapi ada cara2nya. Mula2 sediakan air kelapa muda utk satu cawan, pastu ambik 2 biji buah kurma(dibuang biji) dan rendamkan bersama air kelapa selama 2 jam. Selepas itu, bolehlah diminum. InsyaAllah, badan akan rasa segar dan cergas kembali.

Sesiapa yang demam atau ada tanda2 nak demam, cepat2lah amalkan minum air kelapa kurma ni.

Tuesday, August 18, 2009

Jus Epal Princess


Si princess memang suka demand time sakit. Hari ni dia mintak buatkan jus epal. Jadi, layan je lah...

Risau gak suhu badan dia x turun2 walaupun dah makan ubat....

Tuesday, August 04, 2009

Sirap Bandung

Dah penat makan...jom kita minum!.... :)... Minuman ni favorite no 1 princess. Kejap lagi balik sekolah kenalah prepare air bandung ni utk dia....

Bahan-bahan :
  • 1 sdt sirap ros
  • 7 kiub ais
  • 2 1/2 sudu makan susu pekat
  • 1/4 cawan susu cair
  • 3/4 cawan air masak
Cara-cara : Kisar semua bahan2 di atas dan sedia dihidangkan.

Wednesday, July 29, 2009

Chocolate Ice Blended

Salah satu minuman favorite tetapi buat sekali sekala jer sb dayang tak berapa suka sgt minuman berais. Anyway,...once dah buat, memang sedap dan menyegarkan....selepas ni kena tunggu 2-3 bulan lagi, barulah boleh buat lagi...hehe. Kalau tak pun, buat hot chocolate shj.

Bahan-bahan : untuk satu gelas besar
  • 1 gelas kiub ais
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air masak
  • 5 sudu makan serbuk minuman coklat (kalau xde, boleh gantikan dgn koko + 2 sudu makan gula pasir)
  • 1-2 sudu makan susu pekat
Cara-cara : kisarkan kesemua bahan di atas dan sedia utk dihidangkan.

Friday, June 05, 2009

Apple Grape Milk Shake


Si princess punya idea la ni....dari pg td nak mintak sirap bandung, jus epal, jus anggur, jus limau, ...jus segala jus. haaaiii,..poning kepalo den...last2 buat apple grape milk shake. Dapatlah 3 gelas. Semua tu dia punya. Mama dia sempat meneguk 1/4 gelas jer...cukuplah tu... ape2pun milk shake ni sungguh nyaman dan menyegarkan!!!


Bahan-bahan :
  • 1-2 biji epal merah/hijau (dipotong dadu)
  • 5 biji anggur
  • 1/2 - 1 cawan low fat milk
  • 1 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu makan susu pekat
  • 6 ketul kiub ais (nak lebih pun ok)
Cara-cara:
  1. Kisar epal dan anggur bersama 1 cawan air hingga hancur. Tapiskan.
  2. Masukkan semula jus epal dan anggur td ke dlm pengisar. Satukkan dgn susu segar, susu pekat, gula ketulan ais. Kisar lagi hingga berbuih.
  3. Sedia utk dihidangkan.
**sukatan air bergantung pada saiz epal. Jadi, bolehlah adjust sendiri yer.