Thursday, December 22, 2011
Cornflake Madu Pedas Rangup ...lagi
Saturday, September 17, 2011
Cornflake Madu Pedas Rangup
Jom kita cuba resepi mudah ni...
Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 1 bungkus cornflake
- 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
- 6 biji bawang merah (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- sedikit cili giling/cili kisar
- madu secukupnya
- sedikit garam
- 100 g mentega +/-
- Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
- Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
- Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
- Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
- Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
- Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!
Tuesday, April 12, 2011
Crispy Onion Rings (my style)
Crispy Onion Rings
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
bahan-bahan :
- Bawang Holland secukupnya (dipotong bulat)
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan air sejuk dari peti ais
- sedikit lada sulah
- garam dan sedikit gula
- Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
- Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
- Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Tuesday, December 14, 2010
Crispy Banana Fritters (Cokodok Pisang Rangup)
Minum petang kami sekeluarga. Mula2 buat cokodok biasa. Lepas tu, datang lak idea nak buat stail gini. Pun tersangatlah sedap dan rangup pulak rasanya. Tak rugilah mencuba.
Jom layan resepi dgn gambar2 yg tak seberapa ni....hehe.
Crispy Banana Fritters
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum atau secukupnya
- pisang secukupnya (dilenyek) - DJ guna pisang emas 5-6 biji
- 60 ml susu cair
- 1/2 cawan gula ( -/+ )
- sedikit garam
- breadcrumb / serbuk roti secukupnya
- Satukan kesemua bahan di atas kecuali breadcrumb dan sebatikan hingga gula hancur. Boleh tambah tepung jika perlu. Kemudian, ambil sesudu adunan dan bentukkan mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
- Salutkan atau golek2kan adunan tadi ke dalam serbuk roti. Sejukkan sebentar.
- Panaskan minyak utk goreng terendam. Gorenglah hingga keemasan.
Monday, November 01, 2010
Cornflake Madu Pedas
UPDated :
Resepi Cornflake Madu Pedas (my style)
bahan-bahan :
- 4-5 cawan cornflake
- 2-3 sb cili giling
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3-4 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
- sedikit garam
- 1 sudu makan gula
- 2 sb mentega
- 2 sb minyak bijan (minyak masak pun boleh)
- sedikit bijan bakar (optional)
- Panaskan minyak dan cairkan mentega. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
- Masukkan madu, garam dan gula. Kacau lagi hingga sebati.
- Barulah dimasukkan cornflake tadi. Gaul2kan hingga rata.
- Tutupkan api. Gaulkan pula dgn bijan bakar jika suka. Hidangkan.
- Jika nak lebihkan rangup, bakar sekejap selama 6-7 minit di dlm oven.
Thursday, January 28, 2010
Nugget Ayam Krispi (homemade)
Bahan-bahan :
- 300-400 g isi ayam (dibersihkan dgn air limau dan dicincang kasar)
- 1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah
- 1 sk serbuk pati ayam - optional
- garam secukup rasa
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- 2-3 sudu besar tepung serbaguna
- serbuk roti secukupnya (breadcrumb)
- Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam / lada sulah, serbuk pati ayam dan garam hingga sebati.
- Bentuk2kan isi ayam tadi mengikut kesukaan masing-masing. Nak bentuk menjadi jejari ayam pun boleh.
- Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu.
- Celupkan ke dalam telur.
- Kemudian golek2kan dgn serbuk roti.
- Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan sejukkan terlebih dahulu selama 30 minit ke dalam peti dingin beku.
- Sediakan minyak utk deep frying. Apabila sudah panas, gorenglah nugget tadi hingga keemasan.
- Hidangkan bersama sos atau mayonis.
Thursday, January 14, 2010
Enang-Enang Pulut aka Inang-Inang
Bahan-bahan ( 55-60 kpg ) by Che' Iza
- 1 kg beras pulut
- Lebih kurang 6 cwn air / separa dgn pulut
- sedikit garam
- Pewarna kuning, hijau n merah (nak buh biru pun boleh)
- sedikit kapur yg dicampur dgn sikit air
Cara-cara
- Rendam pulut ngan air, satu jam pun okey dah. Basuh pulut n toskan air. Masukkan dlm loyang, letak air paras pulut jer. Gaul dgn sedikit garam. Kukus Hingga pulut tanak.
- Bahagikan pulut kepada 3 bahagian. Setiap bahagian titiskan dgn pewarna. Jgn byk sikit jer. Gaul pulut ngan pewarna tu biar sekata.
- Letak pulut atas dulang ker atau loyang besar. Tekan pulut n ratakan nipis-nipis. Sebelum tu basahkan sikit tgn dgn air kapur. Terap pulut bulat-bulat. Susun dlm dulang n jemur sampai betul-betul kering. Kalau cuaca panas, 2 hari pun dah okey dah.
- Bolehlah di goreng buat makan sambil tgk tv.
Monday, November 30, 2009
Mini Popia
Salam aidil adha buat rakan2 semua. Dah habis beraya ke belum tu?? hehe. Pasti ada yang dah balik ke rumah masing2 sekarang ni kan..yang sedang bercuti tu selamat bercutilah bersama insan2 tersayang. Sedih ooo...jgn tanyalah dyg beraya kat mana...sebenarnya rindu sangat2 kat kampung halaman. Tapi apakan daya, hubby sedang sibuk menyiapkan projek2 baru.. Outstation sana sini. Kenalah bersabar dulu dan sanggup berkorban....hehe. Walau bagaimanapun, sambutan raya haji ni kalau kata kampung dyg taklah semeriah raya puasa. Maknanya, raya haji ni kat sana disambut secara sederhana. Kerja2 kat dapur pun taklah banyak sangat. Kek2 pun tak buat kecuali masak rendang, nasi minyak, lauk2 yg sewaktu dgnnya adalah sikit. Lebihan kek2 raya puasa terdahulu pun ada lagi dan bolehlah hidang. Tu lah yang biasa dibuat setiap kali raya haji. Bila dah merantau kat negeri orang ni lainlah pulak suasananya. Tapi still dapat menyesuaikan diri walaupun jauh di lubuk hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tak nak cerita panjang lebar...takut hujan turun lagi...
Oklah. Sebenarnya, ada bbrp perkara nak cakap di sini setelah mendiamkan diri pd n3-n3 yg dah lepas. Bukan tak nak bercakap, cuma belum ada ruang dan feel nak menaip lebih2 lagi tengah tension dgn laptop Sleeping Beautyku itu. Hari ni barulah rasa lega sikit sb hubby dah mula pay attention...hihik...dia dah bawak pi kerja pagi tadi. Harap2 Sleeping Beautyku itu dapat diselamatkan. Nyawa pun tak setanding dgn nyawa ikan...Bila dah ok nanti barulah bersemangat nak update blog hari2 mcm dulu. InsyaAllah...
Mengenai chatbox2 baruku itu..sebenarnya dah lama register tapi tak pakai lagi sb lebih selesa pakai yang sebelum ni. Cuma ada yang mengadu sb tak nampak pintu segala bagai, jadi kita tukarlah yang ini pulak. Lagipun senang nak tengok kat HP. Boleh reply kat situ kalau ada msg. Yang lama tu mmg tak boleh nak tembus. Harap2 lepas ni dapatlah berfungsi dgn baik dan tak ada sebarang kesulitan lagi. Rakan2 dan pengunjung setia bolehlah tinggalkan mesej kat mana2 chatbox mengikut keselesaan. Kalau tak ok juga, harap inform dyg, ok.
Orait, n3 kali ni ialah mini popia. Banyak gak buat hari tu tapi tak sampai ke raya. Faham-faham je lah. Tu pun dpt tayang suku jer sb dh nak habis. Kalau bab2 nak menggulung kulit popia ni mmg fail. Bukan setakat fail jer tapi sebenarnya malas. Makan suka ler...hehe. Nak buat sendiri, kena tunggu betul2 ada mood. Ni pun kulit popiah asyik keluar masuk keluar masuk peti ais....tertangguh2 nak buat...huhu. Tapi bila dah buat, berbaloi gak rasanya. Sedap dan rangup. Cuma tak bagi pedas sgt takut anak2 tak nak makan.
Nasib baiklah dpt shoot walaupun tinggal sikit jer ni. Itupun si kecik suruh buat lagi. Sedap katanya. Cuma tu lah, nak tunggu rajin sikit baru boleh buat. Resepinya pun main redah jer ni janji sedap...heheh. Lagipun, dah biasa tengok mak sedara buat long time ago, jadi ingat2 gitu jer lah bahan2nya. Selebihnya, pandai2lah alter sendiri...hehe.
Friday, September 18, 2009
Kerepek Jagung Pedas...lagi
Hari ini buat lagi kerepek jagung sb stok cornflake masih ada banyak lagi. Esok lusa mungkin buat honey cornflake atau biskut lak...tu pun tengoklah kalau ada free.
Kerepek ni sebenarnya sangat sedap dan rangup. Ada gak member2 MYR yg buat menjadi dan ada gak yang tak menjadi. Ada silap la tu kat mana2...apa2pun terima kasihlah byk2 bg yg tlh mencuba resepi ini.Bahan-bahan :
* 3 cawan empingan jagung (dyg guna kellogs cornflake asli)
* 1 labu bawang besar/5 biji bawang merah (dikisar)
* 2 ulas bawang putih(dikisar)
* 3-4 sb cili kering kisar (boleh kurang/tambahkan- ikut citarasa)
* minyak secukupnya
* gula dan garam secukupnya
Friday, September 04, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Kerepek Jagung Pedas
Bukan setakat cornflake madu, malah, empingan jagung ni sebenarnya sedap sangat kalau dibuat macam kerepek ubi tu. Sedap dan rangup....huhu, teringat kat nenek yg selalu buat kerepek ubi masa dulu2. Memang sedap takda tandingan...
Kerepek ni taklah pedas sgt. Depends ngan jenis cili kering yg digunakan. Cili kering saiz besar tak pedas, tapi saiz yg paling kecik tu mmg berasaplah telinga ni...hehe. tapi dyg suka beli yang saiz sederhana je.- 3 cawan empingan jagung (dyg guna kellogs cornflake asli)
- 1 labu bawang besar (dikisar)
- 2 ulas bawang putih(dikisar)
- 3-4 sb cili kering kisar (boleh kurang/tambahkan- ikut citarasa)
- gula dan garam secukupnya
Biskut Cornflakes Madu


Biskut Cornflakes MaduBahan-bahan : (4-5 orang makan)
- 3 cawan empingan jagung ( dyg guna Kellog's Cornflakes asli)
- 60 gm mentega
- 1/8 cawan madu
- 1 sudu makan gula
- sedikit bijan - jika suka
- cawan kertas secukupnya
***biskut ni kalau tak bakar pun takpe tapi goreng lama sikit supaya ia rangup. sesuai dimakan bila2 masa shj. Selamat mencuba!
Friday, August 07, 2009
Crispy Crabstick
Teruja sgt2 nk goreng cik crab ni...ikut resepi hebat Che' Iza Myr tu. Memang best! Thanks for sharing dis rescipe...ringkas dan sedap. Dayang C&P resepinya di sini yer...tq.Bahan-bahan ( 2-3 org )
* 2 paket filamen crabstick
* Serbuk secukup rasa maggi (takde pun tak per)
Cara-cara
1. Buka filamen crabstik jadi satu kepingan yg lebar. (Kalau perasan filamen ni dia ada satu gulungan).
2. Hiris memanjang selebar 1cm.
3. Goreng deep fry hingga golden brown n garing... Untuk menambahkan rasa, taburkan sikit dgn serbuk secukup rasa.... Siap.
Monday, August 03, 2009
Keropok Lekor
Sebelum kena ngap, cepat2 snap gambar...Alhamdulillah...sempat gak....ni kes x sabar nak makan. Panas2 sedap tau. Ole2 ni dpt dp SIL yg br balik dr Kuala Trengganu Sabtu lepas. Hehe, pas tu kan dgn muka tak malunya bertanya, "ada sos tak?"..hehe. hish, apo la den ni...last2, buat sendiri...Sedaplah kepok ni....jom cuci mata!...Monday, June 08, 2009
Cucur Udang
Salam semua...2 hari lepas dyg x sempat nk update blog. Maklumlah busy dgn kehadiran parents-in-law. Semalam plak, pagi2 lagi dyg dah menyibukkan di Matrik UIA, PJ nak temankan adik ipar mendaftar diri di sana.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar walaupun agak kepenatan. Di situlah tempat aku dan suamiku menimba ilmu termasuklah ilmu bercinta...cewaahh!..hehe...Tak banyak yang berubah. Cuma Kolej Khadijah yang dulunya tempat asrama budak2 lelaki(kolej Abu Bakar) dah pun dicat baru. Yang bestnya dapat jugaklah berjumpa dgn Mak Guard tersayang, Puan Saadiah...hehe. Sape2 yg mengaji di situ pasti kenal orangnya...yang agak garang lagi jitu. Mestilah garang, kalau tak, xde maknanya jadi guard, betul tak?...Die plak x brp ingat nama dayang n hubby tapi masih cam muka kte orang. Maklumlah dah lebih 10 tak jumpa, tapi orangnya tetap maintain gituu...
Pagi tadi, parents-in-law dah balik kampung. Sebelum tu, sempatlah buat cucur udang, mee goreng dan roti bakar utk sarapan. Father-in-law plak asyik memuji cucur udang yg dyg buat tu. ...Garing di luar, lembut di dalam, katanya. Siap bertanyakan resepi lagi. So, sape2 nak try, bole ler cuba resepi cucur udang ni. Mana tau kena dgn taste.
Bahan-bahan :
·1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
·1 cawan tepung gandum (diayak)
·1 ½ cawan air suam/panas
·1 biji telur
·Sedikit cili merah (dihiris)
·Sedikit udang basah (dibuang kulit)
·1 ½ sk garam (boleh ikut sukatan sendiri)
·1 sudu makan gula
·1 labu bawang besar (dihiris)
·Minyak utk menggoreng
Cara-cara : Satukan tepung, telur, cili merah, bawang besar, gula, garam dan udang di dalam mangkuk. Gaulkan. Kemudian masukkan air dan kacau sebati dgn menggunakan garfu. Sementara itu, panaskan minyak di dlm kuali. Setelah panas, ambil 2 sudu makan minyak dan gaulkan bersama adunan tepung td. Gorengkan sehingga masak.
Saturday, March 28, 2009
Epal Bersalut
Bahan-bahan :
- 3 biji epal (dikupas kulitnya dan dihiris kecil2 atau ikut suka)
- 1 cawan tepung superfine (diayak)
- 2 biji putih telur
- 2-3 sudu besar gula halus
- 1/2 sk garam
- 135 ml air suam
- sedikit jus lemon
- minyak utk deep fry
- sedikit gula aising
Cara-cara :
- Satukan air suam bersama garam. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
- Pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul hingga kembang dan pekat.
- Satukan langkah 1 dan 2. Kacau rata2.
- Masukkan epal dan kacau sebati.
- Panaskan minyak. Cedok adunan td tadi dgn sudu dan goreng hingga keperangan. Toskan pd kertas serap minyak dan taburkan gula aising sebelum dihidang.
Wednesday, March 25, 2009
Crispy Onion Rings
Snack untuk makan malam. Kali ni cuba resepi k.fida myr. Thank you, sifu. Sedap gak makan sambil tgk tv. Actually, dyg ni penggemar onion ring. Masuk je ke A&W, pasti snack ni jd pilihan. kat Burger Kings pun sedap gak. Pernah buat sendiri guna tepung tempura @ guna breadcrumb dan add rempah sikit...pun best gak. Ape2 pun resepi k.fida ni mmg patut dicuba..tq sekali lg.Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 2 biji bawang besar (warna kuning)
- 7 sb tepung gandum
- 2 sb tepung jagung
- 1/2 sk baking powder
- 1/2 sk gula halus
- garam secukup rasa
- serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
- 1/4 sk serbuk cili
- 1 biji telur
- 125 ml susu segar
- minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara-cara
- Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.
- Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
- Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
- Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
- Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.


















