Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Tuesday, February 07, 2012

Mee Jawa

Assalamulaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman...

Semoga semuanya sihat dan ceria selalu ye. Adehh...dah malam2 gini baru nk tayang entri. Nak buat mcm mana kan. Ni je lah masa yg ada untuk DJ berblogging. Tp sakit hati btl lah dgn line tenet sjk dua menjak ni. Memang slow sgt. Nak upload gambar pun payah. Tu yg kdg2 DJ post je dulu menu makan2 ke FB. Bila resepi sudah update dari sini, barulah dpt link ke sana...huhuh. 

Apa2pun bersyukurlah dp x dpt blogging langsung kan..hehe. Byk lagi gambar makan2 yg terperap dlm folder. Nak kena hold dulu. 

Kita layan dulu resepi mee jawa ni ye. Dah lama plan nk buat sejak Along Roz tag DJ kat FB time Final Bolasepak antara Malaysia dan Indonesia tempoh hari....lps tu baru2 ni geng2 DJ asyik dok menyebut mi jawa dlm FB..adehh2..mmg xleh tahan dah. Nasib baiklah tak termimpi2...hehe. Maka semalamnya DJ on jugaklah projek menge'mee'. Pada mulanya suruh hubby beli tapau je psl malas nk masak....tp dia suruh buat sendiri pulak...hmm..btl gak tu..kalau buat sendiri lagi puas hati kan. Tapi kalau DJ duduk kat Srwk ni..hmm, rasanya main tunjuk je kot..sb mee jawa ni mmg femes amos kat sana. Sana sini belambak je org jual...heheh..apa boleh buat duduk kat hutan belantara ni...mmg payah lah daku nk mencari menda alah ni...huhuh. Kenalah buat sendiri gamaknya. 

Versi mee jawa ni lebih kurang sama rasanya dengan versi mee kari yang DJ selalu buat. Bezanya ialah mee kari DJ tidak menggunakan air rebusan daging atau udang. Selain tu, Mee kari DJ menggunakan kerisik bagi menambahkan lagi keunikan rasanya. Namun kedua2 versi ni mmg cukup menyelerakan dan tak rasa muak. Puas hatilah masak byk2. Satu famili suka...Alhamdulillah.


Jom lah eh kita semak resepinya mengikut versi DJ. Bahan2 maybe nampak byk kan tp sebenarnya senang je nk prepare...hehe. Yang penting, rasanya mmg mabeles!

Mee Jawa (my style)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 7-8 orang makan

Bahan A :
  • Mi kuning secukupnya (dicelur)
  • 400g daging lembu (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
  • tauge (dicelur)
  • sawi (dicelur)
  • hirisan cili merah
  • telur rebus
  • udang basah secukupnya (direbus/digoreng)
  • hirisan daun sup
  • bawang goreng
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi secukupnya
  • lain-lain hiasan jika suka
Bahan B : Kuah
  • 300g keledek oren rebus (dikisar dengan air secukupnya)
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 3-4 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga) 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar(dikisar) 
  • 7 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan tepung gandum/tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) - optional
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya 
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek kisar, air rebusan daging dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum/tepung jagung jika suka untuk memekatkan lagi kuahnya.
  6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan-bahan yang lain. 



Friday, October 28, 2011

Mee Kolok Basah


Tiba-tiba ternampak gambar mi kolok ni dlm folder. Adehh...meleleh dah air liur ni...terus rs nk demam! Hujung minggu ni InsyaAllah, nak buatlah mi ni. Tak kira gak, kalau mek Mukah tak pos mi kolok pun, pakai mi instant pun jadilah...janji ada rasa mi kolok ok la tu...hehe. Sabar je la...huhu. Menyesal tengok gambar ni mlm tadi. Buat kita lapar je kan...

O ya, DJ kan kalau balik kampung, DJ mesti singgah ke kedai makan Bimmers ni. Tempatnya mmg crowded dan susah nak parking. Mau nak kena 10 kali tawaf baru jumpa parkir kosong. Sudahnya, DJ tapau jelah, senang. Nasib baik kakak sudi temankan. Mi kolok punya psl kan...hehe...


Memang sedap mi kolok kat tempat ni. Sgt2 menepati selera. Sebungkus belum tentu cukup. Mi kolok goreng pun sedap tau. Kedua2 versi ni DJ suka.

Ok, DJ share resepinya di sini dulu ye. Lepas buat nanti, DJ update lagi dgn gambar baru. Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba. Tak rugi tau. Memang berbaloi2!

Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

hah! terjumpa lg satu gambar ni....aduhh! rasa nk demamlah!

Monday, May 23, 2011

Mee Udang


Maaf, gambar agak kelam sket sb hari hujan...heheh

Alhamdulillah....semalam dan hari ni makan mi udang. Terlaksana jugak hasrat di hati nk buat sendiri. Kebiasaannya main beli jer atau makan kat restoran. Kdg2 tu ada saja yg tak kena dgn rasanya. Buat rugi jer beli semangkuk sebesar muka, tp rasanya tawar dan hambar. Kat mana eh ada satu tempat ni kat area Ampang, mi udangnya tersangatlah sedap...tp di mana ya??...nanti2 cuba recall kalau ingat. 

Dengan semangat yg berkobar2 ditambahkan lagi dgn rasa laparnya, maka, DJ berjaya gak buat mi udg satu periuk. Eh, bukan, DJ buat kuahnya dulu. Mi nya DJ letak kemudian (semasa menghidang). Kang tak psl2 mi tu kembang setaman...hehe. Yalah, nak buat byk kan, takkan nak letak mi skali. Sebaliknya, DJ celur jer dulu mi kuning tu bersama tauge n sayur sawi. Pas tu barulah letak kuahnya semasa menghidang. Memang sangat2 sedap dan menyelerakan!


Terima kasih byk2 kpd Che' Iza krn sudi berkongsi resepi mi udang sedap ni. Actually, DJ pun ada tambah2 sket bahan-bahannya yer bg menepati citarasa DJ sekeluarga. Lain kali boleh buat lagi dan lagi. 

Jom layan resepinya....

Mee Udang
Resepi : Che' Iza@Myr

Bahan-bahan: ( 3-4 org )
  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering (DJ tumbuk halus)
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis (DJ guna belacan bakar)
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng
bahan-bahan yg DJ tambah :
  • kiub ayam
  • sos ikan
  • kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air)
  • tauhu goreng
  • telur
Cara-cara
  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Saturday, April 02, 2011

Mi Goreng (my style)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pagi tadi buat mi goreng ringkas jer. Actually, anak2 mmg gemarkan mi goreng yg serba tak lengkap ni sb tak ada sayur sawi, kobis dsb. Hanya letak sayur tauge jer. Tapi yg paling penting ialah rasanya yang sedap dan memikat selera. 

Memang dah biasa masak stail gini. 

Mi Goreng
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

  • 450 g mi kuning
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit cili giling
  • 1 biji telur
  • 10 ekor udang (dibuang kulit)
  • 2 keping tauhu (dipotong kiub)
  • fishcake secukupnya (optional)
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • lain-lain jika suka : sayur tauge, kobis, sawi, dan, limau kasturi, cili merah daun sup
Cara-cara :
  1. Tumis bawang-bawang yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kiub ayam serta cili giling dan tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis secukupnya. Kacau rata-rata.
  2. Masukkan tauhu dan sedikit air. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tidak hancur. Kemudian, masukkan udang dan fish cake. Pecahkan telur dan kacau lagi. 
  3. Masukkan mi dan gaul-gaulkan. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran yang lain. Jika kurang rasa, boleh tambah kicap, garam dan sebagainya. 
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Boleh juga dihiaskan dengan cili merah, daun bawang, daun sup, bawang goreng, liamu kasturi dan lain-lain.

sedap biarpun ringkas...

Saturday, February 12, 2011

Maggie Kari...sedapnyaaaa!


Time hujan lebat sebegini makan maggi kari sedap gak. Tak penah2 makan maggie waktu ptg mcm ni. Entah tetiba rasa nak masak. Lagipun bukannya selalu. Kalau nk makan pun kenalah tunggu lewat mlm time bdk2 dah ketiduran...hehe. 

Seperti biasa, DJ tak minat maggi instant yg lain selain cap Maggie. Perencah kari dia mmg menepati citarasa sejak kecik lagi. Tetap setia bersama Maggie sehinggalah skrg. Haa, satu lagi, sos cili Maggie pun wajib ada. Selain tu mesti ada jus limau kasturi, telur, cili padi, udang, bawang goreng, sayur sawi dan daun sup. Memang buat aku berselera sampai tak hingat dunia!...hihi.


OOopps!...tak lupa juga dengan kek coklat kukus yg sungguh sedap dan moist! Buat 2 hari lepas, tapi baru dpt rasa 1 slice. Nanti bila2 free, DJ kongsikan resepinya di sini.

***Terima ksh kpd yg telah menghantar emel kpd DJ. Minta maaf sekiranya DJ lambat reply. Maklumlah, DJ jarang bukak emel sejak dua menjak ni. Apa2pun, cadangan dan juga permintaan anda amat2 dihargai. TQ.

Wednesday, September 22, 2010

Mi Kari


Dah tak tau nak makan apa dah mlm ni...last2 buat mi kari jer. Resepi mcm biasa, resepi tradisi. Cuma kuahnya kali ni tak pekat sgt. Keledek tak cukup. Tapi apa2pun rasanya tetap sedap!


Resepi mi kari dh byk kali diulang tayang. Tapi oleh kerana terlebih rajin, dyg cnp dari resepi yg tahun lepas. Sesiapa yg belum pernah try resepi ni, sudi2kanlah mencubanya yer. Memang tak rugi.

Mi Kari

Bahan-bahan : hidangan utk satu keluarga

Bahan A
  • 1/2 kilo mi kuning (dicelur)
  • 4 biji telur rebus (dibelah dua)
  • sedikit sawi (dicelur)
  • sedikit taugeh (dicelur)
  • sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup(dihiris)
  • sedikit bawang goreng
  • tauhu yg sudah digoreng (dihiris)
  • udang yg sudah digoreng/direbus- optional
  • 2-3 biji limau kasturi - optional
Bahan B (kuah)

  • 250-300 g keledek merah (direbus dan dikisar lumat)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
  • 700-800 ml air atau lebih
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (kuahnya boleh adjust sendiri samada nak pekat atau perlu ditambah air).
  5. Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
  6. Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

***mi ni kalau nak rasa keasliannya, tak perlu perah dgn limau kasturi. Sememangnya, dyg x suka pun sb rasanya lebih sedap tanpa limau. Tapi terpulanglah pd selera tekak masing2.

Under Creative Commons License: Attribution

Friday, March 19, 2010

Mihun Goreng Ringkas



Malam ni buat mihun goreng ringkas jer. Dah namanya ringkas,dah pasti mcm tak cukup bahan jer kan. Tak mengapalah, janji cukup rasa...itu yg paling penting. Bahan-bahannya termasuklah :
  • bihun
  • telur
  • isi ayam
  • tauhu
  • taugeh
  • sawi
  • bawang besar
  • bawang putih
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato
  • cili kisar
  • kicap pekat & kicap manis
Kalau nak tengok resepi versi DJ bolehlah KLIK DI SINI.

Tak ada apa lagi nak cerita. Bila dah kenyang, terasa nak tidurlah pulak...eh, belum boleh lagi tuu. Ada byk lagi kerja yg mesti dibereskan....penat gaklah...nak buat mcm mana kan...begitulah halnya org yg ada rumah ada tangga dan anak tangga ni...kerja tak pernah habis selagi tak masuk tidur....


Oklah....trm ksh atas kunjungan anda.

***Ooopps! terlupa nak buat pengumuman ni. Sebenarnya, ptg tadi dyg dgn bangganya sudah menyertai GengBlogger setelah dipujuk oleh rakan2 pd bulan lepas. Dah agak lama juga memerhati GB tu dari jarak jauh tapi baru hari ni dgn rela hatinya dyg register kat situ setelah pintu hati ni terbuka...hehe. Bila dah dpt berkenalan dgn ahli GB ni, rasa seronok gak....terima kasihlah banyak2 yer atas kesudian anda(GB) singgah dan tinggalkan jejak di sini. Selamat datang ke teratak yg tak seberapa ni dan lepak2 dan borak2lah di sini sambil2 menjamu selera....tq so much.

Tuesday, March 02, 2010

Mee Goreng ala Mee Kolok Goreng Sarawak



Hidangan malam ni, dyg buat mi goreng ringkas jer...ala2 mi kolok goreng gitu. Tak ada mi kolok, dyg guna mi segera. Nasib baiklah ada daging rebus dan sedikit isi ayam rebus. Daging tu sepatutnya nak dimasak  cara blackpepper mlm ni tapi entah kenapa terasa malas pulak. Anak2 dah makan nasik dgn lauk kegemaran dia orang. Hubby balik lambat sb ada meeting. Gerenti tak makan kat rumahlah tu. Yang kita ni pulak, tak tau nak makan apa. Finally, masak mi goreng macam ni. Dahlah ringkas, sedap pulak tu....

Di sini dayang sertakan resepinya sekali yer.

Bahan-bahan : 1-2 orang makan
  • 100 g mi kolok (dicelur dan dituskan) - mi sanggul @ mi segera pun boleh
  • sedikit hirisan daging/ayam (yg sudah direbus)
  • 1-2 sudu  makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 biji telur
  • sedikit sawi
  • sedikit taugeh
  • garam jika perlu

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis cili kering hingga garing.
  2. Masukkan daging/isi ayam dan kicap pekat. Gaulkan.
  3. Kemudian pecahkan telur dan kacau lagi. Boleh tambah kicap manis jika suka.
  4. Masukkan mi dan serbuk maggie. 
  5. Akhir sekali, masukkan garam(jika perlu), taugeh dan sawi. Gaulkan sekejap.
  6. Tutupkan api dan hidangkan.


Friday, February 05, 2010

Mee Kari

Walaupun dah byk kali ulang tayang mi kari ni, tapi nak tayang gak pasal  bulan ni tak buat lagi....tu yang kena refresh....hehe. Lega rasanya dapat makan setelah berhari2 tertangguh2 mcm laksa Sarawak tu gak...bilalah agaknya nak buat eh...nak beli tapau jer dari Deja Mos, malas pulak sb dah buat pes dia...cuma 'rajin' jer belum datang lagi ni...kalau ada sesiapa yg boleh tolong buatkan, sila2lah ke dapur dyg tu yer...nanti byr upah....hihik....

Oklah, mi kari ni sebenarnya baru jer siap utk hidangan makan malam. Maknanya hari ni, berjaya gak escape dp makan nasik...hehe. O ya sebelum tu, dyg nk ucap terima kasih byk2 kepada yg telah sudi mencuba resepi mi kari ni yer. Terharu sgt2. Bagi yg belum pernah mencuba masakan ni, sudi2kanlah mencubanya. Tak rugi pun. Kuah mi kari ni pulak kalau tak suka pekat, bolehlah tambah airnya. Cair sgt pun tak best pulak, nanti hilanglah keasliannya....lagi satu, mi ni tak perlu pakai santan, nanti cepat basi kalau nak simpanlah kan. Sebaliknya, hanya guna sedikit kerisik shj. Itulah kelainannya masakan kuah kari ni. Walau apa2pun, terpulanglah pd citarasa masing2. Yang penting, sedaaappp!!

Jom makan!!! Resepinya boleh rujuk DI SINI

Saturday, January 02, 2010

Mee Kari (Resepi II)


Sampai gak hajat nak nk buat mi kari kali ni. Sebelum ni asyik terkena tempias jek dari blog rakan2 yang lain. Mmg tak boleh tahan nengok. Maka, dgn segala stok yg ada tu, on gaklah projek kecilku ini...hehe. Seperti biasalah guna resepi dlm versi sendiri yg sesuai dgn citarasa keluarga. Lagipun anak2 suka makan apa yg dyg masak.




Resepi mi kari sebelum ni sudah ada dlm rumah ni. Cuma yg ini pula adalah resepi versi kedua dyg. Memang sedap!!!...kuahnya yg sedap dan tak muak tu lah yg sgt2 menepati citarasa. Kuah mi ni boleh dimasak dgn pekat atau pun sedang2. Cair sgt pun tak best...nanti tak dapat nk menikmati rasa karinya....O ya, sebut jer pasal kari, ada yg bertanya melalui emel, dyg guna kari apa...ok, sejujur2nyalah, dari sebelum kawin sehinggalah dh ada anak dua ni dyg kekal setia menggunakan serbuk kari Adabi shj tak kiralah kari ayam atau pun kari ikan. Serbuk kari ayamnya mmg power dan pedas2 sikit. Jadi, bila masak  lauk termasuklah kuah ni dgn kari Adabi tu, mmg sedap!! Itu taste dyglah kan...masing2 ada citarasanya tersendiri.



Kuah ni mesti ada rasa masin, manis dan sedikit pedas.

 Mi Kari Resepi II

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • Mi kuning secukupnya (direbus sedikit)
  • tauge (dicelur)
  • sawi (dicelur)
  • hirisan cili merah
  • sedikit daging rebus (dihiris nipis2)
  • telur rebus
  • hirisan daun sup
  • bawang goreng
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi jika perlu (tp dyg x suka ltk limau sb kurang sedap)
  • lain2 hiasan jika suka
Bahan B : Kuah
  • 300-400 g keledek merah rebus (dikisar dgn air secukupnya)
  • 3-4 sudu makan serbuk kari ayam (dibancuh dgn sedikit air)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar udang kering (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumis rempah dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek kisar dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Perasakan dgn garam dan gula. 
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau kuahnya hingga sedikit pekat.
  6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan2 yg lain.

Saturday, December 19, 2009

Kuetiaw Goreng Ringkas

Pagi tadi buat kuetiaw goreng kegemaran hubby. Kita ni pulak sejujur-jujurnyalah tak berapa gemar kuetiaw ni. Masak oklah. Dah bbrp kali cuba nak telan sepinggan tu tapi takleh gi lah. Dapat makan sesudu dua jer. Sebab tu lah jarang masak...hihik...

Jomlah layan kuetiaw ni. Resepi masing2 dah tau kan ...hehe

Bahan-bahan : ikut stok
  • kuetiaw
  • fishball/fishcake
  • bwg merah
  • bwg putih
  • cili kering
  • sos tiram
  • kicap pekat/kicap cair
  • sos tomato/sos cili
  • sayur/taugeh
  • garam/gula
  • telur
  • limau kasturi

Wednesday, November 04, 2009

Mee Goreng

Salam...

Pagi ni bersarapan mi goreng. Itupun buat ringkas2 jer mengikut stok yang ada. Lagipun mi kuning tu dah nak hampir expired. Jadi, kena masak cepat2. Seperti biasa, guna resepi yang dah biasa dyg buat. Kadang2 teringin juga nak cuba resepi lain tp bila memikirkan anak2 dan suami dah sebati dgn masakan mi ni, dyg lupakan dulu hasrat di hati. Family comes first.

Apa2pun, jomlah kita makan2!!!...sedaaapp!!

Friday, October 16, 2009

Mee Goreng II

Setiap kali masak mi goreng, dyg akan pastikan semua stok perencah dan sosnya kena ada (kecuali darurat). Kalau kurang satu, tentu sekali rasanya tak menepati selera anak tekak ni. Maka, hilanglah selera makan. Seperkara lagi, mi goreng ni kalau tak kena cara memasaknya mmg tak sedap dan rasa muak. Sebab itulah dyg lebih gemar memasak sendiri daripada 'tapau' dari kedai...hehe. Bukan nak tunjuk 'terror', cuma bukan senang nak ikut selera tekak ni, betul tak???.. :)

Antara mee goreng kegemaran dyg sekeluarga ialah mee goreng mamak dan mee goreng kering. Yang ni pulak dimasak mengikut citarasa sendiri ..mi goreng sedikit basah. O ya, kalau tengok resepi kat bawah tu dyg tak guna bawang putih dan bawang kecil/merah sb nak bagi kelainan sikit dr segi rasanya. Malah, lagi sedap!....anak2 pun suka mi goreng ni walaupun ada sedikit pedas (kalau tak pedas, kuranglah 'ummmph'..hehe). Malah, makan pun bertambah-tambah.

Bahan-bahan :
  • 450gm mi kuning
  • 1 biji telur
  • sedikit isi ayam (dihiris kecil)
  • 6 ekor udang basah
  • 1 keping fishcake (dihiris)
  • sedikit fishball (dibelah 2)
  • 1 keping tauhu (dipotong kiub)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 3-4 sudu makan cili kering kisar
  • 2-3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • air secukupnya
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan bakar
Bahan-bahan hirisan/campuran :
  • kobis
  • sawi
  • taugeh
  • daun sup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan udang, fishball, fishcake dan tauhu. Kacau rata2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap masin.
  4. Pecahkan telur dan gaulkan. Kemudian, barulah dimasukkan mi tadi. Tambah sedikit air. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan bahan2 hirisan dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi.
  6. Hidangkan setelah masak.
***boleh tambah garam/gula jika perlu

Wednesday, September 16, 2009

Mee Kari Udang

Alhamdulillah...dapat gak tayang n3 hari ni walaupun menu yg sedang berposing skrg ni sebenarnya dah 2-3 hari lepas....waduhhh!..banyak gak nak kena update ni...berderet2 kat belakang tu...tak sabar2 nak 'show off' esp kat depan orang tu...heheh...sapa la agaknya yer????... :D

Walau sesibuk mana pun masa ni, kena gak buat report kat sini...takut nanti ada yang merajuk, patah hati, menangis dan berendam air mata setempayan dan segala bagai....akaaak jugak yang susahh!!..huhu...

Oklah...n3 kali ni ialah mi kari udang...dah selamat pun dimakan dgn kenyangnya..nasib baik lah ada tinggal kenangan utk tatapan kawan2 semua...layan dululah yer....selamat menjamu mata...free nanti dayang update lagi....

Saturday, September 12, 2009

Mee Goreng III

Menu ni dah 2 hari berlalu. Alhamdulillah, selamat juga ditayang kat sini walaupun lambat sikit. Buat satu bungkus cukup utk satu hidangan. Memang sedap dan menyelerakan. Resepi pun ikut citarasa sendiri.


Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mi kuning
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi
  • sedikit kobis
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah
  • sedikit daun sup
  • sedikit limau kasturi
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit udang basah dan isi ayam
Bahan2 mesin :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm belacan bakar
  • 5-7 tangkai cili kering (ikut citarasa)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 yg dikisar hingga terbit bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau hingga hampir masak, barulah dimasukkan udang.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kicap masin dan sedikit air.
  4. Masukkan mi dan gaulkan.
  5. Pecahkan telur ke dlm mi, dan gaulkan lagi.
  6. Masukkan sayur2 dan perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
  7. Hidangkan setelah masak. Hiaskan dgn bahan2 selebihnya.

Wednesday, September 02, 2009

Mee Kari...lagi dan lagi

Ini pula menu semalam. Seriously, mi kari ni memang sedap dan tak muak. Anak2 dan hubby suka sangat lebih2 lagi si princess tu...kalaulah diberi pilihan buat mi, dah pasti dia nak mi kari ni. Mi lain dia tak berapa suka. Tak taulah nak kata apa...citarasa masing2 kan...

Resepi mi kari dayang ni dah banyak kali diulang tayang...nanti kalau nak resepinya, cari kat label 'mee' ni yer... belum cuba belum tau...bila dah cuba terus jatuh cinta.... :)

Monday, August 24, 2009

Mihun Goreng

Semalam lama gak memikirkan nak masak lauk apa. Hubby suruh buatkan mihun goreng. So, dayang buatlah utk dia berbuka. Tapi dayang lak tak reti nak berbuka dgn mihun goreng...maklumlah perut kampung. Nak kena masak nasik gak. Finally, masak kedua-duanya.

Mihun goreng ni pulak makan time supper. Memang sedap dan puas hati sebab semua rasa ada padahal time masak tu main campak2 je bahan2nya. Tawar ke masin ke, tu belakang kira...nasib baiklah hubby tak komplen apa2...hehe.

Sunday, August 09, 2009

Makaroni Goreng

Malam ni tak makan nasik. Jemu agaknya. Jadi, dyg guna laluan alternatif dgn masak makaroni bergoreng. Buat sikit je tapi berselera gak jadinya sb ada asparagus. Jom makan!


Bahan-bahan :
  • 3/4 cawan makaroni (direbus hingga lembut)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sdt udang kering (ditumbuk)
  • 1 sdt sos tomato dan sos cili
  • sedikit sayur asparagus (dihiris)
  • sedikit hirisan cili merah
  • garam jika perlu
  • 1 sdt gula
Cara-cara : Panaskan sedikit marjerin/minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk dan cili kering hingga wangi. Masukkan sos tiram, asparagus, sos tomato dan sos cili. Kacau sebati. Kemudian masukkan makaroni, cili merah, garam jika perlu dan gula. Gaulkan.

Tuesday, August 04, 2009

Mee Bandung versi Dayang_Jack


Alhamdulillah....setelah sekian lama tak masak mi bandung, hari ni tertunailah hasrat di hati. Memang mengenyangkan. Lagipun ini kes nak perhabiskan stok mi kuning jadi sayanglah kalau tak dimasak. Buat mi bandung ni pun taklah sesusah mana. Memandangkan keledek merah msh ada sikit lagi, jalan je lah..hehe.

Mi bandung ni ada banyak versi. Kat Sabah pun ada versi tersendiri. Rasanya ada manis2 gitu. Kat situlah dayang mula2 diperkenalkan mi bandung ni oleh kawan2. Terus jatuh cinta. Pendek kata, hampir setiap hari dayang nak beli mi bandung. Dayang ni cepat appreciate makanan. Kalau dah fall in love, sampai bila2 pun dyg akan terus fall in love. Lagi satu, dyg tak segan silu bertanya ttg resepinya. Ada kebaikannya. Mula2 buat sendiri, sedap gaklah tapi msh tak berpuas hati. Dayang tambah/kurangkan lagi bahan-bahannya. Biar btl2 puas hati. Maklumlah yang nak makan adalah diri sendiri. Jadi kenalah buat mengikut citarasa sendiri.

Resepi Mee Bandung

bahan-bahan : (untuk 1-2 orang makan)
  • 1 pinggan penuh mi kuning
  • 100 gm keledek merah (direbus dan dikisar bersama 1/2 cawan air)
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu makan udang kering*
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sdt jus limau kasturi - (kalau xda, boleh gantikan dgn 1 sudu makan sos tomato)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan kacang tanah kisar
  • 2 biji cili padi (dihiris)
  • sedikit udang basah(dicelur/direbus)
  • sedikit fishcake (dicelur/direbus)
  • sedikit sawi/taugeh(dicelur)
  • garam dan sedikit gula
  • 1 biji telur
  • bahan-bahan lain : bawang goreng dan daun bawang/daun sup
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Didihkan air secukupnya di dlm periuk/kuali. Masukkan cili kering dan bahan2 kisar. Biarkan ia mendidih. Masukkan pula kacang tanah dan keledek yg telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan kicap cair, diikuti sos cili, sos tiram dan jus limau. Perasakan dgn garam dan gula. Pecahkan telur dan biarkan ia masak sebentar.
  4. Tuangkan kuah ke dlm mangkuk yang berisi mi kuning serta bahan2 hiasannya.

Friday, July 31, 2009

Mee Ladna


Kalau anak2 dan hubby makan mi goreng, mamanya pulak makan mi ladna. Dari semalam lg teringin nak buat tp tak terbuat. Malas takleh nak cakap dah....Alhamdulillah, pagi tadi tertunai gak hajat di hati....

Inilah resepinya dlm versi sendiri...nak cuba, boleh aje sih!....

Bahan-bahan :
  • 200 gm mi kuning
  • sedikit udang
  • sedikit sotong
  • sedikit fishcake
  • sedikit isi ayam
  • sedikit tauhu
  • bahan-bahan hirisan : sawi, kobis, daun bawang, cili merah dsbnya
Untuk kuah :
  • 5 biji bawang merah(dikisar)
  • 3 ulas bawang putih(dikisar)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit lada sulah
  • 1 1/2 cawan air
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan udang, tauhu, sotong, isi ayam dan air. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan sos tiram, lada sulah, kicap masin, kicap manis, telur dan cili padi (tak cukup masin, boleh tambah kicap atau sedikit garam).
  3. Masukkan mi, kobis dan sawi. Biarkan masak lbh kurang 1 minit. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuahnya. Kacau sebati.
  4. Setelah masak, hiaskan dgn cili merah dan daun bawang.