Showing posts with label pastri. Show all posts
Showing posts with label pastri. Show all posts

Tuesday, May 04, 2010

Spinach Fatayer (Resepi Mudah)



Ini fatayer bikin hati ana gundah gulaana....malam tadi buat lagi daaa....



Ini resepi versi ana lah..ikut selera tekak ana laah...kalau tuan-tuan dan fuan-fuan mahu cuba, tidak afa lah....hahaha....sejak balik dr padang pasir ni, susah sgt nak betulkan lidah ni balik..sabar jer la yer....sekali sekala berseloroh, ye tak??? hehehe...jom layan resepi! Jangan fening2!...hehe

Spinach Fatayer

Bahan-bahan : (8-10 keping)

utk doh :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sk yis mauripan
  • 1 sk gula
  • 1/2 sk garam halus
  • 125 ml air suam
  • 3 sb minyak sayuran
Untuk Filling :
  • 250 g bayam segar (dibersihkan dan dihiris halus2)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 1/2 sk serbuk cili / serbuk lada sulah (jika suka)
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1-2 sudu makan jus lemon (boleh adjust sendiri)
  • 1-2 sudu makan minyak zaitun
Lain2 bahan utk sapuan : telur + sedikit susu segar (satukan kesemuanya. Kacau sebati)
Cara-cara :  
  1. Rendamkan yis bersama air suam dan gula sehingga berbuih. 
  2. Satukan tepung bersama garam dan minyak sayuran. Kemudian tuangkan yis tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. 
  3. Simpan doh di dlm satu bekas besar dan tutup dgn kain lembab atau cling wrap. Rehatkan selama 1 jam (sementara itu, buatkan bahan utk filling - gaul2kan kesemuanya). 
  4. Kemudian bahagikan doh kpd 8-10 bahagian. Bentuk2kan bulat. Kemudian, leperkan. Masukkan inti bayam ke dalam adunan tersebut dan tutup kemas. Sapukan telur di atasnya.
  5. Boleh KLIK DI SINI utk lihat langkah demi langkah. 
  6. Bakar doh yg telah siap selama 20-25 minit pd suhu 190-200C.

Kulit fatayer ni tetap lembut walaupun dah sejuk.

Monday, May 03, 2010

Spinach Fatayer



Ahlan! Ahlan! Wasahlan!.. Sobahul khair! Kaifa halukum??....al yaum, ana bi khair..alhamdulillah....ana di padang pasir la....uridu an akul fatayer bayam la...masyaAllah...banyak sedap la....apa2 saja la....hahaha...dah lm x cakap arab, berbelit2 lidah ni nk menyebut..grammar pun tunggang terbalik...jangan marah yer, cikgu bahasa....hehe.


Pernah makan tak Spinach Fatayer ni??...inilah salah satu sajian popular org2 Arab. 'Fatayer' (فطاير) ialah sejenis pastri atau dikenali sbg pai yg diisi dgn inti bayam  atau keju. Kulitnya seakan2 kulit karipap tetapi berbeza dari segi rasa dan teksturnya. Makanan ni mmg sesuailah utk para vegetarian atau sesiapa shj yg ingin mengamalkan pemakanan yg sihat dan berkhasiat.

Oklah, nak tau mcm mana nak buat Spinach fatayer ni step by step?? meh kita terjah dapur yg sorang ni. KLIK DI SINI. Dari semlam lagi dok skodeng dapur dia. Cantik fatayer yg dia buat.  Resepi filling ambik dari dapur dia tetapi sudah diadaptasikan mengikut versi sendiri sb ada bahan2nya tak ada kat dapur dyg.  Manakala, resepi kulit pastrinya dyg guna resepi roti pita sb bahan2nya lbh kurang sama ngan  fatayer . Ada kesilapan teknik sket time nk mengelim. Apa2pun, rasa fatayer ni tetap tak jauh beza. Walaupun ringkas tetapi boleh tahan sedapnya. Nak buat utk breakfast pun boleh, nak buat minum petang lagilah ok. Kenyang makan sekeping....hehe.

Jom makan! laziizun jiddan2!!.... :D

Versi fatayer terlebih kembang...hehe...nanti nak buat lagi...sedap nih!

Thursday, January 14, 2010

Ayam Goreng Berempah, Daging Kicap Berkerisik, Karipap Bakar

Salam....

Selamat bertemu kembali!!!....rindunyaaaaa rasa hati setelah sekian lama tak jenguk rumah sendiri. Hmmm...ni baru  jer 3 hari tak update blog rasa mcm bertahun2 lak lamanya...hehe. Memang rindulah..rindu kat rumah ni & rindu kat kawan2 serta pengunjung setiaku di sini. Terima kasih byk2 yer krn sudi bertamu di sini tanpa tuannya. Tuan rumah pergi melancong jap...hihik...tak ada lah....sebenarnya bz dan tak berapa sihat sket. But now i'm ok. Sebab tu lah dapat on9 jap sekadar nak lepaskan rindu di samping tayangan amal yg tak seberapa ni.





Menu yg sedang berposing ni adalah antara hidangan yg dimasak utk hari ni. Semuanya buat ala kadar jer. Ayam goreng berempah yg dah biasa dibuat dgn sedikit ubahsuai. Begitu juga daging kicap berkerisik yg menjadi kegemaran dyg sejak kecil lagi. Maklumlah masakan bonda mmglah sedaaap!!...kalaulah mak ada kat KL ni, dah pasti suruh dia masakkan daging kicap ni. Rindu sangat dgn air tangan mak tau....huhu. Last but not least, karipap bakar. Karipap ni adalah belen buat karipap goreng tempoh hari. Jadi pagi tadi, keluarkan dari freezer dan bakar jer lah sampai masak keperangan. Tapi sebelum bakar, sapukan kuning telur dulu.

Itu jer lah yg sempat menjadi tayangan amal utk tatapan semua. Minta maaf byk2 yer sb dyg x sempat nak reply msg dan komen2 anda sjk 2-3 hari ni. Nanti dyg reply satu persatu. Terima kasih.

 Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih tumbuk
  • 1 inci halia tumbuk
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cili @ cili kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
 Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih sebelum digoreng.


Resepi Daging Kicap Berkerisik

Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )
  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu bsr lada hitam tumbuk
  • 1-2 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • 3 sudu bsr kicap masin
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan(bunga lawang, cengkih, kayu manis & buah pelaga)
  • 2 sudu bsr air asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.

Cara-cara

  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar  dan diikuti dgn cili kisar. Kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging dah hampir empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

Sunday, January 10, 2010

Karipap



Karipap utk minum petang semalam. Dah lama juga tak buat. Asyik tertangguh jer...hehe. Kulit karipap ni jenis pastri rapuh. Jadi, kalau dah sejuk, ia tak liat atau lembik. Maintain jer. Pastrinya pulak sgt sesuailah utk buat pai dan sebagainya.

Sempat juga ambik gambar pemprosesannya walaupun tak lengkap. Layan jer lah dulu eh.



Buat inti keledek+kentang byk2...adalah kegunaannya tuu....hehe



Marjerin dgn tepung disatukan dgn cara ramas2 dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti. Lepas tu, simpan jap ke dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.


Ini yang dah siap uli.




Canai dan terapkan doh. Kemudian letak inti di tengah2 nya.



Kelim dgn kemas. Tapi yg dyg buat ni tak brp kemas sb nak cepat.




Goreng  hingga keemasan. Daaah jadi.....
**boleh juga dibakar.
**resepi pastri rapuh  boleh rujuk DI SINI.

Sunday, May 31, 2009

Karipap


Karipap kegemaran anak2. Dayang prefer buat dengan menggunakan pastri rapuh kerana ianya tidak berminyak dan tak liat walaupun ketika sejuk. Karipap ini menggunakan inti keledek dan boleh digoreng atau dibakar (dyg guna kaedah menggoreng). Sedap dan sesuai dgn citarasa dayang sekeluarga.


Bahan-bahan utk pastri : (20-24 biji)
  • 250 g  Tepung gandum
  • 120g  Marjerin
  • 70-80 ml  Air sejuk + secubit garam (dibancuh)
Cara-cara :
  1. Tepung gandum dan marjerin diramas2 menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Sejukkan selama 1 jam.
  3. Kemudian tuangkan air dan uli hingga menjadi doh yg licin. 
  4. Canai dan terapkan doh. Letak inti di tengah2nya dan kelim dgn kemas.
  5. Goreng hinggga keemasan dgn menggunakan api kecil. Boleh juga dibakar jika suka.


Inti keledek : bahan-bahan: keledek merah, isi ayam, daun kari, kari ayam, bwg besar, bwg merah, bwg putih, air, gula dan garam.