Menu hari ni xlah special sangat. Sekadar memenuhi selera yang kadang2 sukar nak dipenuhi..huhu. Mula2 dayang buat pulut serunding udang kering seperti yang di dlm gambar ni...kejap je buat benda alah ni selain rasanya memang sedap dan cukup rasa.
Bahan-bahan :
- 1 pot beras pulut (direndam 2 jam)
- 1 pot air + 1 sk garam (boleh juga campurkan dgn santan jika suka)
- 50 gm kelapa parut
- 2 sudu makan udang kering (ditumbuk lumat)
- 3-4 sudu makan cili kering kisar
- garam dan gula secukupnya
- Tuskan beras pulut yg direndam tadi dan kukuskan selama 10 minit. Kemudian masukkan air dan kukus lagi sehingga masak (dlm 20 minit)
- Sejukkan dan bentukkan mengikut citarasa masing2. (elok guna plastik supaya tak melekat di jari)
- Untuk serunding : Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dlm kuali. Tumis cili kering dan udang kering sehingga kering barulah di masukkan kelapa parut tadi. Perasakan dgn garam dan gula. Goreng sehingga kering dan keperangan dgn api perlahan.
- Salutkan serunding dgn pulut tadi.
No comments:
Post a Comment