Showing posts with label kek chiffon. Show all posts
Showing posts with label kek chiffon. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Matcha (Green Tea) Chiffon Cake


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....dah dpt topup semangat ni balik sejak dilanda kemalasan bbrp hari lps. Kpd rakan2 bloggers sekalian, terima kasih byk2 atas keprihatinan dan moral support anda. DJ sgt2 menghargai setiap komen serta nasihat yg diberikan. Saaayang anda semua!....mmg btl kata k.ummi, kalau rasa malas, sibuk atau tak ada ruang utk berblogging, rehatlah seketika atau ambik cuti secukupnya. Jangan difikirkan sgt tentang update tak update blog. Blogging ni tak boleh dipaksa atau terpaksa. Nanti apa yg ditulis pun mcm tak ikhlas jer kan. Pembaca pun boleh menilai biarpun sekadar membaca. 

DJ mmg tak reti nk menulis ceramah atau sebagainya. Kalau cerita psl masak memasak ni oklah...heheh. Apa2pun, pesanan ringkas tadi tu sama2lah kita beringat yer. Semoga sedikit byk dpt memberi manfaat kpd kita semua. 

Oklah. Jom kita cerita psl mencipon plak. hmmm...hijau lagi kan...hehe. Bulan lps DJ ada membeli serbuk teh hijau atau matcha ni kat kedai Bake With Yen. Luckily, dpt rembat sebotol kecik tp byk gak tu. Boleh dibuat mcm2. Then, DJ ternampak plak satu lagi serbuk green tea ni dlm bentuk paket. Tp dijual dlm paket besar. 2 tahun guna pun belum tentu habis lagi tu...Last2 beli yg sebotol kecik jelah...tp kan rasa menyesal plak tak pilih yg dlm paket tu sb kalernya lbh terang dp yg dibeli ni. Sudahnya, hasil kek pun tak brp hijau sgt. Nampak hijau kekuningan plak. Apa2pun, rasanya tetap sedap. 

Mesti ada yg belum pernah mencuba resepi kek menggunakan serbuk green tea ni kan. Sebenarnya, teh hijau ni bkn sekadar utk dibuat minum2man jer tapi juga diproses utk dijadikan serbuk bg tujuan kulinari spt membuat dessert, pastri dan juga kek. Khasiatnya juga penting. Antaranya ialah dpt melindungi dp serangan breast cancer, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula darah, menguatkan sistem imun, menurunkan tahap kolestrol dan juga antioksidan. haa...byk kan khasiatnya??....jom lah beli green tea powder ni...boleh buat kek, dessert dsbnya. ehem2...awet muda gituu...hehe. 

Sebelum ni DJ ada skodeng resepi ni dari SINI. Tapi sudah diterjemahkan oleh mek Hana ke dlm BM. TQ hana. Akak kopipes ke sini plak yer.


Matcha (Green Tea) Chiffon Cake
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : loyang 16 cm
Bahan A
  • 2 biji kuning telur 
  • 40g tepung naik sendiri
  • 20g gula
  • 20ml minyak jagung@minyak masak
  • 30ml susu segar
  • 1 sudu makan green tea powder@serbuk matcha
Bahan B
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sk tartar
  • 50g gula

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 175darjah.
  2. Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
  3. Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
  4. Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
  5. Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2. (DJ gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sahaja)
  6. Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat `memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
  7. Bakar selama 30min atau hingga masak.
  8. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
  9. Sedia dihidang.


Hasil kek ni sgt memuaskan hati. Gebu, lembut dan sedap. Seksa gak nk memotong cipon nih sb terlalu lembut. O ya, DJ buat dua adunan dp resepi asalnya sb hanya ada loyang 22 cm jer. Sukatan gula pun DJ kurangkan sedikit mengikut citarasa. Lain2 ikut resepi. 



Wednesday, October 27, 2010

Chiffon Cheesecake


Dalam bulan ni saja dah 4 kali buat kek chiffon ni. Rasa mcm jimat pulak beli cream cheese sb tak pakai banyak. Lagipun, senang nak buat. Tak perlu buat mcm biasa tu (Steam bath). Tak perlu nk risau kek tu masak ke tak. Kalau guna loyang chiffon InsyaAllah kek masak sekata dan naik gebu. Tetapi bergantung juga pada kesegaran telur. Kalau tak segar, hasilnya dah pasti mengecewakan....kalau dah kecewa, mmglah  rasa nak give up jer kan...hehe.


Resepi ni dyg olah mengikut sukatan sendiri dan selera anak tekak sendiri yer. Bahan2nya lebih kurang sama jer dgn resepi chiffon cheesecake yg ada dlm internet ni. So, jangan komplen yer kalau tak menepati selera. Bagi dyg, kek ni btl2 fit my taste. Tak spongy sgt dan tak creamy sgt. Payah nak explain sebenarnya, tp kalau nak tau kena cuba sendirilah kan...hehe.


Alhamdulillah....anak2 kata sedaappp!..lembut, gebu dan lemak2 manis gitu. Time dah nak masak tu, mmg best!..harum dan wangi jer baunya..semerbak satu rumah.



Chiffon Cheesecake

Bahan A :

  • 90 g cream cheese
  • 50 g butter
  • 80 ml susu segar
  • 2 sb jus oren
  • 100 g tepung gandum
  • 5 biji kuning telur gred A
Bahan B :
  • 5 biji putih telur gred A
  • secubit garam
  • 100 g gula kastor
  • 1/4 sk krim tartar
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 150-160C. 
  2. Bahan A (kecuali tepung dan telur) disatukan sekali di dalam periuk dan dicairkan hingga sebati dgn menggunakan whisk. Masak dgn kaedah double boil(sediakan kuali / periuk leper yg berisi air. Dan kemudian letakkan periuk yg berisi bahan2 A tadi di atasnya dan panaskan dgn api perlahan). Setelah masak, sejukkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
  4. Masukkan kuning telur dan kacau lagi secara perlahan-lahan hingga adunan betul2 sebati dan tak bergentel. (masih menggunakan whisk)
  5. Bahan B : Pukul putih telur hingga berbuih dan barulah dimasukkan garam, krim tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga gebu dan bertanduk. Jangan sampai overbeat.
  6. Satukan bahan B dgn bahan A tadi. Ratakan secara kaup balik dgn menggunakan rubber spatula.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 22 cm (tak perlu disapu mentega) dan goyang2kan sedikit loyang tersebut supaya adunannya sekata.
  8. Bakarlah selama 50 minit atau sehingga kek masak keperangan. (yang ni kena adjust sendiri mengikut jenis oven masing2. Memandangkan oven DJ ada masalah, DJ bakar dgn suhu 140C dulu selama 50 minit dan kemudian dinaikkan pula pd 160C utk selama 10-15 minit lagi)
  9. Setelah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang dan letak atas redai kek. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba!

Sunday, October 24, 2010

Chiffon Cheesecake


Setelah bbrp kali ulang alik ulang alik ke Ilham Dapur semata-mata nak tengok resepi cipon ciskek, maka, akhirnya, terhasil gaklah projek ni 2-3 hr lepas. Bakar waktu malam, esoknya daah tinggal loyang..hehe. Tu pun time dah keluarkan dari loyang tu, si princess tak sabar2 nk suruh potong. Apalagi, kelam kabut gaklah kita ni dibuatnya. Posing pun entah apa2 dah tu. Last2, gambar yang dua ni jelah yg boleh publish. Yang lain, mmg rosakk!...huhu.

Sebenarnya kan dyg tak ikut sukatan dlm resepi tu walaupun bahan2nya hampir sama. Yang ni mmg main redah jer. Alhamdulillah, sangat2 menjadi, sedap dan lembut. Akan adalah siaran ulangannya nanti sb dah ada yg request lagi. Sepatutnya nak buat lg hari ni tapi tak laratlah. Nanti2lah. Maka, resepinya akan dicatat kemudian yer. 


Terima kasih atas kunjungan anda. Minta maaf sgt2 sb belum sempat nak reply mesej dan komen anda. Kpd yg telah mendoakan kesihatan dyg, terima kasih byk2. Terharu sampai tak terkata. Thanks.

Tuesday, August 03, 2010

Orange Chiffon Cake

Salam...
Semalam tuan rumah tak dapat nak present apa2 tentang daging kicap kaww2 tu sb dah terlalu penat. Actually, FIL dan SIL ada kat rumah dari hari Sabtu hingga pagi semalam. Seperti biasa, sekiranya ada tamu kat rumah tak kiralah sanak saudara, DJ pasti menyibukkan diri ke dapur di samping memberi layanan sebaik mungkin walaupun adakalanya terlupa nak memberi ruang utk diri sendiri...itulah DJ kalau nak tau...hehe. Sebaik shj FiL dan SIL balik, barulah terasa kepenatan teramat2 sgt. Lenguh satu badan!..Yang lucunya, masa nak menulis resepi daging kicap tu, DJ boleh  terlelap lak depan laptop..huhu..sabar jerlah....nampak sgt mengantuk dan letih. Begitulah ceritanya...bla bla bla...lepas makan makjun Kacip Fatimah, barulah rasa bertenaga balik...hehe. 

Disebabkan tenaga dah pulih umpama dah cas bateri, maka berlakulah tragedi kek cipon oren ni semalam...hehe. Terima kasih byk2 diucapkan kpd Mat Gebu kerana sudi mengizinkan dyg utk CNP resepi kek chiffon oren dari dapurnya utk dikongsikan di sini. Resepi asal kek adalah kepunyaan Gert yg sudah diterjemahkan ke dlm bahasa Melayu oleh Mat sendiri. Terima kasih sekali lagi kpd kedua-duanya. Overall, kek ni mmg best...gebu dan sedap! Saiznya pun agak besar...mak oii!...ingatkan loyang yg dipakai tak cukup menampung kek cipon nih...tapi alhamdulillah...setelah sejuk, barulah sama saiznya dgn loyangku yg bermasalah ituu...hehe

Kecewa sgt2 time keluarkan kek ni dari loyang...uhuk. Kena carik loyang lain lps ni yg 2 in 1 punyer....hmm... i know the place...just wait and see. ;) Oleh kerana skrg ni mmg tgh demam mencipon...jadi, kenalah carik loyang yg sudah lama aku impikan itu...hehe.

Apa2pun jom layan resepinya!

Orange Chiffon Cake
sumber : CMG 
resepi asal : Gert
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak) - (tak letak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lengser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlangkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...