Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Onde-Onde Inti Kelapa


Sebenarnya onde2 ni adalah salah satu kuih favorite DJ. Kalau dtg mood rajin, DJ akan buat sendiri.Tapi kalau dah terasa mls nk buat, DJ main beli jer. 4 bijik reganya rm1.20 kan?...dah tak ingat dah...huhu...tapi malangnya..slalu je dpt yg dah basi. Last2 masuk dlm cik tong. Kesimpulannya, kenalah buat sendiri, baru puas hati...heheh.

Kuih inti kelapa ni mmg femes kat Sarawak. Memang sedap sgt tau. Bagi yg x pernah try lagi, silalah cuba sendiri. Mesti nak lagi dan lagi pas tu...hehe. 

Mak kalau buat onde2 ni mesti sedap dan tak liat. Apa rahsianya??...Bila dah tengok cara2 mak membuatnya, barulah tau rahsia sebenarnya. Hari tu mak kata, kalau guna 1/2 kilo tepung pulut, tepung gandum lak bolehlah letak dlm 1/2 cawan(minum) gitu. Ternyata mmg berbaloi2 mencubanya....

Bila tengok resepi HaSue ni, mcm lebih kurang sama je dgn yg DJ buat. Cuma DJ olah sedikit mengikut citarasa (sebenarnya tak berapa larat nk memerah otak menulis resepi time ni sb byk sgt kerja lain yg x siap...hehehe)... Apa2pun mekasih ye Sue sb sudi berkongsi resepi ni. Sekarang rakan blogger kita ni dah kembali bersemangat berblogging dgn resepi2 yg best dan sedap2 belaka...syabas kawanku! InsyaAllah, jika ada rezeki dan dipanjangkan usia, kita akan bertemu juga nanti...sabar ye. :)


Onde-Onde Inti Kelapa
Resepi asal : Hasue
Olahan : DaYangJack

Bahan-bahan :

UNTUK INTI: 
  • 250g gula Apong/gula melaka 
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa 
ADUNAN TEPUNG: 
  • 250g Tepung pulut 
  • 30g Tepung gandum (DJ tambah)
  • sedikit air kapur (DJ tambah) - optional
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya 
BAHAGIAN LUAR: 
Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara :

INTI:

Kacau dan goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. 
kacau sehingga gula benar-benar cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap, tambahkan sedikit browning sugar. Padamkan api. Inti sedia digunakan.

KUIH:
  1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat-bulat. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis. 
  2. Jerang air dalam periuk, masukkan bebola tadi dan ia akan timbul setelah masak. 
  3. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi 


Friday, April 20, 2012

Apam Indon


Semalam bila tayang gambar ni di FB, ramai yg sangka apam ni kek...heheh. Tapi mmg btl, sekali pandang, mcm kek, dua kali pandang pun mcm kek jugak...pandang berkali2 pun tak mcm apam...ekeke. Bila dah rasa sepotong, barulah btl2 rasa apam. Gebus dan lembut sekali... 

Sebenarnya masa mengukus apam ni, ada peristiwa yg x diigini berlaku. Huhuh..nk cerita pun x sanggup rasanya...sedihhh. Biarlah menjadi rahsia... tp Alhamdulillah...dapat juga cover line biarpun pd pandangan si pembuatnya agak pelik sket..tak pastilah plak kalau2 si pembacanya perasan apa yg silap..hmm...x mengapalah kan...benda dah jadi...

Terguda daku dengan keayuan apam indon yg Yatie buat tempoh hari...rupa2nya resepi ni mmg dah lama pun org lain buat...kak Ummi Kuantan pun dah buat, pas tu MamaFami dan ramai lagi. Baru-baru ni DJ perasan Mat Gebu pun buat gak...adehhh2..mmg teruja dan bersemangat pulak nk buat. Menurut Yatie, asalnya resepi ni hanya dibuat 3 lapisan je, tp dgn hasil kreativiti Ita Masam Manis, maka terhasillah Apam Indon yg sgt menarik. Thanks juga buat Ita krn sudi berkongsi idea. Maka bila DJ pulak mengolah resepi ni dgn stail gini, terus mcm x menjadi lak bentuk apamnya...hahaha...sabar ajelah  ye...psst! jgn tersilau pulak mata memandangnya....maklumlah warnanya nampak terang gitu...heheh.

Ramai gak rakan FB nk tau mcm mane DJ mem'belangkan' adunan apam ni. Pernah buat kek karamel yg tgh ngetop skrg ni tak??..DJ belom buat lagi kek puding tu. Cara membelangnya samalah seperti kek karamel tu. Eh2..jap ... terlupa plak. Nasib baik DJ sempat buat rakaman...haha. 

pssttt!..baru je sebentar tadi daku melihat kelainan versi dari dapur hero Sarawak ituu...jom lihat DI SINI. Mmg unik sekali dan cantikkk! 

Biarlah gambar2 ni bercakap ye..hrp2 faham step nya....
tak laratlah dah nk menaip...sakit jari jemari ni....ahakkss...
Cara DJ membuat Kek Velvet Kukus Pelangi pun ikut stail gini gak. Senang je. 


Ok jom kita semak resepi mudahnya pulak. Sila2lah mencuba sendiri. Thanks Yatie, kita nk panjangkan resepi dari dapur Yatie ke sini pulak. Lain kali akan dibuat lagi.

Apam Indon
Sumber : MamaFami, k. Ummi, Cikpuan MiezaYatie, Ita
Sumber : DayangJack

Bahan-Bahan
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan (DJ guna santan juga)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak-Yatie tambah (DJ tambah juga)
  • pewarna dan perisa kegemaran

Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Sediakan loyang ukuran 9 inc
  3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  5. Campurkan garam ke dalam susu.
  6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
  12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna. 
*********
  1. Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat. (DJ ikut cara yg sama tapi menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")
  2. Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
  3. 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
  4. Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.


Sedaaappp!

Tuesday, March 06, 2012

Kuih Serimuka Pelangi


Asslamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bersiaran kembali dgn entri kuih pulak ye...adehh...dah lama sebenarnya mengidam kuih serimuka ni tp hmm biasalah kan...mood malas sentiasa menyelubungiku...kena tunggu semangat rajin tu dtg barulah dpt buat. Alhamdulillah 2 hari lps, sampai juga seru nk melapis kueh. Actually, mula2 tu nk buat kek rainbow...memandangkan DJ kekurangan satu dua bahan terpaksalah dtangguhkan dulu projek tu. Google jap kat internet. Terus terfikir nk carik kuih serimuka pelangi. haaa...terjumpa lak resepi ni kat dapur Chef Hanieliza. Hati pulak meronta2 nk hasilkan kuih yg sudah semestinya sedap ni. Memang ternyata sedaaap sgt. Lemak2 manis rasanya...i likeeee! Terima kasih ye kak Liza kerana sudi berkongsi resepi ni. 

DJ dah post dulu pic dan resepi ni ke FB memandangkan line internet tengah kebengongan. Berhari2 takleh nk akses ke blog. Memang frust sgtlah...hampir patah semangat dibuatnya. Alhamdulillah kali ni dpt pulak sb DJ guna broadband satu lagi...laju dan pantas. Cuma mood rajin je tak laju...heheh.


Wookehh...tak nak tulis panjang lebar...jom kita semak resepinya ye. Berminat bolehlah cuba. Mmg berbaloi! TQ sekali lg buat kak Liza.

Kuih Serimuka Pelangi
sumber: DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Lapisan Pelangi
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna
  • kuning..hijau..merah ..coklat paste 
** pewarna hijau DJ gantikan dengan pes pandan

Cara 
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

Thursday, February 23, 2012

Bingka Pisang

Bersiaran kembali....Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ni tetiba je terasa nk buat bingka. Mmg tak plan sebenarnya pun.... tp hasrat nk buat bingka bubuh pisang mmg dah lama DJ pendamkan...hehe. Entah mcm mana angin rajin dah sampai pulak hari ni tanpa dipaksa. Alhamdulillah...syukur sangat2 sb impian sudah tercapai. Mula2 tu tak yakin, sb tak pernah lagi buat bingka bubuh pisang ni kan. Sedap ke atau tak rasanya...mmg risaulah kalau tak menjadi. DJ buatlah dalam loyang kecik. Yalah..untuk percubaan pertama kali kan..takut gak x sedap....

Setelah siap dibakar, mmg x tunggu sejuk dah, DJ nk rasa time tu gak...nervous..ehehe...sendiri yang buat, sendiri jadi juri...MasyaAllah!...mmg sedap sgt2! Serius nk bagi tau ni...inilah kuih bingka yg btl2 menepati selera anak tekak DJ. Sedap dan lembut jer. Rasa menyesal pulak buat dlm loyang kecik sb tak sampai ke petang bingka ni dah tinggal 3 ketul jer. Siapa lagi kalau bukan si doter yg makan...adehhh...sedap sgtlah tu...hihi. Memang berbaloi2lah...

Mungkin esok lusa atau tulat nak buat lagilah kalau pisang emas ni msh ada. Rasa tak puas pulak buat byk ni. Sesiapa yg berminat nk cuba, silakan ye. Kalau ahli keluarga tak ramai, sukatan ni mmg sesuailah. Tak perlu buat 1/2 adunan dah sb saiznya taklah besar sgt. 

Jom kita semak resepinya....

Bingka Pisang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 125 air
  • 3 biji telur C
  • 2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
  • 80g gula pasir (+/-)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
  • sedikit esen pisang jika suka
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning 
  • bijan untuk taburan
Cara-cara : 
  1. Kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.
  3. Sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya
  4. Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C. 
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (tapi memang sedap dimakan time ia masih panas sebab terasa sangat kegaringan kerak bahagian atasnya)


Memang sungguh menyelerakan! 


Saturday, February 04, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi


Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pembaca setiaku....

Sejak dua menjak ni asyik buat kuih-muih jek...keseronokan yg x selalunya dtg kan...hehe. Kalau dah rajin, mmg pasti akan buat lagi dan lagi. Baru2 ni DJ ada buat kuih talam roti lapis coklat, juga dpt dari dapur Yatie. Rasanya mmg best sgt. Nanti DJ akan update resepinya. Yang ni pun ambik dari resepi ratu talam ni jugak. Pun sedap bangat! Memang tak tahan dgn godaannya. Pantang nampak kaler ijo, DJ pasti terpikat. Sebaik shj Yatie tayang kuih ni d FB, DJ terus buat keesokan harinya. Terima kasih sahabatku krn sudi berkongsi resepinya. Memang berbaloi2 membuatnya. Rasanya pun sedap dan kena dgn selera kami sekeluarga. Ada banyak lagi resepi kuih/talam Yatie yg harus dicuba. Kena masuk list dulu...hehe. Thanks again dear.


Ok..jom kita semak resepinya. Kalau ada yg berminat, bolehlah mencubanya ye. Selamat berhujung minggu semua dan Salam Maulidur Rasul s.a.w. 

Kuih Lapis Seri Wangi
resepi : Yatie@Sinar Kehidupanku
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

Sunday, January 22, 2012

Talam Permata Keledek


Sekarang ni kan DJ dah semakin minat nk buat kuih2 ni. Pertama, sb teruja dgn resepi kuih/talam dari blog Yatiememories.blogspot.com. Asal ada resepi kuih lapis terbaru je, mesti teruja dan terbayang2. Memang tak rugilah berkenalan dgn ratu talam ni di samping dapat berkongsi resepi...btl tak Yatie?...hehe. Faktor keduanya ialah, anak2 dah mula reti mkn kuih...haha. Jadi, tak rugilah kalau dpt buat seloyang kan. Taklah membazir masa dan tenaga. Cukup berbaloi rasanya kalau apa yg kita masak, satu famili suka dan dpt menikmati makanan tu sampai habis. Penat lelah pun hilang...kan3x?... :D

Ok, Talam Permata Keledek ni dah lama DJ save resepinya dari dapur Yatie. Selalu je tertangguh2 nak buat.  Alhamdulillah, baru2 ni dpt juga buat dan merasa. Alangkah sedapnyaa!..Memang tak rugilah melapis. Lagipun senang je...tak perlu lapis byk2. Cuma DJ tersilap teknik hari tu. Ditambahkan lg dgn kejadian kehabisan gas...adehh...tgh melapis tu gas habis pulak...terpaksa stop selama 1 jam...huhuh. Pas tu, gara2 nk cepat, tak sempat lapisan tengah tu masak, DJ terus letak lapisan hijau...hadoiii..habis rosak kuihku.....nasib baiklah terkene kat bahagian tengah jer...tapi frust jugaklah...warna dah bercampur...dah jadi kuih beralun pulak....hmmm..sabar je lah...Yang penting, kuih ni sedap dan lembut. Next time nak buat lagilah., Terima kasih ye Yatie atas perkongsian yg hebat ni. Izinkan DJ panjangkan resepinya di sini ye untuk rujukan bersama. TQVM...saaaayang dia... ^___^

Talam Permata Keledek
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
  • 2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
  • 1 1/2 cwn tepung beras*
  • 1 cwn santan pekat*
  • 2 cwn air*
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 1 cwn gula halus* (DJ guna gula pasir)
  • sedikit garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus (DJ guna gula pasir)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • secubit garam
  • pewarna merah dan hijau
Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
  2. Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.

CARA MELAPIS KUIH
  1. Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
  2. Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
  3. Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
  4. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
  5. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
  6. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  7. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Wednesday, January 04, 2012

Talam Pandan Kacang Merah



















Assalamualaikum dan salam ceria....

Dah agak lama tak buat kuih-muih ni kan...ari tu skodeng rmh ratu talam, Yatie...byk sgt pilihan resepi kuih talam kat situ. Rambang mata nengok..rasa nk buat semua jer..hehe. Semalam DJ plan nk buat kuih talam Permata Keledek...aduhh! berkenan sungguh dgn kuih tu sjk Yatie menayangkan resepinya tempoh hari. Malangnya, tak ada stok keledek. hmm..biarlah dulu. Nanti2 boleh buat gak kan. DJ try resepi ni dulu psl berkenan sgt dgn kaler ijo dgn purple kemerahan ini.. Lebih kurang sama jer dgn kaler blog ni...sesuai gitu kan..hehe. Apa2pun itu tak penting sgt, yg paling penting rasanya yg sungguh hebat dan kena dgn citarasa. DJ ni kan, kalau ada kuih, roti atau aiskrim yg ada kacang merah ni mmg takkan menolak punya. Semuanya DJ telan...sedap sgt!

Tak rugi mencuba resepi ni. Terima kasih byk2 kpd Yatie krn sudi berkongsi resepi yg sedap ni. DJ cnp resepi ke sini plak ye supaya mudah nk dijadikan rujukan bersama. Terima kasih sekali lagi.

Kepada pengunjung semua, terima kasih yg tak terhingga kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak anda ke sini. Byk komen tak sempat DJ reply disebabkan masa begitu terhad utk DJ berada di alam maya ini. Terima kasih kpd yg telah sudi mencuba pelbagai resepi di sini. Syukur Alhamdulillah. Jika ada apa2 pertanyaan dan kemusykilan, silalah berhubung dgn DJ di Facabook ye. InsyaAllah DJ akan respon secepat yg mungkin.

Ok lah, jom kita semak resepi talam ni...sudi2kanlah mencubanya. tq. 

Talam Pandan Kacang Merah

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci)
  • 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
  • 1 cwn air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah

CARANYA
  1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
  4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
  6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • secubit garam
  • pewarna hijau

CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
  2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
  3. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
  5. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  6. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Thursday, November 24, 2011

Kuih Bakar Kentang...lagi




Ini dah masuk kali kedua buat kuih kentang. Menggunakan resepi yang sama. Rujuk DI SINI. Yg sebelum ni DJ buat versi pandan marble. Kali ni ikut yg resepi asal dan sama sukatan dgn kak Sheila. Tq sekali lagi kpd empunya resepi, kak Jun, kak Sheila, k. AsmaIzah, Noorsha, kak Nor dan semua yg lain kerana telah mempromosikan resepi sedap ni. DJ asyik buat kuih je sejak dua menjak ni...dah musim agaknya. Kalau dah habis musim nanti rasa2nya setahun tak buat kot...hehehe.

Ok, kalau nk resepi, sila rujuk link yg DJ bagi tadi ye. Boleh juga singgah ke dapur2 rakan blogger yg lain. Hasilnya mmg cantik, menawan dan sedaaaap!


InsyaAllah lepas ni ada satu lg entry baru. Kalau line internet ok, bolehlah share. Terima kasih kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak. Harap jgn ada yg berkecil hati sekiranya DJ x sempat nk jejak balik atau reply komen yg diberikan (DJ hargai sgt2 kalau ada yg sudi komen...thanks a lot). Actually DJ x berapa happy dgn line internet yg DJ guna skrg ni. Skjp2 ok skjp2 tak...i'm so tired & depressed! ...Apa2pun terpaksalah bersabar dulu. Bersusah2 dahulu...bersenang2 kemudian...

Thursday, October 27, 2011

Bingka Susu/Cheese


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dah agak lama dah tak buat kuih bingka. Rasa2 dah setahun dah kot...hmm..mmg lama kan. DJ sememangnya penggemar kuih bingka lebih2 lg kalau ada orang tolong buatkan. Sudah semestinya mak yg buat terutama bingka pandan....memang best! 

Malam td ternampak bingka telur dari dapur k. Che Ct. Waduhh...x tahan dah dah nengok. Nak minta sepotong dua dr kak CT tp jauh lah pulak...hehe. Last2 DJ buat sendiri jelah. Tapi yg ni versi bidan terjun je tau. Ikut sedap tekak. Kebetulan krim keju masih berbaki kira2 50 g gitu. Sebelum expired, DJ campurkan sekali dalam adunan bingka ni. Alhamdulillah.....sedap dan lemak2 manis rasanya.

Bila cuaca redup, gambar pun nampak redup....samalah dgn lain internet ni. 
bl dah lemau, tuannya pun lemau nk menulis...sabar je la (sekadar selingan)

Bingka Susu/Cheese
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)
  • 4 biji telur A
  • 250 ml susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 140 g gula kastor (boleh tambah jika nak lebih manis)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50 g krim keju
  • 50 g mentega
  • bijan secukupnya atau serbuk badam (optional)
Cara-cara :
  1. Mentega dan krim keju dicairkan dengan cara double boiler. Kemudian disejukkan seketika.
  2. Satukan kesemua bahan di atas(kecuali bijan/serbuk badam) dengan mentega/krim keju cair tadi di dalam blender. Blend hingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 6 inci yang telah dilengser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka.
  4. Kemudian bakar ke dalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga keperangan. 
  5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 
** sukatan gula dan susu boleh tambah ikut citarasa sendiri
** boleh juga guna telur gred B
** kalau terlebih cair, boleh tambah sedikit tepung. Tp DJ suka cair dp pekat. 



Wednesday, June 22, 2011

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang


Akhirnya terlaksana juga impian nak buat kuih lapis hari ni. Dah lepas kukus, kipas2 jap, pas tu terus potong. Mmg takdanlah nk tunggu sejuk btl2. Sukatannya ngam-ngam utk keluarga kecil. Biasa main beli jer. Anak2 mmg tak pandang pun. Tapi kan, bila DJ buat seloyang kuih ni, rasa mcm tak cukup plak. Tetiba jer bdk2 tu jadi minat. Yg sorang lagi tu suruh buat lagi...aikk,..tak sangkalah dpt sambutan....syukur Alhamdulillah. Berbaloi2 rasanya. InsyaAllah, akan ada siaran ulangannya nanti.

Ok, tak nak pot pet byk2 yer...jom kita layan resepinya sambil2 berpantun...heheh.

Cik nyonya jalan berlenggang,
Singgah ke pekan membeli roti;
Kuih lapis nyonya aka kuih genggang,
Sedap dimakan payah nak berhenti.


Merpati putih terbang seribu,
Hinggap mari di pohon jati;
Terima kasih wahai sifu Mat Gebu, 
Kerana sudi berkongsi resepi.

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang
Resepi asal : Bro. Rozzan
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A :-)

  • 150 g tepung beras (DJ letak 120g tepung beras + 30g tepung gandum)
  • 30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
  • 400 ml santan pekat
  • 160 ml air

Bahan B :-)

  • 180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir) 
  • 150 ml air
  • 1/4 camca teh garam
  • 2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

  • Pewarna makanan hijau
  • Pewarna makanan merah jambu@pink
  • Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)

  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

Monday, April 11, 2011

Kuih Lopes

Dah lama kuih ni duduk dlm folder. Baru teringat nak tayang. Masih ada lagi yg sedang menunggu giliran untuk dibuat tayangan amal. Nak cakap gaklah betapa sedapnya kuih lopes nih...anak2 pun suka makan. Meskipun ada termenderhaka sket kat resepi ni, tapi tetap menjadi dan tetap sedap...terima kasih kpd si empunya resepi, tulip77 dari dapur Myr. Siapa nama dia ni?? Pija eh??..DJ pun x pasti sgt...hehe. Apa2pun, terima kasih sekali lagi. Memang sedap!


Jom, layan resepinya...


Kuih Lopes
resepi : tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (tak letak)
  • 1/2 sdt garam
  • beberapa titik pewarna hijau (DJ letak pandan paste)
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan  (DJ tambah)

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Sungguh tak sangka anak2 dah mula reti nak makan kuih-muih...nanti nak buat lagi dan lagi...

Friday, February 25, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Entri terlewat sket ari ni. Apa-apa pun jom kita makan kuih ni dulu. Teringin sgt nak buat kuih lapis kacang hijau ni lepas puas ulang alik ke rumah ratu talam nun...siapa lagi kalau bukan Puan Yatie...hehe.  Memang berbaloilah buat satu loyang besar. Sedap dan lemak2 manis jer rasanya. DJ tak kurang atau lebihkan gulanya. Just nice! 











Resepi asal kuih ni adalah dari dapur Akma tetapi cnp dari dapur Yatie or Kak Yatie?? msh kompius lg nk panggil apa sb rasa2nya kita sebaya kan...hehe. Apa2pun, terima kasih kpd kedua-duanya kerana sudi share resepi sedap ni. 

Resepi Kuih Lapis Kacang Hijau
Resepi asal : Akma
sumber : Yatie

Bahan-Bahan:

  • 250 gm gula pasir*
  • 1200 ml air*
  • 300 ml santan pekat*(* di masak dan biarkan suam)
  • 75 gm tepung kacang hijau (saya letak 100 gm sbb suka rasa kcng hijau lebih)
  • 85 gm tepung hoen kwee (putih)- saya guna 65 gm je
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Masak 400 ml air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 800 ml air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika. Saya alas plastik dan sapu sedikit minyak di loyang.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.


Pantang nengok kaler hijau, bikin hatiku tergoda jer....hehe. Terima kasih yer banyak2 kpd yang sudi singgah. Tuan rumah nk offline dulu sb nak masak ayam lagi utk dinner. Malam nanti update entri kalau sempat. C U 2nite!

**banyak lagi request dari pembaca belum sempat ditunaikan. Antaranya :

  1. kek kukus coklat
  2. roti john
  3. tart nenas
  4. choc chip cookies
  5. biskut buah kana
  6. limau jeruk dan acar limau
  7. tag dll.
harap bersabar ek...dah tak tau mana satu nk start dulu. DJ plak belum ade idea nak tulis apa2 lg. byk kerja dan msh kepeningan dgn hal mcm2...harap dpt faham yer. tq 

Wednesday, February 16, 2011

Apam Snow White


Teringin gak nak buat apam snow white yang telah diderhakakan ini...derhaka sebab tak guna acuan lompang. Bukan tak ada acuan tu, cuma DJ nak cepat. So, nak ambik jalan mudah, DJ guna loyang jer. Tapi mmg dah menjadi kebiasaan DJ buat apam guna loyang sb dah terikut2 cara mak mengukus apam sejak dulu2 lagi. Apa2pun, dari segi rasa apam ni mmg sedap dan lembut. DJ cuma buat suku adunan sb kat umah ni hanya dua org jer makan..hehe. Sukatan gula pun DJ kurangkan.

Resepi apam snow white ni dah ramai yg mencubanya. Pagi tadi DJ skodeng dari rumah Izah, terus terkopipes resepinya sekali. Thanks, Izah. Izah pun ambik dari rumah hana kan, dan hana cnp dari myresipi.com. Terima kasihlah kpd penyumbang asalnya. Memang tak rugi cuba resepi yang semudah dan sesedap ini.

Jom layan resepinya!..

APAM SNOW WHITE

Resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber dari: Izah dan Hana

Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
***Untuk resepi ni DJ buat suku adunan dan tambah esen vanilla. Untuk kelapa parut tu plak DJ gaulkan dgn sedikit garam dan sprinkle sugar kaler pink.

NOTA dari Kak Bdaria@junalresepi :
  1. Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  2. Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  3. Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

Thursday, January 27, 2011

Serimuka Pisang



Semalam buat serimuka pisang versi kak Hasiah dari myr. Bila tengok Ratu Talam aka Yatiememories tayang kuih ni, terus rasa nk buat gak. Kuih ni memang sedap dan kena dgn citarasa. Cuma kat lapisan atas tu jer nampak nipis sket. Mungkin disebabkan DJ buat 1/2 adunan kot atau mungkin juga saiz loyang tak sesuai dgn 1/2 adunan tu. Apa2pun, kuih ni mmg tak rugi dicuba. Terima kasih kpd penyumbang asalnya kerana sudi share resepi. DJ cnp resepinya dari dapur Yatie. Thanks yer, Yatie.


Kuih Serimuka Pisang
source 1 : Hasiah63
source 2 : yatiememories

Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi. (DJ blend kesemua bahan, pas tu baru tapis)
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.


Friday, January 14, 2011

Seri MukaKu


Kalaulah dgn memakan kuih seri muka ni boleh menyerikan muka, hari2 mau...hahaha. Dah agak lama tak buat kuih muih tempatan ni woo...ari tu slalu gak skodeng dapur yatiememories, rajin bebeno dia buat kuih...cantik2 dan semuanya nampak sedap. Kalaulah rajin mcm dia, kan best gitu. Tapi tu la, kena layan sorang2 jelah sb kat umah ni hanya DJ sorang jer suka makan kuih. Anak2 dan hubby mmg tak berapa nk layan pun...huhu. Kalau rasa desperate sgt, barulah buat..hehe. Antara kuih yg paling disukai ialah kuih bingka ubi, onde2, kuih lopes dan sri muka.

Kuih ni mmg dah selalu orang buat dgn pelbagai versi resepinya. Bahagian lapis hijaunya DJ bubuh sikit jer tepung gandum dan tak letak tepung jagung sb nak bagi rasa mcm dadih atau puding lembut. Barulah kena dgn citarasa. Tang lapisan bawah tu guna resepi NanaSham dr myresipi.com tp cnp resepinya dari rumah yatie. Trm ksh yer kpd kedua2nya. 

Seri Muka

Bahan-bahan
  • Bahan lapisan bawah
  • 500 gm beras pulut
  • 400 ml santan cair
  • 1 sk garam
  • 2 sb minyak

  • Bahan lapisan atas
  • 120 gm tepung gandum
  • 3 sb tepung jagung
  • 140 gm gula
  • 3 biji telur
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • 300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah
  2. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  1. Untuk lapisan atas
  2. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  3. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  4. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  6. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, October 27, 2010

Cucur Nasi Ikan Bilis


Salam...

Rasa mcm dah lama lak tak jenguk rumah ni...hehe. Minta maaflah yer, tuan rumah asyik2 menghilangkan diri jer ni. Now u see now u don't...hehe. Waduhh!...ramai gak yg dok tunggu2 akan resepi ciskek tu ekk..hmm..kena sabar dulu...wait2 ha...InsyaAllah lepas entri ni, dyg akan update resepi ciskek tu pulak. 

Pagi tadi, dgn penuh semangat dyg buatkan cucur nasi ikan bilis utk sarapan memandangkan lebihan nasi yg dimasak mlm tadi msh ada lagi...kebetulan nampak menu ni di rumah izah (thanks izah, akak terskodeng resepi cucur ikan bilis di rumahmu tadi...hehe). Hasilnya mmg bestlah!..sedap sgt2!...betul! Siapa yg belum cuba, kena cuba resepi ni. Terima kasih juga buat Yatie krn sudi berkongsi resepi cucur nasi yg sungguh sedap dan lembut. Dyg buat 1/2 adunan je dp resepi asal. Cukuplah utk makan kami bertiga. Hubby lak outstation. Apa2pun, Alhamdulillah, anak2 suka sangat. Dyg cnp resepinya di sini yer. TQ. Lain kali boleh buat lagi. 



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi (DJ letak 1 cawan)
  • 2 cwn air (DJ letak 1 cawan)
  • 1 biji bwg besar (DJ letak 1/2 labu)
  • 2 biji bwg putih (DJ letak 1 ulas)
  • 1/2 cwn ikan bilis (DJ letak segenggam)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum (DJ letak 1 cawan)
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) - tak letak
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • sedikit serbuk cili (DJ tambah)
  • sedikit serbuk kunyit (DJ tambah)
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...