Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Sunday, February 06, 2011

Sandwich Telur


Hari ni buat sandwich telur byk2. Lebih kurang sebuku roti. Boleh dimakan time bekfes atau bila2 jer. Memang laku kalau kat rumah ni lah terutamanya anak2. Berbaloi buat byk2 kan...hehe. 

bahan-bahan :

  • roti sandwich
  • telur rebus
  • mayonis
  • lada sulah
  • butter
  • sedikit garam
  • chicken meatloaf
  • daun salad



Untuk dinner lak rasanya tak masak dah. Lagipun lauk daging salai tengahari td msh ada lagi. tengoklah malam ni kalau rasa nk mkn, DJ mkn. Anak2 plak tak nak makan nasik sb dah kenyang mkn sandwich, nugget dan meratah ikan celup tepung. Hubby plak on diet. Huhu...mood malas datang lagi daaa...

*** n3 kek kukus keju akan DJ update malam ni, InsyaAllah. Terima kasih kpd yg sudi memberikan komen serta mesej. DJ akan reply kemudian yer. TQ.

Friday, December 31, 2010

Roti Gulung Sosej


Pagi tadi buat roti gulung sosej ni utk bdk2. Mama dia org minum jus oren jek konon2 nak diet la tu...haha. Tapi serius tau, azam tahun baru ni nak turunkan berat badan at least la 5 kg. Eh, esok kan dah nak masuk 2011 kan...adeh, kena buat nih...huhu. Alahai dayang oii..jgn ckp jer, ko kena buat sungguh2 baru la dpt hasilnya. Apa2pun mudah2an la kan dpt kembali slim spt dulu2. Kurus sgt pun tak best, dpt 36 26 36 pun jadilah kan...hihik...mesti ada yg nk termuntah baca kesah diet ku ini...haha. Tak apalah, sekali sekala bercerita meluahkan perasaan di sini apa salahnya kan..sekurang2nya lega dan hilang stres akibat kena sindiran tajam dari suami tercinta..huhu. Diet jgn tak diet....sekali lagi aku gelak sorang2...hahaha!

Berbalik cerita psl roti sosej ni, sebenarnya kan dyg nk 'clear' kan semua stok dapur yg ada. Kebanyakannya dah nak hampir luput tarikhnya termasuklah breadcrumb ni. Roti pun nak kena habiskan gak Dah buat 6 keping, tapi msh ada byk lagi. Buat bubur roti jelah kalau sempat ari ni. Roti sosej ni rasa2 ramai yg dah tau buat kan. Nak prepare pun pun senang jer. Dyg hanya perlukan bahan-bahan seperti tepung goreng serbaguna + sedikit tepung gandum, sedikit air, breadcrumb, sosej yg dicelur dan roti sandwich yg tlh dileperkan. Itu jelah. Buat ala kadar jer tapi sedap! Yang penting, anak2 suka. Dyg tak brp gemar mkn sosej kecuali dibuat conney dog jer sb ada kuah. Sedapnyaa!....

Oklah. Itu saja buat setakat ni. Nanti update lagi yer. Sebelum tu, tuan rumah nk ucap terima kasih byk2 atas kesudian anda menjengah blog yg tak seberapa ini. Sila2lah cuba resepi di sini jika sudi. Terima kasih. Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga tercapai segala azam dan impian....

Monday, March 15, 2010

Roti Kacang Panggang Berkeju


Kadang2 pening juga memikirkan nak masak apalah utk breakfast kan...takkanlah asyik2 nasi lemak, roti bakar, roti arab, scrambled egg, roti canai dan balik2 ulang benda yg sama...tak ker rasa boring gitu???...Sejujur2nyalah...setiap malam sebelum melelapkan mata, dyg mesti dok fikir esok paginya nak masak apa...pening juga tu...huhu.

Apa kata kita tukar menu ni sekali sekala...gerenti lepas ni nak buat lagi...hehe. Menu ni dyg dapat ilham dari sebuah majalah tahun lepas. Sangat sedap dan mengenyangkan!....



Bahan-bahan :
  • 6 keping roti sandwic
  • 2 biji telur
  • keju parut secukupnya
  • mentega secukupnya
  • 1 tin besar kacang panggang
  • sedikit daun oregano kering
  • 200 ml susu segar @ susu cair @ 200 ml air suam + 3 sb susu tepung
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara :
  1. Satukan susu, telur, garam dan lada sulah di dlm satu bekas. Sebatikan.
  2. Sapukan roti dgn mentega.
  3. Susun selapis  roti di dlm mangkuk kaserol dgn bahagian bermentega di atas. Siramkan sedikit adunan susu di atas roti.
  4. Taburkan sedikit keju di atasnya.
  5. Kemudian, tuangkan 1/2 tin kacang panggang dan ratakan.
  6. Susunkan lagi 2 keping roti. Ulangi proses sehingga disudahi dgn lapisan roti.
  7. Tuangkan adunan susu selebihnya ke atas permukaan roti tadi. Taburkan keju dan oregano.
  8. Bakar selama 30-40 minit pd suhu 180C.
  9. Hidangkan setelah masak.


Roti ni nak buat minum petang atau makan malam pun boleh...terpulanglah pada kehendak masing2.

Sedap dimakan panas2!...

Tuesday, November 10, 2009

Baked Beans (Tomato Sauce) with Potato

Salam...

Breakfast hari ni ringkas jer. Scrambled Egg, Cheesy Sausage & Nugget. Tak cecah dgn sos cili, tapi dgn kuah kacang panggang berkentang. Sedaaaapp!!

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar baked beans (dyg prefer Ayam Brand)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji ubi kentang (dihiris nipis2 dan digoreng sedikit)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • sedikit lada sulah dan garam
Cara-cara : Panaskan marjerin di dlm periuk. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan kentang yg sudah digoreng tadi dan sedikit air (70 ml). Masukkan kacang panggang dan kacau perlahan2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah. Kacau sebati. Boleh tambah air jika perlu.

Setelah kuah masak, bolehlah dihidangkan bersama nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya.

Actually, hari ni tak sedap badan. Sakit segala bagai. Jap lagi nak masak lauk utk dinner pulak....kena kuatkan semangat....

Friday, November 06, 2009

Breakfast

Jarang tayang menu berakfast kat sini. Entah, hari ni terajin lak nak ambik gambar. Actually, pagi tadi dyg masak nasi goreng gak tapi pic blur ler....alahaii....gara2 nak cepat ler tu...sakit mata nengok tau. Oleh itu, tak jadi nak tayang, kang ada lak yang pening-pening lalat nanti, akaaak jugak yang susah...huhu.

It's ok... next time boleh snap cantik2. Kita tayang apa yang ada je lah. Ini sarapan ringkas dyg. Memandangkan ulser masih tak hilang lagi plus nak diet gak ni...hehe, dyg makan campuran oats+cornflake+mixfruits+susu dan jus oren jer. Sedap dan cukup mengenyangkan.

Well, that's all for today. Kalau sempat, dyg akan update lagi utk menu tengahari nanti.
Have a nice day!

Wednesday, July 22, 2009

Breakfast

Salam semua....hari ni terlambat sikit nak update n3. Sibuk dgn macam2 hal. Anyway, inilah antara hidangan breakfast yg sempat dyg ambik picture nya pagi tadi. Bakar burger ayam, scrambled egg, sosej dan masak kacang panggang keju berkentang.