Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Friday, March 02, 2012

Resepi Lengkap Pizza (my style)







Assalamualaikum dan salam ceria....

Alhamdulillah...dapat juga akhirnya meng'update' resepi pizza ni. Selalunya tak sempat jer..huhuh. Pizza ni DJ dah buat 2 hari berturut2 atas permintaan anak2. Memang berbaloilah setiap kali membuatnya sebab sedap sgt dan rasa pizza ni pun seakan2 lasagna atau baked macaroni. Sungguh berselera anak2 makan. DJ makan 2 slices je. Memang takleh layan sgt selera membuak2 ni. Nanti bertambah2lah lah pulak lemak dan kolestrol...hehe.

Malangnya, DJ tak sempat nk rakam gambar step by step. Tak cukup masa nk buat semua tu. Lain kali je lah ye. 


Mari kita semak resepinya. Di sini DJ tuliskan 2 resepi kulit pizza. Pilihlah mana-mana berkenan di hati atau mengikut stok. Pizza base I, hasilnya sangat gebu dan lembut. Yang base kedua tu pun sedap juga, dibuat nipis2...nanti jadi krispi. Silalah mencuba jika berminat ye. DJ mmg guna resepi yg dua ni je setiap kali nak buat pizza. Manakala toppingnya boleh ditukar mengikut selera dan citarasa. Kdg2 DJ letak filling sate ayam atau seafood. Best sgt! 

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.


Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka




Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.



Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.



***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!


Saturday, May 15, 2010

Seafood Pizza



Walaupun mood rajin belum ada sepenuhnya, janji kpd anak2 tetap ditunaikan. Dah lama tak buat pizza. Plan kali ni nak buat Seafood Pizza dan Sausage Pizza. Tapi yg bersosej tu dah abih ler...tak sempat nak shoot...hehe. Yang ni pulak utk minum petang merangkap makan malam. Sedaaappp! 

Resepi pizza base seperti biasa, guna resepi yg ada dlm rumah ni (boleh cari kat label 'pizza'). Kulitnya tetap lembut walaupun dh sejuk. Nanti kalau free, tuan rumah akan update sekali lg resepinya di sini. Layan dulu....tuan rumah nak jalan2 jap. Selamat berehat dan beriadah!..tak lupa juga buat cikgu2 sekalian, Selamat Menyambut Hari Guru. Semoga sukses menjalankan tugas!....

Sebelum kebakaran....

Selepas kejadian....

Jom makan!!


update :

Resepi Seafood Pizza serta pizza base sebelum ni boleh rujuk DI SINI. Cuma kali ni dyg buat topping ringkas jer tetapi tetap sedaaappp!

Bahan-bahan untuk Topping :
  • udang basah secukupnya (dibuang kulit dan digaul sedikit dgn lada sulah dan garam)
  • crab stick secukupnya
  • sos tomato
  • kapsikum secukupnya
  • hirisan nanas
  • oregano
  • sos keju / cheddar cheese / mozarella cheese
Cara-cara : Gaul2kan udang dgn lada sulah dan sedikit garam. Kemudian susunkan di atas kulit pizza diikuti dgn bahan2 lain (seperti membuat topping biasa). Sila rujuk link di atas yer. 

Sunday, March 14, 2010

Mini Pizza Bersosej



Piza yg comel2 ni amat sesuailah utk budak2 sb bahan2 toppingnya ringkas jer. Mak bapak budak pun boleh gak....hehe. Alhamdulillah, anak2 dyg sukakan piza stail gini. Buat dalam 12 keping tak sampai satu hari dah habis. Dalam bulan ni jer dah 3 kali buat atas permintaan budak2 ni.

Baru-baru ni dyg dah kehabisan tepung roti. Maka, dyg guna tepung gandum sebagai ganti sb tak nak  menghampakan permintaan anak2. Alhamdulillah, yis pun elok, maka, hasilnya pun bagus. Gebu dan lembut jer piza ni walaupun dah sejuk.


Inilah resepinya mengikut stail dan citarasa sendiri. Sesuailah utk hidangan sarapan pagi atau bila2 masa shj.

Bahan-bahan : (10-12 keping)

Untuk doh :
  • 250 g tepung roti / tepung gandum
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2  sk yis mauripan
  • 160 ml air suam
  • 1 sk garam halus
  • 1 sb butter
  • 1 1/2 sk pelembut doh / dough softener
  • 2 sb gula
Topping :
  • sosej
  • sos tomato
  • mayonis
  • keju parut
  • sos cili
  • sedikit oregano / Italian herbs 
Cara-cara :
  1. Satukan yis bersama air dan gula. Rendamkan sebentar sehingga berbuih.
  2. Satukan kesemua bahan selebihnya di dalam bekas dan ratakan.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
  4. Perapkan doh di dlm bekas yg bertutup dgn kain lembab selama 1 jam.
  5. Keluarkan doh dan tumbuk2kan sedikit utk mengeluarkan angin dan uli lagi.
  6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan bulat.
  7. Sediakan tin/dulang pembakar yg sudah digriskan dgn mentega/minyak zaitun. 
  8. Susunkan doh di atas dulang tadi. Cucuk2kan doh dgn garpu. Biarkan doh naik sebentar selama lebih kurang 20 minit.
  9. Panaskan oven pd suhu 180C. Bakar doh selama 5-7 minit.
  10. Keluarkan doh dari oven. Sapukan permukaan kulit piza dgn sos tomato, diikuti mayonis, sosej, keju parut dan oregano. Bakar lagi selama 10-15 minit.
  11. Hidangkan dgn sos cili dan mayonis.

Tuesday, August 25, 2009

Pizza Sate Ayam

Sebelum ni ada yang request resepi piza sate ni. Dayang mintak maaflah yer sebab x sempat nak update resepi piza sate yg lepas. Jadi, dah alang2 masak piza ni utk bersahur mlm tadi dayang sertakan sekali resepinya kat sini. Bagi yang berminat, boleh lah cuba resepi yang sedap ni....

Bahan-bahan :
Untuk topping :
  • 200 gm isi ayam/daging (dayang guna isi ayam) - dihiris kecil2
  • 3 batang serai*
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sb gula merah
  • 1-2 sk garam
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara : Kisar kasar bahan2 bertanda *. Gaulkan kesemua bahan di atas bersama isi ayam/daging dan perapkan 1 jam atau lebih. Kemudian digoreng separuh masak (goreng terendam)

bahan-bahan hiasan : tomato, cili benggala, bawang besar

Untuk doh piza: sila klik di sini atau di sini

****bakar dahulu doh pizza selama 5 minit sebelum dihiaskan dgn toppingnya

Cara-cara menyusun : sapukan sedikit sos cili di permukaan doh dan hiaskanlah dgn topping tadi dan bahan2 hiasannya. Bakar selama 20 minit dgn suhu 180C.

Friday, August 07, 2009

Seafood Pizza

Anak2 makan pizza daging. Dayang n hubby makan pizza udang + ketam. Buat simple jer ni tapi memang mabeles! Sebabnya...dyg x guna keju parut tapi guna cream cheese utk buat sosnya.

Doh rotinya pun lembut je sesuailah dgn permintaan Princess tu. Dia tak suka doh yang crispy tapi si Prince lain pulak citarasanya. Alahai...susah betul nak memuaskan kedua2 pihak ni...huhu. Apa2pun, si kecik tu ttp berselera makan lebih2 lagi kalau letak byk cheese. Favorite tuh...skrg ni pun dia ada kat kedai dgn hubby semata2 nak beli slice cheese...hehe.

Atas permintaan rakan2 blogger, inilah resepinya yer. Selamat mencuba!

bahan-bahan :

Untuk topping :
  • 7 -8 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
  • 1 biji putih telur
  • tepung goreng kentucky
Cara-cara : Celupkan udang dgn telur dan salutkan dgn tepung tadi dan goreng sehingga masak. Ketepikan.

Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sb mentega
* 1 sb tepung gandum + 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
* 125 gm cream cheese
* sedikit lada sulah
* garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dlm periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju/keju parut. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Lain2 bahan2 topping :
  • crabstick
  • sos tomato
  • mayonis
  • oregano
  • capsicum (didadukan)
  • tomato(didadukan)

Doh Pizza : Boleh juga Klik Di Sini untuk versi lain.
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dlm satu bekas besar dan gaulkan rata2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. Kemudian rehatkan doh(tutup dgn kain lembab) selama 1 jam. Panaskan oven pd suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk2 sedikit doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang yg digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pd dulang tersebut dan letakkan doh tadi di dlmnya. Ratakan. Cucuk2 sedikit dgn garfu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti udang, crabstick dan bahan2 lain. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Beef Pizza

Salam...

Pagi ni dyg n family bersarapan pizza. Sebenarnya piza ni dyg buat malam td. Buat 4 dulang kecil. 2 dulang utk makan malam, 2 dulang utk sarapan pagi. Jadi, rilek sikit pg ni x payah masak apa2. Sekadar reheat jer stok pizza yg ada tu...hehe.

Friday, June 05, 2009

Pizza...lagi

Malam tadi sepatutnya dayang post satu lagi entry tapi keletihan mengatasi segala2nya jadi x sempatlah nak update. Bukan apa, sebenarnya begini…ptg semalam hubby panggil orang dtg umah utk servis air-con yang dh berkurun2 x servis. Berjam2 gaklah nak servis esp kat master bedroom. Dah siap tu kena kemas bilik pulak sb terlalu kotor dan berhabuk. Tau2 aje lah kalau ada keje2 pembaikan ni. Messy sikit. Tu yang letih sgt tu.

Pagi semalam tu, lain lak ceritanya. Adik2 ipar ada kat umah. Tapi yang sorang tu(adik hubby yang paling bongsu) pg2 lg dah balik kampung. Petang tu pulak dayang sempatlah buat pizza 3 dulang utk minum petang n ni la hasilnya. Simple tapi sedap. Ingat nak buat Pizza Udang mcm yang kat pizza hut tu tapi terasa malas lak. Next time je lah. Untuk resepi pizza base/ doh pizza boleh la rujuk di Sini yer. Untuk topping, ikutlah citarasa dan kreativiti sendiri.

Oo ya sebelum terlupa. Esok dan lusa dayang mungkin x sempat nak berblogging. Family hubby nak dtg umah. Lagipun adik hubby yang bongsu tu nak daftar matrik uia hari Ahad ni. Jadi, kemungkinan besar dayang akan menemaninya sepanjang registration tu nanti kat PJ. Itupun kalau dayang x sibuk dgn hal lain. So, dayang mintak maaflah yer jika x sempat nak respon atau update mengupdate blog sepanjang 2 hari tu nanti…jangan mare….hehe..

Sunday, April 19, 2009

Dapur Bergerak......Pizza

Calling2!!!.....dah sampaiiiiiii!.....bestnya hari ni dapurku tak berasap buat seketika. Bukan terkena jangkitan 'M' tp sekadar ingin berehat sambil2 memanjakan diri kat spa...hehe. Home spa jer....keh!keh!keh!....lepas tu, ptg td plak keluar kejap bawak bwk anak2 jalan-jalan cari barang dapur. Hubby pun ade sekali. Penat gaklah masuk pasaraya ni, very crowded. Anak2 plak buat hal. nak beli itulah, nak beli inilah...nasib baik beli makanan. Kalau beli barang mainan, memang aku x layan....so dipendekkan criter,..balik rumah dlm kul 6. Penat masih x hilang lg tu...si princess tu plak request nk mintak dyg masakkan lauk ayam. Nasib baiklah hubby faham keadaanku ini...so die panggil dapur bergerak jer anta makanan....nilah makan malam kami tadi. Agak lama juga x menjamah pizza hut ni bertahun2 gak tu... Sesekali teringin gak nk merasa. Secara x langsung dpt meringankan sikit penat yang ade ni....sorry guys! hari ni btl2 dyg x larat nk bersilat kat dapur...esok jerlah yer....jom kita layan pizza ni...hehe. Gambar2 pizza yg sempat dyg ambik sebelum habis dingap....

Chicken Viva

Beef Viva

Seafood Viva

Monday, February 23, 2009

Pizza Ria


Menu utk dinner. Malaslah nk makan nasi mlm ni. Tapi dayang xlah makan banyak pun. Setakat 1 slice je...hehe. Cukuplah tu. Pizza base ni lembut dan gebu walaupun dah sejuk. Ini merupakan salah satu resepi pizza base terbaik yg pernah dayang buat. Dayang dh cuba banyak resepi kulit pizza dr bermacam2 resepi samada dlm buku mahupun internet tp msh belum menepati citarasa dayang. Finally, dayang buat sendiri dan adjust resepi sendiri. Inilah hasilnya. Dayang hanya guna tepung gandum jer. Save Cash..!.Untuk satu pan pizza ni khas untuk Aleeya sorang...


Resepinya mudah saja. Sesape yg berminat, bolehlah mencuba resepi dayang ni. Tak rugi mencubanya.

Bahan-bahan :

Untuk Topping :
  • 100 g isi ayam/daging (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1-2 sb puri tomato
  • sedikit mix vegetable
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit mayonis
  • sos tomato/cili
Untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • sedikit tomato (dihiris dadu)
  • sedikit crabstick (dipotong kecil)
  • sedikit cendawan shitake
  • Mozarella Cheese
  • lain-lain jika suka.
Cara-cara : Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan isi ayam, puri tomato dan kacau hingga separuh masak. Masukkan mix vege dan perasakan dgn garam dan gula.

Pizza base : Large size
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sk yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
  • 2 sb susu tepung
  • 157 ml air suam (39C....suhu org demam panas)
  • 1 sb gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sb bread softener
  • 1 sb olive oil
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.
  3. Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan dgn minyak zaitun di tepi2 doh dgn berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak).
  7. Akhir sekali ratakan dgn sos tomato/cili, mayonis dan bahan2 topping yg lain kecuali keju parut dan oregano.
  8. Bakar selama 20 minit. 5 minit terakhir, keluarkan pizza dari oven. Taburkan keju parut dan oregano. Bakar sehingga perang.


Tuesday, February 10, 2009

Pizza Sate

Yummy!....inilah pizza kegemaran dayang sekeluarga. Resepi dlm versi sendiri. Bukan ape, dayang dh lame x makan pizza di Pizza Hut. Lagipun suami x brp suka bawak dayang & anak2 ke tempat tu atas alasan tempat tu selalu sesak dan terpaksa menunggu lama utk dapatkan tempat. Finally, dyg buat sendiri. Rasa lbh kurang same jer dgn pizza hut...Alhamdulillah...since that day, dyg dh x perlu ke sana dah...hehe