Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Saturday, February 09, 2013

Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik


Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh. 

Wednesday, August 01, 2012

Ayam Prun

Alhamdulillah....dapat juga menulis entri hari ni. Biarpun agak sibuk sket, DJ rasa x sampai hati pulak nk membiarkan blog ni bersawang. Baru je nk bg tau yg DJ nk rehatkan blog ni buat sementara waktu...entah mcm mana tetiba ada kekuatan dan kerajinan pulak utk menulis satu lagi resepi juadah berbuka semalam. sebenarnya ada byk lagi gambar2 menu yg dah lepas msh terperap lagi dlm folder. Entah bila nak update agaknya....DJ pun tak pasti...sgt2 sibuk dan tak cukup masa utk berblogging...hmmm.

Oklah...hari ni DJ nak kongsikan resepi ayam prun pulak. Dulu pernah DJ buat daging prun menggunakan rencah yg sama tp x sempat nak share resepinya di sini. Kali ni DJ buat sekali lagi menggunakan ayam pulak. Alangkah sedapnyaaaaaaaaa!. Bau dan aromanya sungguh wangi ketika dimasak dan bila dah dihidangkan bersama nasi putih....hadoiii...habislah dietku...huhu. Kalau ada nasi beriani atau nasi minyak ni lagilah bertambah2 sedap dan berselera...

Jom kita semak resepinya ya....berminat bolehlah cuba. :) Terima kasih sudi menjengah ke sini. 

Ayam Prun
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil atau ikut suka)
  • 70g buah prun (pitted atau dibuang biji)  +/-
  • 1 sudu besar rempah kerutuk (DJ menggunakan rempah kerutuk Adabi)
  • 4 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang)
  • air secukupnya
  • 2-3 sudu besar madu atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos tomato
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
bahan-bahan kisar :
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis rempah rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan air secukupnya.
  4. Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka. Gaulkan.
  5. Apabila sudah masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan. (jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang dan bawang goreng)
Resepi ni mmg kena sgt dengan citarasa DJ sekeluarga...tapi tak pastilah pulak dgn selera orang lain. 
Lain orang lain citarasa..kan...hehe.

Monday, July 23, 2012

Ayam Goreng Berempah


huhu...mmg pening memikirkan juadah utk berbuka puasa ni kan. Kalau ikutkan rasa hati, mau je pergi ke bazaar ramadhan beli itu dan ini. Tapi mengenangkan anak2 dan suami, rasanya lbh afdal lagi masak lauk hasil dari air tangan sendiri. Kalau setakat nk beli kuih2 ok la kan...heheh. 

ok, iftar hari pertama DJ x sempat nk share apa2 menu. Lagipun dapat lauk sponsor dari seorang kawan. Ada nasi ambang, laksa, pulut panggang dan macam2 lagilah sampai ada yg tak luak...hehe. Terima kasih byk2...Alhamdulillah. 


Semalam DJ buat ayam berempah dan bayam rebus je. Selain dari tu, ada murtabak dan taufufa. Memang sgt2 berselera terutama dpt menikmati ayam goreng berempah...adesss...sedap sungguh! Resepinya pun mudah je. Menggunakan bahan2 yang ada dalam stok. Kemudian perap selama 2-3 jam sebelum digoreng. Baki ayam yg diperap tu msh ada lagi. Bolehlah goreng utk hari ni pulak. 

Kalau nak tengok versi ayam goreng berempah beriani pun sedap tau. Ramai yg dah cuba resepi ni. KLIK DI SINI atau DI SINI. Apa2pun, jom kita layan resepi ayam berempah yg ini pulak ye. Terima kasih sudi singgah dan selamat berbuka puasa utk hari ni pulak. :)

Ayam Goreng Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 8-10 batang serai
  • 1 sudu besar biji ketumbar
cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati. Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman. Sediakan minyak yang banyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan. Selamat mencuba!

Thursday, June 07, 2012

Rendang Ayam .... rindunya nak blogging semula


Yuhuuuuuuu!!!!...I'm backkkkk!...
Assalamualaikum dan salam rindu semuanya.....

Adehh....lamanya tak update blog...rindu dan semakin sayang lah pulak walaupun semangat utk menulis   ni belum ada lagi... al maklumlah kan...DJ sebenarnya msh bercuti di kampung halaman lagi buat masa ni...sibuk bersama keluarga dan bermacam2 aktiviti nk dibuat sehingga x cukup masa dan ruang utk mengadap lappy....huhuh. InsyaAllah...setelah balik semula ke KL nanti, DJ post resepi lagi ye. Apa2pun, terima kasih byk2 kpd semua pengunjung dan pembaca setia blog ni krn sudi menjengah dan  mencuba resepi2 yg ada di sini. DJ sgt2 menghargai setiap kunjungan anda. Dan mohon ampun sgt2 sb x sempat nk reply komen satu persatu...adehh...kalau ada kesempatan nanti, DJ akan usahakan juga utk menjawab/membalas komen yg ada...harap bersabar ye. ^__^

Walaupun tgh sibuk melayan keluarga tapi sempat jugalah DJ ambik gambar makan2...tp byk yg ter'miss'. Bukan sengaja tau...tapi tak sempat dan kdg2 dah habis makan baru teringat nk ambik picture...hahaha...biasalah kan..tgh cuti sekolah ni, tambah lagi Sarawak cuti Hari Gawai sampai 4 hari berturut2 baru2 ni...lagilah rmh mcm org nk pergi kenduri...hehehe...tp seronok sgt2 dpt berkumpul ramai2 bersama ahli keluarga...itulah saat dan kenangan terindah biarpun ada pahit manisnya... Alhamdulillah...

Oklah...jomlah kita kembali ke pangkal jalan...heheh...

Ayam yg dimasak secara tak dirancang ni pd mulanya nk dibuat kicap blackpepper...DJ dok tercari2 biji lada hitam tak jumpa lah pulak...rupa2nya ada stok serbuk lada hitam je...mak suruh beli ler ke kedai...tp malaslah pulak...pas tu kebetulan mak baru je siap buat kerisik dan rencah utk buat mi kari...tetiba terbit lak idea nk buat rendang,... mulalah mencarik daun kunyit kat belakang rumah, then daun limau purut pun ada sekali...apa lagi...on je lah projek merendang nih...hehe..nasib baik mak dah blend  bawang2, lengkuas dan halia byk2..dptlah tumpang sekaki...hanya perlu tumis je...dan bila dah siap merendang, bolehlah dihidangkan ...waduhh2....enak bangat!!! tak sedar bertambah2 nasik...huhuh...


Resepinya mudah aje... sama mcm kita buat rendang biasa tu la...cuma dlm resepi ni DJ menggunakan stok yang ada je la kan...termasuklah penggunaan gula apong. Kalau x ada stok tu, DJ guna gula melaka seperti yg biasa DJ buat bila berada di negeri orang..heheh...

Jom kita semak resepinya ye...

Rendang Ayam Harum
resepi : DayangJack

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
  • daun kunyit secukupnya (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut 
  • sedikit air asam jawa
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula apong/gula melaka/gula pasir/gula perang
  • 2 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • cili giling/cili kisar secukupnya
  • sedikit serbuk kari daging (optional)
bahan-bahan kisar : 
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Tumiskan rempah 4 sekawan bersama serai, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul-gaulkan dan masaklah hingga ayam hampir empuk.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak hingga kuahnya pekat.
  4. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih, lemang, nasi impit, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya. Selamat mencuba!

Wednesday, May 16, 2012

Ayam Kicap Berlada Hitam


Assalamualaikum dan selamat petang semuanya....

Dah seminggu tak meng'update' blog ni...Alhamdulillah masih ramai gak pengunjung yg datang silih berganti...terima kasih semuanya...Tuan rumah sebenarnya tak berapa sihat sejak dua menjak nih...sakit tekak, batuk2, selesema dan sakit kepala...dah musim agaknya. Tapi dlm sakit2 tu kerja2 dapur tetap berjalan seperti biasa. Cuma tak serancak ketika sihatlah...kdg2 tu kalau dah tak larat masak, tapau jelah dari kedai. Tapi tekak ni rasa tawar pulak..rasa nk makan itu dan ini tak mcm kurang berseleralah pulak bila dah menjamah makanan...entahlah kan..biasalah tu dlm keadaan begini....

Taaapiiii....hari ni terasa nk makan ayam kicap lada hitam...mungkin boleh membangkitkan selera...Alhamdulillah...berbaloi2 jugak msk ayam stail gini. Memang sesuailah utk orang yg tak berapa sihat dan x ada selera makan. Lagipun semalam si gugurl request ayam kicap ni...mmg sedap sgt!

Dah selalu sgt tayang resepinya dlm blog ni. Boleh lah rujuk DI SINI ye jika berminat nk cuba. Rasanya belum terlambat lagi nk ucap Selamat menyambut Hari Guru, Hari Jururawat dan Hari Ibu kepada semua pengunjung DapurKu SaYang. Semoga sukses dan ceria selalu. ^___^

Wednesday, May 02, 2012

Lala Pedas & Sup Ayam


MasyaAllah...my doter pantang nampak lauk lala ni...tak pandang dah lauk lain...habiss satu bekas ni utk dia sorang...huhu. Nama je lala pedas, tapi taklah sampai berasap telinga...hehe. Cepat dimasak dan sedap dimakan!

Lala Pedas
Resepi : Dayang@Dapurku Sayang


Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo lala (dibersihkan)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap manis
  • sedikit daun bawang / daun sup(dihiris)
  • sedikit garam 
  • minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut. Kacau sebati.
  3. Masukkan lala dan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
  5. Hidangkan setelah masak.



Yang kat bawah ni pulak sup ayam utk si boboi. Tapi part yg ada wing ni reserve utk mama dia...hihik. Cam tau2 je kan, kak Nor...hehehe.
\

Monday, April 02, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani (resepi II)


Adehh2...hehe...x sangka lak boleh update 2 entri serentak ari nih...maklumlah dah masak terlebih awal tadi kan...dapatlah rest kejap sambil blogging...kejap2 lagi si princess nak balik dr sekolah dah...gerenti dia seronok dpt makan ayam goreng favorite nih... ^___^

Oklah...resepi mcm biasa dari SINI  atau di SINI jugak. Cuma kali ni DJ adjust sket bahan-bahannya. Namun tetap sedap dan menyelerakan! 


Jom cuba!...

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan) 
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
  • 2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan pes asam jawa 
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
***ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. 

Sedapnya kerak2 dia nih...rangup je... :)

Monday, February 27, 2012

Kari Ayam BerYogurt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Menu hari ni, DJ buat kari ayam yogurt. Memang sedap sgt! Rasa pun tak muak bila bubuh yogurt. Lain-lain  sampingan ialah sambal belacan, ikan goreng dan sayu campur. 
Jom kita layan resepinya ye...tak dapat nk pot pet memanjang...ada haaaalll....heheh


Kari Ayam BerYogurt
resepi : Dayang Jack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam sederhana (dipotong kecil-kecil dan digoreng separuh masak)
  • 5 sudu besar rempah kari daging 
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar fresh yogurt / plain yogurt
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit hirisan tomato dan karot
  • ubi kentang secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara :

  1. Sediakan dan panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga garing. 
  2. Rempah kari daging, rempah kurma dan serbuk cili disatukan di dalam satu bekas dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ayam separuh goreng tadi bersama ubi kentang. Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih. 
  4. Masukkan pula yogurt dan bahan-bahan selebihnya. Kacau rata-rata. 
  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan.


Monday, November 21, 2011

Ayam Masak Merah dan Sayur Lemak Udang

adehh..tersakit mata plak nengok gambar ni...ahh! biarlah...malas nak edit..
nanti susah nk upload lg dgn masalah line connection yg asyik2 fail memanjang...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Kembali bersiaran....adeii..payahnya nak update blog skrg ni. Bkn malas ye...tp line internet agak tenat skrg ni...tambah lagi dgn keadaan cuaca x menentu...lagilah meragam. Sudahnya DJ update kat FB je la...huhu. 

Ok, malas nk citer panjang lebar ttg masalah tu...jom kita layan resepi ayam dan sayur lemak ni dulu k. Menu semalam. Saaaaangat sedap dan menyelerakan. Makan sampai menambah2....x larat dah...hari ni DJ terpaksa berdiet...mkn crackers n buah2an jek....hehe. 

AYAM MASAK MERAH
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng macam biasa)
* 1-2 senduk cili giling (-/+)
* sos cili
* 2 keping asam gelugur 
* 1 labu bawang besar (dimayang)
* garam dan gula
* rempah 4 sekawan - optional

bahan-bahan kisar :
* 6 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lg hingga garing dan pech minyak.
  2. Masukkan sos cili, garam dan gula. Kemudian dimasukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan asam gelugur dan bawang besar. Kacau sebati.
  4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam goreng td. Gaul-gaul mesra. Hidangkan setelah masak.


SAYUR LEMAK UDANG
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 10 ekor udang basah (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
* 1 batang serai (diketuk) - optional
* 1 keping asam gelugur - optional
* sedikit garam dan gula
* santan secukupnya - ikut selera masing-masing
* hirisan sayur campur (buncis, kobis, karot dsb)

bahan-bahan kisar :
* 4 biji cili api atau 2 tangkai cili merah(dibuang biji)
* 1 sudu makan udang kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm kunyit hidup (boleh juga pakai serbuk kunyit)
* 1 cm halia

Cara-cara :

1- Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga terbit bau.
2- Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya. Boleh tambah air jika perlu. 
3- Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati. 
4- Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.

Friday, November 18, 2011

Kam Heong Chicken/Fragrant Chicken

Fuhh!...punyalah leganya dpt update satu resepi....Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Hari ni nak share satu resepi ayam yg sgt sedap dan wangiii....serius! Dah 2 kali buat pun...1st time buat masa skodeng rmh kak Nor Ganu hari tu. Memang tak tahan dgn godaan ayam kam heong ni...akhirnya sampai juga ke dapurku sayang ni. 2nd time buat minggu ni pulak. Mesti try resepi ni....sgt berbaloi! Terima kasih buat Kak Nor krn telah mempromosikan resepi yg sedap ni. Thanks to Gert as well (the owner of the recipe), i really love it! 

Kpd yg berminat bolehlah mencuba resepi ni ye. 

KAM HEONG CHICKEN/FRAGRANT CHICKEN
Recipe source: My Kitchen Snippets 
source : K.Nor
source : DJ@DapurKu Sayang

Ingredients:
  • 2 chicken breast - sliced
  • 1/2 egg white
  • 1 tbsp soy sauce
  • ½ tsp salt
  • a few dash of pepper
  • 1 tsp cooking wine - optional ~ k.nor skip
  • 3 tbsp cornstarch

For the sauce:
  • 2 cloves garlic- finely chopped
  • 1 small onion – cut into chunks
  • 10 curry leaves
  • 2 tbsp dried shrimps – soak and finely chopped
  • 4 birds eye chilies, roughly chopped
  • 1 tbsp curry powder
  • 1 1/2 tbsp oyster sauce
  • 1 tbsp light soy sauce
  • 1/2 tsp dark soy sauce
  • 3 tbsp water
  • 1 tbsp sugar
  • salt to taste
  1. Marinate the meat with egg white, soy sauce, salt, pepper and cooking wine. Set it aside for at least an hour. Heat up some vegetable oil for drying. Stir in the cornstarch to the chicken. Mix well.
  2. Fry the chicken until golden brown. Remove and drain the oil on paper towels. Remove most of the oil from the frying pan and leave about 2 tbsp spoons for cooking the sauce.
  3. Heat up the oil and stir-fry the garlic and onion until fragrant and lightly brown. Stir in the dried shrimps, chilies and curry leaves and continue to stir-fry until fragrant. 
  4. Add in the rest of the seasonings and water. Simmer for a few seconds and toss in the chicken. Mix until well combined. 
  5. Serve with warm rice.

**Nanti DJ buat terjemahannya jika ada kesempatan. Terima kasih sudi singgah!

Monday, October 31, 2011

Ayam Cepedas

Mencuba resepi ayam dari majalah Saji. Sedap gak. Cuma DJ ada adjust sedikit mengikut citarasa. DJ kurangkan penggunaan cili kisar dan kicap pekat. Ayam plak DJ goreng sedikit. Alhamdulillah...sedap sgt!. 

Maksud cepedas???...hehe. Minta maaf, DJ pun tak tau. Kita layan je la resepinya ye. Nak cuba, silakan. 

Ayam Cepedas
Sumber : Majalah Saji, Mac 2009
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 400 g isi ayam (DJ potong ayam kecik2. gaul dgn kunyit serta garam dan goreng 1/2 masak)
  • 100 g cili kering (dikisar)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 200 ml minyak masak
  • 5 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar sos cili (DJ tambah)
Bahan kisar :
  • 100 g bawang besar
  • 50 g bawang putih
  • 50 g halia
  • 4 batang serai
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan ayam dan air asam jawa serta daun limau purut. Kemudian masukkan kicp pekat. (DJ tambahkan sos cili dan sedikit air). Perlahankan api dan masak hingga mendidih. 
  4. Kemudian bolehlah masukkan garam dan gula secukup rasa. 



Wednesday, September 28, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Waduh2....tetiba je hilang idea nk menulis entri ni...aci tak kalau tulis resepi je dan tak payah ckp apa2??...kang tak psl2 si jiran sebelah dua belah nun komplen....ekeke. 

Oklah, semalam btl2 tak tau nk masak apa dengan ayam ni. Siap berdiskusi lagi dengan geng2 yg suka masak2 ni kat FB termasuklah Mat Gebu, k. Ummi Kuantan, Hasue S'wak dan k. Nor Ganu. Ishh2x...bl b'sembang dgn dia orang ni mmg x kering gusi dibuatnya...kecoh betul!..tp seronok...hehe. Dlm kekecohan tu terbitlah idea mcm2...ada yg suggest buat ayam panggang, ayam percik, msk halia, msk goreng pedas, msk Vandaloo dan mcm2 lg lah sampai sendiri pun tak tau nak pilih mana satu. Last2 msk ayam kicap je sb inilah antara yg senang dimasak dan teramat sedap dimakan. Terima kasih kpd geng2 di sana. Itulah gunanya  berkawan dgn geng2 masak ni, seronok, byk dpt info, tip, dan idea yg dpt dikongsikan bersama tanpa ada sempadan. Yalah, kalau dibandingkan dgn mereka2 yg femes ni, diri ini terasa kerdil dan rendah sgt (tapi ketinggian taklah rendah sgt...just nice...ahakss)...

Eh, panjang pulak ceritanya...ingatkan x ada idea tadi...heheh. Jomlah kita tengok resepi ayam kicap ni. Sgt mudah dan senang je nak follow. DJ mmg nk tulis seawal pagi ni sb dah ada yg tak sabar nk masak ayam kicap stail gini utk lunch nanti. Resepi ayam kicap ni dah byk versinya dlm blog ni...pi ler selongkar sendiri ye. Yang ini tak kurang juga hebatnya. Sangat2 menepati citarasa DJ sekeluarga. 


Kalau nak cuba, silakan ye.

Ayam Kicap Berlada Hitam
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!


Friday, September 16, 2011

Satay Ayam Goreng dan Kuah Kacang Versi III

Salam semuanya.....

Hari ni x dpt nk citer panjang lebar sb badan rasa kurang sihat sket. Apa2pun utk tdk menghampakan rakan-rakan fb dan pembaca budiman, DJ nk kongsikan dua resepi istimewa ni buat semua. Biasanya DJ akan buat satay goreng setiap kali lebaran tetapi kdg2 tu buat jugak hari2 lain kalau dah teringin sgt. Satay goreng ni sgt mudah penyediaannya. Cuma perlu blend bahan2, gaul2, perap dan goreng. Yang penting serai tu kena banyak sket. lg banyak lg bagus..lg sedap rasanya. Garam dan gula juga main peranan. Pastikan satay ni manis dp masin. Sukatannya mmg DJ x tulis sb main campak2 jer. Lagipun terpulanglah pd citarasa masing2 kan. :)

Jom kita layan resepinya....Selamat mencuba!

Satay Ayam Goreng
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : anggaran
  • 1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
  • air asam jawa secukupnya
  • gula perang secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 10-12 batang serai 
  • 1 1/2 inci halia
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
  • 1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
  2. Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
  3. Sediakan minyak untuk goreng terendam.
  4. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.





Kuah kacang ni lain sket teknik memasaknya. Kali ni buat dengan gabungan versi kakak plak. Sangat special dan sedap! Jom semak resepinya....

Kuah Kacang Versi III
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa  dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.

Tuesday, August 23, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Minta maaf sekiranya gambar ni terlampau terang & menyakitkan mata. 
Memang x sempat nk edit langsung gara2 nak cepat....huhu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya...

Waduhh2...terlambat lagi nak update blogku ini. Nampak sgt bersawang. Spider sana spider sini...bilalah nk mencuci balik ni eh...raya dah nk dekat dah nih...huhu. Apa2pun utk tdk menghampakan para pembaca setiaku di sini...jomlah kita mencuci mata dengan menu yg dimasak semalam. Ni lah antara yg sempat dirakam. Ayam goreng berempah beriani. Sebelum ni DJ ada letak resepinya DI SINI. Tapi DJ kopipes semula resepinya di sini supaya senang nk baca kan. Kang tak letak resepi, ada plak yg merungut kang...spt yg terjadi bbrp hari lepas. Nak buat macam mana kan. DJ tak mampu nk memuaskan semua pihak. Kalau ada ruang dan masa, DJ bolehlah melepak lama sket kat sini dan update mana2 resepi yg belum ditulis. Tetapi tuntutan kerja2 lain telah mengatasi segala2nya. Apalah dayaku. Sekiranya ada terdapat kekurangan dlm blog ini, DJ memohon maaf la yer. Terima kasih juga kpd yg memberi komen. Ada yg sempat dibalas dan ada yg belum sempat dibalas lg. Nanti DJ akan cuba membalasnya satu persatu...InsyaAllah.

Ok...jom kita layan resepi sedap ni. Ada yg dah mencuba resepi ni. tqvm. Memang tak menghampakan. Alhamdulillah...seronok dpt feedback yg baik dp rakan2 blogger. Kalau tak jumpa rempah beriani, boleh juga digantikan dgn rempah kurma. Pun sedap jugak. 

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Sedaaaaaappp!

Monday, August 08, 2011

Menu Iftar 7 : Resepi Ayam Goreng Berempah Cajun

Assalamualaikum.....

Bersiaran kembali setelah sehari tak dpt on9 gara-gara broadband tgh berpuasa...huhu. Malas nk citer lebih2 psl broadband no 1 nih...hanya mampuku lakukan ialah bersabar jelah dgn dugaan yg dihadapi....

Kpd pengunjung2 setiaku sekalian, terima kasih byk2 krn sudi singgah dan meninggalkan komen. Sekiranya ada kesempatan dan line ok, DJ akan reply komen anda k. TQ

Oklah...meh layan resepi yg dh lama masuk list nih. Baru semalam DJ buat. Terima kasih tak terhingga buat Kak Nor Ganu yg sudi mengirimkan resepi ni ke FB. Kak Nor dah tau kesusahan DJ takleh nk bukak blog smlm tu...thanks so much, kak. Sedaplah ayam ni kak. I likeeee!....cuma DJ ada tertambah sket jer bahan dlm resepi ni mengikut citarasa. Jangan marah yer kak. Thanks again....lebiuuu!




AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 sudu besar cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh madu (DJ letak 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar air
  • garam
  • minyak
  • 1 inci halia - ditumbuk (DJ tambah)
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak hdan gaul hingga sebati.
  2. Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
  4. Hidangkan panas2.



Saturday, August 06, 2011

Menu Iftar 5 : Resepi Golden Chicken Puff


Assalamualaikum.....

Bosan dan tak tau nak buat apa dah dgn roti sandwich yg berbaki dan hampir expired?? Jom kita buat puff ayam guna roti jer, nak? Penyediaannya amatlah mudah sekali. Semudah ABC. DJ dpt ilham setelah terkontang kanting mencari idea mcm mana nk perhabiskan stok roti Gardenia semalam. Biasalah time berpuasa ni roti jadi tak luak plak. Ari tu dah buatkan puding roti. Smlm, Alhamdulillah...menjadi gak puff ni...sgt mudah, rangup dan sedap! Yang bestnya tak perlu buat pastry atau guna kulit pastri yg instant tu. Guna roti pun sedap gak tau. Makan time panas-panas lagi tu...adehh...mmg rangup dan menyelerakan. Boleh jer dihidangkan bila-bila masa jer.

Amacam?? ada teringin??...jom kita layan resepinya yer. Hari ni DJ tak pasti lg nk masak apa utk berbuka...mulalah gelisah...mungkin nk buat rendang padang kot...Arggghhh!...tak pasti!

Golden Chicken Puff
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 6-8 keping roti sandwich
  • 100 g daging ayam cincang
  • 1 keping cheesedale (disiat-siat kecil)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu besar mayonis
  • sedikit garam jika perlu
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam cincang tadi dan kacau hingga sedikit kering. 
  2. Masukkan cheesedale, susu, sayur campur dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula garam dan mayonis. Kacau lagi hingga kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Sediakan roti. Potong semua bahagian tepinya(kerak) jika suka. Kemudian leperkan dengan rolling pin.
  5. Sapukan semua bahagian tepinya dengan telur. Kemudian letakkan inti ayam tadi di tengah-tengahnya. Lipat seperti bentuk triangle dan tekan kemas bahagian tepinya dengan garpu.
  6. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Gunakan api sederhana. Apabila sudah cukup panas, gorenglah roti tadi hingga keemasan. (MINYAK JANGAN TERLALU PANAS, nanti roti jadi hangus). Setelah masak dan garing, angkat dan toskan.
  7. Hidangkan panas-panas. 
***puff ni kalau dibiarkan sejuk lama2, ia akan lembik tapi x liat. Still ok 4 me.


Antara yg sempat ditembak...hehe. 


Thursday, July 21, 2011

Kepak Ayam Panggang Berempah

Assalamualaikum.....

N3 last malam ni. Esok dah start busy balik sb rmh ada tamu. Mungkin kalau sempat DJ akan buat entri berjadual yer. Terima kasih kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Adehh...byk komen tak sempat dijawab...minta maaf byk2 ...Nanti2 ada kelapangan DJ akan balas yer.

Petang tadi sempat panggang ayam utk mkn malam. Anak2 dah request lama dah. Mmg dh lm pun tak bako ayam nih. Kali ni buat 12 ketul pun tak cukup gak...haihh...apa2pun Alhamdulillah....berbaloi2 buat ayam stail gini. Sedap sangat! O ya, terlupa lak nk ckp. That day ada yg bertanya mcm mana nk kasi ayam yg dipanggang sentiasa lembut dan tak kering. Selain bubuh minyak masak atau minyak zaitun, boleh juga campurkan sedikit air minuman coca cola dan peraplah bersama bahan2 perapan yg lain. InsyaAllah, ayam sentiasa lembut dan sedap walaupun dibakar lama. Itu petua DJ la kan, petua lain tak pasti la kot. Kalau ada sesiapa nak share, silakan. Sharing is caring... :)

Kepak Ayam Panggang Berempah
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 12 ketul kepak ayam
  • 7 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
  • sedikit daun ketumbar (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan rempah kurma atau serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos cili
  • madu/gula apong/gula melaka secukupnya
  • garam
  • 2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam. Cucuk-cucukkan isinya dengan lidi satay. 
  2. Satukan ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul-gaulkan sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.
  3. Kemudian ratakan ayam dengan minyak masak. Susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil. 
  4. Panggang hingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam supaya masak sekata. Boleh juga dibakar/panggang atas dapur mengikut keselesaan.
  5. Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam


Sedap!

Sunday, July 17, 2011

Paprik Campur

Assalamualaikum.....

Kembali bersiaran....alahai...tuan rmh ni asyik menyepi jer. Kejap ada, kejap tak...ehehe...yalah kan, begitulah lumrah berblogging, yg sentiasa ada pasang surutnya. Namun, syukur sgt2, DJ msh dpt berkarya sehingga skrg. Terima ksh juga atas sokongan anda semua. DJ terharu krn msh ada yg sudi berkunjung dan meninggalkan jejak di sini biarpun ada kalanya komen2 yg diberikan tak sempat dibalas dan mungkin juga terlepas pandang. Maaf sekali lagi. Saya insan biasa yg serba kekurangan... :)

Ok, nak tau ke mana menghilangnya si puan dyg 2-3 hari ni??...hehe. Sebenarnya, kte ni baru jer pulih dari demam....demam2 biasa jer tp Alhamdulillah...dh kembali sihat seperti biasa. Semalam ingat nk tulis n3 tp tiba2 jer semangat ni hilang. Rasa malas sgt nk mengadap komputer...haihh..mahu rasanya nk stop blogging jer tp tak sampai hati plak. Nak ambik cuti takleh lg sb dah apply cuti panjang menjelang raya nanti...hehe. Apa2pun, kita tengok jelah yer. Kalau tak ada aral melintang, DJ akan update. Lagipun ada 2-3 lagi n3 kek kukus raya yg akan DJ share kat sini nanti. Pastu projek mengukis plak...InsyaAllah. 

Oklah, hari ni masak yg simple jer. Lauk paprik campur. Nak perhabiskan segala stok yg ada ni dulu sb ptg2 karang ada stok baru nk sampai ke rmh. Jadi, kena clear apa2 yg patut. 



Paprik campur ala Thai ni mmg ramai dah tau resepinya kan. Memang sgt sedaplah dimakan dgn nasi panas. Lain2 lauk ialah sup tulang tp sup tu dibeli instant mlm tadi tp msh berbaki. DJ hanya panaskan semula utk hidangan hari ni. 

Kita layan jelah dulu yer lauk paprik nih. Jap2 lagi DJ tulis resepinya yg ringkas tapi sedaaaaaaap sgt!

UPDATE sudaaaah :

Resepi Paprik Campur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit kicap manis/masin
  • sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4-5 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara :
  1. Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati. 
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.
  5. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.
  6. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Friday, July 08, 2011

Ayam Masak Padang

Hari ni layan ayam masak padang lak yer....enak banget! Tetiba terbayang2 plak dgn nasik dagang. Kalau dipadankan dengan lauk padang ni pun sedap gak rasanya...haisshh!....

Dah selalu sgt post entri ni satu ketika dulu. Kali ni diubahsuai ikut saiz ayam. 
Malas nk pot pet byk. Jom kita layan dulu resepinya!....sedaaappppp!

Ayam Masak Padang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
  4. Hidangkan.


Monday, July 04, 2011

Nasi Beriani Vs Ayam Bukhari


Assalamualaikum.....

Nampaknya tak dptlah nk pot pet memanjang kali ni. Tuan rumah dilanda kebizian lg. Ada kesempatan nanti, kita update yer. Sila2lah jamu mata dengan menu yang ada ni dulu. Mungkin pd sebelah malamnya nanti akan ditulis resepinya. Yang pasti, nasi beriani dan ayam bukhari ni mmg bestttttt!..habis licin periuk belangaku...hehe. 
Terima kasih atas kunjungan anda semua. Komen2 akan dibalas kemudian. TQVM.