Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Butter Bread Pudding




Alhamdulillah....akhirnya sampai gak seru nk buat bread pudding. Waduhh2x!...bukan main sedap lagi rasanya...sampai tak hingat dunia dah haihh....maklumlah buah hati pengarang jantung...dah berkurun lama tak buat. Sebenarnya tak susah pun nk buat...kali ni apa shj yg ada di depan mata, DJ bedal jek...janji jgn dimasukkan kicap. sos cili, sos tiram, belacan...udah lerr...hahaha.


Biarlah gambar saja berkata2 ek...letih dah upload gambar dr siang tadi dgn line tenet lagi satu hal...meragam plak dia hari ni. Sabar je laa...

Hmm..apa2pun jom kita semak resepinya dulu ek...rakan FB pun tak sabar nk tengok resepinya...adehh. Jangan tengok jek...mesti buat ni tau..heheh. Puding ni agak special sket, sb ada campuran pisang, kismis, dan juga menggunakan peanut butter. Tp kalau tak ada bahan2 tu, nak ganti dgn yg lain pun boleh, misalnya srikaya, atau serbuk badam dsbnya... 

Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba. Terima kasih sudi singgah... ^__^
Butter Bread Pudding
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 



Beginilah kejadiannya selepas dibakar. DJ lebih suka makan panas2. Kalau dah sejuk, DJ panaskan semula. tapi takdan pun nk panas berkali2...sb sudah habisss...hehehe

Sedaaaappp!

Friday, November 25, 2011

Puding Kentang Berkaramel (versi II)

sila abaikan yang comot2 tu ye...hehe

Tak habis lg cerita psl ubi kentang...smlm DJ buat puding pulak. Ada stok 2 bijik je lagi...DJ perhabiskan je sblm mengecut. Alhamdulillah...rasa nyaman je tekak ni dgn keenakan lemak2 manisnya...dan teksturnya yg sungguh lembut, smooth dan sedaaaaapp!...

Plan sebenar2nya nak buat potato brulee. Memandangkan DJ kekurangan bahan2nya, terpaksalah ditangguhkan dulu projek ni. Esok masih ada kan....InsyaAllah.  

Puding kentang ni mmg sedap tau. Bagi yg tak berapa gemar dgn bau telur tu, bolehlah mencuba resepi ni. Amat sesuai sekali. Resepi asal boleh RUJUK DI SINI. Yang ini DJ ada edit sket ikut saiz kentang. Ada satu lagi versi puding kentang tapi tanpa karamel. Pun sedap jugak. Boleh RUJUK DI SINI. Adehh...rasa cam nk buat lagi je puding kentang ni haihh....

Apa2pun jom kita semak resepinya....

Puding Kentang Berkaramel

Karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas
Cara-cara : 
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 1/2  atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

Friday, August 05, 2011

Iftar 4 : Resepi Puding Roti Chocolate Chips...yang sgt mudah dan sedaaap!

Assalamualaikum dan salam Jumaat....

Kali ni DJ nk share satu resepi puding yg tak memerlukan penggunaan serbuk agar-agar. Penyediaan yg amat ringkas dan hanya mengambil masa lbh krg 20-30 minit jer. Alhamdulillah...hasilnya memang best. Rasa puding ni ada keunikannya yg tersendiri tetapi sgt kena dengan selera DJ sekeluarga. Nak tau rasa mcm mana, kenalah try resepinya yer. Resepinya diambil dari Majalah Sedap tetapi telah diedit sket bahan-bahannya mengikut citarasa.

Puding Roti Chocolate Chips
Sumber : Majalah Sedap, 2011
Olahan : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 4-5 orang makan

  • 4 keping roti sandwich (disiat-siat kasar)
  • 300 ml susu cair
  • 25 g serbuk koko
  • 50 g gula pasir
  • 25 g tepung jagung
  • 2 biji kuning telur (dipukul ringan)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega
  • chocolate chip secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, serbuk koko, gula pasir, esen vanilla dan tepung jagung di dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan dan kacau hingga meletup-letup. Matikan api.
  2. Ambil sedikit rebusan susu tadi untuk dicampurkan dengan kuning telur. Kacau sebati.
  3. Nyalakan api langkah 1 tadi. Masukkan kuning telur tadi ke dalamnya dan kacau semula hingga pekat dan meletup-letup. Angkat.
  4. Masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan pula roti dan kacau lagi hingga bersalut (kacau cepat-cepat). Akhir sekali masukkan chocolate chips. Ratakan.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas kecil. Taburkan baki chocolate chips. 
  6. Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum hidang.
  7. Jika suka, boleh juga hiaskan dengan sirap coklat atau sos karamel.



Monday, July 18, 2011

Puding Milo dan Sos Kastard



Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua....

Dah 2 hari berturut2 dah DJ cuba nk update entri nih tp tak siap2 gak. Selain bz dgn mcm2 perkara, yg paling terukss ialah DJ dah tak ada semangat nk berblogging...haihh..sampai gitu skali kan. Tapi mmg btl lah, semangat ni tetiba jer hilang tanpa ada permintaan atau paksaan...huhu...mmg haruuu. Adakah ini petanda DJ nk bersara??..ce teka sendiri ya....ahakss

Apa2pun...kita layan dulu dessert yg teramat sedap nih. Buat hari Jumaat lps sbg memenuhi permintaan si anak2 manjaku. Malang sekali ketika itu serbuk koko sudah kehabisan stoknya. Mujurlah ada serbuk milo sbg penggantinya. Waduh2!...mmg sedap dan nyaman jer rasa ank tekak nih...eheh...of course lah mamanya nk merasa sekali kan...1 cawan pun jadilah...selebihnya bdk2lah habiskan. 


Untuk menyedapkan lagi rasanya...taburkan coklat rice atau biskut oreo hancur kat atas kastard tuh....mmg best sgt!

Resepi mengikut resepi asal puding coklat. KLIK DI SINI. DJ hanya tukarkan serbuk koko ke serbuk milo dan ada sedikit penambahan. Jom layan!....


Puding Milo dan Sos Kastard
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Milo :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 250 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 6 sudu besar serbuk MILO
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 atau 1 sudu kecil coffee emulco - optional

Cara-cara :
  1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 250 ml air. 
  2. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. 
  3. Setelah itu, masukkan MILO.Kacau hingga larut.
  4. Kemudian masukkan esen vanilla, coffee emulco, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. 
  5. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos Kastard:
  • 2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 4-5 sudu gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara :
  1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. 
  2. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. 
  3. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai atau biskut oreo hancur jika suka.

Monday, July 04, 2011

Tiramisu Lapis Strawberi

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dpt gak mengadap komputer masa ni. Untuk entri makan2 nasik beriani tadi tu akan DJ update kemudian yer. Nak bagi laluan utk entri ni dulu. Takut nanti terlupa...ngeee.  Sebenarnya dari minggu lps lg nk makan tiramisu bubuh strawberi tp setiap kali nk prepare bahan, pasti ada jer bahan x cukup. Padahal resepinya ringkas jer kan...hehe. Ari tu si Mr Hubby belikan whip topping yg tak biasa DJ guna. Putar punya putar tak menjadi plak hasilnya...mmg tak puas hatilah. Apa yg tak kena tak taulah. Pas tu, DJ ingat nk pergi beli sendiri..beli yg jenama yg dh biasa pakai. Tp rasa malas plak nk drive ke kedai Bagus semata2 nk carik benda lah tu. Last2 pakai jelah apa yg ada nih. Lagipun buah strawberiku semakin nak 'menapause'..adehh... Kena buat cepat2 nih....Biarpun tak puas hati dengan hasilnya tp sedap tetap sedap!....

Actually ada satu lagi tiramisu yg betul2 DJ idamkan tp jauh bezanya dengan versi yg ni. Kena tunggu sampai seru baru leh buat...hehe. Tiramisu apa??...tungguuuuu... :)

Jom layan dulu resepinya yer. Terima kasih kpd yg sudi meninggalkan komen dan kpd yg sudi berkunjung ke sini. DJ hargai sgt2. 


Tiramisu Lapis Strawberi
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 200 ml whipping cream / whip topping
  • 250 g cream cheese
  • 1/4 cawan gula aising / gula kastor
  • lady fingers / biskut tiramisu secukupnya
  • 1/2 cawan puri strawberi
  • 1 cawan air nescafe panas
  • serbuk koko / serbuk matcha/green tea powder untuk hiasan
  • buah strawberi untuk hiasan
Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream / whip topping hingga kental dan gebu. Ketepikan.
  2. Dalam bekas berlainan, pukul krim keju hingga putih dan kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
  3. Satukan no 1 dan no 2. Sebatikan. 
  4. Sediakan bekas yang bersesuaian, celupkan biskut tiramisu ke dalam air nescafe dan susunkan ke dalam bekas tadi. Kemudian, ratakan dengan sedikit adunan krim tadi. 
  5. Ratakan pula di atasnya dengan puri strawberi. 
  6. Kemudian susunkan di atasnya dengan biskut yang sudah dicelup dengan air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dengan lapisan krim.
  7. Tutup bekas dengan cling wrap / plastik dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
  8. Semasa hendak menghidang, taburkan serbuk koko atau serbuk matcha dan hiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Lepas ni...jangan termuntah hijau plak yer kalau DJ tayang entri hijau lagi...ahakss....

Tuesday, June 14, 2011

Kastard Jagung


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kembali bersiaran....mula2 nak ucap berbanyak2 trm ksh kpd semua yg tlh sudi berkunjung ke DapurKu SaYang dan juga kpd yg tak jemu2  meninggalkan jejak biarpun ada ketikanya DJ tak sempat hendak membalas komen yg diterima. Terima kasih sekali. Andalah pendorong dan pembakar semangatku utk terus dan terus menulis sampai bila2 selagi masih terdaya....

2-3 hari lepas DJ tak sempat nak update disebabkan kesibukan melampau. Cuti persekolahan dah pun habis. Semakinlah byk benda nak kena buat selain meluangkan masa bersama keluarga. Ditambahkan lagi dgn line internet yg agak slow ala2 kuye2 (broadband yg satu lagi tu ler...hehe), maka lagilah kurang bersemangat utk menulis entri. Tapi sekurang2nya pagi ni laju sket. Bolehlah update mana2 yg patut. 

Ok, kali ni nak share satu resepi yg dah agak lama tak buat. Biarpun puding yg biasa2 jer tapi nak jugak share dengan versi yg mengikut citarasa sendiri. Ermm...kalau rajinlah kan, bolehlah mencuba resepi ni. Sedap dan lemak2 manis rasanya. Boleh dibuat dlm satu loyang atau dibubuh ke dalam bekas2 kecik...comel gak tu. Kadang2 kalau rajin, DJ blend separuh dp jagung manis tu...pun sedap gak...sesekali makan memang menyelerakan!

Jom semak resepinya!

Resepi Kastard Jagung
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 1 tin jagung manis (creamy) 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, tepung kastard, santan, air, gula pasir dan garam di dalam periuk. Kacau sehingga larut. 
  2. Kemudian masukkan jagung manis dan kacau lagi. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan jerang dengan api perlahan. Kacau lagi tanpa henti. 
  3. Apabila sudah hampir pekat, masukkan mentega/marjerin dan kacau lagi hingga pekat, likat dan berkilat. 
  4. Tutupkan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega atau bubuh dalam bekas yang bersesuaian.
  5. Sejukkan sebelum dipotong. 


Saturday, June 04, 2011

Puding Coklat Sos Kastard (Resepi II)


Alhamdulillah...sekali lagi dpt menayangkan dessert kegemaran DJ sekeluarga. Puding ni DJ buat 2 hari lepas sebagai memenuhi permintaan anak2 dan juga diri sendiri. Kali ni buat lbh sket supaya tak berebut2. Memang puas hati betul. Ramai juga yg telah mencuba resepi ni terutamanya para penggemar puding. Terima kasih semuanya...Alhamdulillah..bersyukur krn ada juga yg sudi mencuba resepi yg sgt sedap ni (pd pendapat DJ).

Tekstur puding ni mmg sgt lembut dan tak sesuai diletakkan  ke dalam loyang sekaligus. Sebaliknya menggunakan cawan atau bekas2 kecil jer. Anak2 dah pastinya minat akan puding dlm  bekas/cawan2 kecil serta dihiasi dengan coklat urai yg berkaler2. Tapi DJ letak apa yg ada jelah...janji sedap dan anak2 pun suka. 

Bahan-bahan utk buat puding ni sama seperti resepi yg sebelum ni. KLIK DI SINI. Cuma dari segi sukatannya, ada penambahan sedikit mengikut bilangan si pemakannya. Maka, jadilah ia resepi II. Sesiapa yg belum lagi mencuba resepi ni, sudi2kanlah mencubanya yer. Memang tak rugi. 

PUDING COKLAT SOS KASTARD 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 1/2  cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

Sos Kastard selepas dimasak. Sedaappp!


Friday, May 27, 2011

Puding Kentang Berkaramel

Yuhuuuu!...resepi puding dah update!..sila2lah semak resepinya yer. Asyik tertangguh2 jer nak tulis resepinya...arrgghh! MeM dah terkena serangan virus 'M' jer sejak dua menjak nih...sabo jelah. Gambar puding ni pun ala2 kena serang virus gak. Malas nk fikir2 lagi dah....nasib baik puding kentang ni sedap dan kena dengan selera anak tekak. Sejuk hati...ermm

Puding stail gini mmg sesuailah bagi yg tak suka dengan bau telur. DJ pun tak berapa gemar sgt makan yg plain jer tu. Rasa mual2, dan boleh pengsan dibuatnya. Tapi my daughter jenis tak kesah. Asalkan ada karamel, dia mesti suka. Skrg ni pun dia dah boleh makan karamel pekat. 


Ok...mari kita layan resepinya....terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak anda di sini.

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 

Wednesday, April 06, 2011

Puding Milo Kukus

Sekali tengok macam kek jer kan...hehe. Biasanya DJ kukus dalam bekas-bekas kaca kecik. Biar nampak comel sket. Tapi entah kali ni bubuh dalam satu bekas jek. Saja nk buat kelainan. Bila dah siap kukus, biarkan puding ni sejuk terlebih dahulu...pas tu barulah diterbalikkan. Memang sekali pandang tu nampak mcm kek coklat jer....hehe. Kalau nak dibakar cara bain marie pun boleh. Lagi nampak cantik hasilnya..mcm nk buat puding gula hangus tu gak...halus dan licin jer kulitnya...kan3x?....Apa-apapun rasa puding ni maintain sedaaappp!...

Ni lah antara yg DJ sempat buat hari ni... sebagai pelengkap makan siang. Teringin benar nak buat lassi mangga...tapi stok mangga lak dah habis. hmmm...tak apalah...lenkali saja.

Jom semak resepi puding nih. Memang teramat senang nk buat. Pendek katalah, budak darjah 1 pun boleh buat tau...ahakss...

Puding Milo Kukus
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : 2-3 orang makan
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu segar 
  • 1/2 cawan gula perang (boleh tambah lagi ikut citarasa)
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas untuk puding. Jika nak buat satu bekas, sapukan sedikit mentega. 
  2. Kisar semua bahan di atas KECUALI telur hingga sebati. Ketepikan.
  3. Dalam bekas yang lain, pukul atau kacau telur perlahan-lahan tetapi jangan sampai berbuih. 
  4. Satukan telur dengan bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati. Kemudian tapiskan.
  5. Tuangkan ke dalam bekas tahan panas. Tutupkan dengan kertas foil/aluminium. Kemudian kukuslah selama lebih kurang 30-40 minit. 
  6. Setelah masak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu. 
***Kalau suka serbuk kulit kayu manis, bolehlah bubuh sket dalam adunan.


Monday, April 04, 2011

Choco Mousse Brownies - updated


Last n3 malam ni. Sila jamu mata dulu yer...esok lusa kita cerita panjang psl kejadiannya...nak rest dulu. Selamat malam...

Update :

Resepi choco mousse ini DJ ambik dari dapur yani@myr, manakala utk lapisan brownies tu plak DJ guna resepi cakey brownies DJ sebelum ni. Ini kes tak berapa nak rajin main putar2 adunan ler tu...hehe. Apa-apun kombinasi bahan-bahan ni mmg cukup kena dengan citarasa. Trm ksh buat yani krn sudi share resepi mousse yg sgt sedap ini.

Choco Mousse Brownies
Resepi : yani@myr

Bahan-bahan ( loyang 18cm )

Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan 
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream 
  • 40g gula halus
Cara-cara
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

Cakey Brownies
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 cawan koko
  • 3/4 cawan gula perang lembut (soft brown sugar) - boleh tambah jika nak lebih manis
  • 1/2 cawan mentega (dicairkan)
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 170-180C. Lengserkan dulang pembakar dgn mentega.
  2. Satukan mentega yg sudah dicairkan bersama gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan koko. Kacau lagi hingga sebati. (boleh juga campurkan badam, kismis dsbnya jika suka)
  4. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit ikut jenis oven masing-masing.

Saturday, March 19, 2011

Puding Roti Berkaramel - updated

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hehe..pagi2 dah tayang puding....menu bekfes DJ sekeluarga simple jer ari ni. Buat roti bakar jer. Tengahari nanti tak pasti lagi nak masak apa. Tp dah terbayang2 ikan siakap....heheh.

Dah lama puding roti ni masuk list...tp baru dpt buat malam tadi. Resepi hasil skodeng dari rumah HaSue dan resepi asalnya adalah kepunyaan kak Rosaliza. Namun, DJ dah olah mengikut citarasa anak2. Sejak dua menjak ni mmg suka sgt memuding letak karamel. Lepas puding roti, puding apa lak yer lps nih...mungkin puding mangga kot...hihi.

Apa2pun...layan dulu gambar2 tak seberapa ni yer. nanti update resepinya. Tuan rumah agak kebizian sket pagi ni. 

Terima kasih krn sudi meninggalkan jejak di sini.

Update :

Resepi Puding Roti Berkaramel

bahan-bahan :

Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :
  • 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda. 

Thursday, March 10, 2011

Puding Keledek Berkaramel


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni masak chicken porridge jek. Bukan psl malas nak masak lauk tapi anak2 dah request dr mlm tadi. Terpaksalah menurut perintah...hehe. Lagi senang keja, ye tak??...

Ok lah, meh layan puding simple ni. Petang semalam buat. Ni plak bkn kerana terlebih rajin, tapi dah terpaksa. Keledek ni sebenarnya nak dibuat kuah kari utk makan dengan mi. Beli minggu lepas lagi tapi tak gak terbuat2 sampai ada yg dah kecut dan busuk. Oleh krn tak berapa rajin lg nak buat mi kari, akhirnya beginilah kejadiannya...hehe. Tak sempat nk shoot time dah potong tu sb cepat sgt habis... Alhamdulillah, sedap dan lemak2 manis rasanya....


Puding Keledek Berkaramel

bahan-bahan : loyang kecil

  • 150 g keledek merah 
  • 1 1/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu cair
  • 3 biji telur A
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • sedikit esen vanilla
karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas

Cara-cara :
  1. Keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama sedikit garam hingga lembut. Setelah itu, kisar bersama air sehingga menjadi puri. Ketepikan.
  2. Untuk membuat karamel : Hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan dan setelah keperangan (jangan sampai hangit, nanti jadi pahit), masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Pastikan ia betul-betul cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. Ketepikan.
  3. Pecahkan telur di dalam mangkuk pengadun, pukul sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih. Kemudian, masukkan susu pekat, puri keledek dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi (tapis jika perlu).
  5. Bakarlah lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie - letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi air panas)
  6. Setelah dibakar, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
puding ala2 'candle light dinner'..sb tu nampak 'sparkling' jer...ekeke

Tuesday, March 08, 2011

Apple Crumble


Terasa naaaakk sangat makan epal crumble. Jadi, terbuat gaklah malam ni. 

Biasa buat dalam paper cup jer. Kali ni buat dalam versi malas sket. Janji dapat penuhi selera, udah ler. Sebelum bakar, tabur dulu dengan chocolate rice. Saja nk buat kelainan. Apa-apapun tetap sedaaappp! Rangup jer rasa 'crumble' nya itu....

Resepinya sangat mudah. Ikut stok yang ada jer. Lagipun tak plan nk buat kan. Nest time bolehlah buat lagi dengan campuran walnut atau mix fruit.. barulah meriah sket. 

bahan-bahan :
  • epal hijau
  • serbuk badam
  • tepung gandum
  • butter
  • gula perang
  • susu cair
  • sedikit cinnamon
  • coklat urai
  • kacang tanah kisar
Resepi asal boleh klik DI SINI atau DI SINI

Monday, December 20, 2010

Buah-buahan Koktel Berkuah


Banyak2 dessert, dessert inilah antara yg paling ringkas dan sedap. Dapat idea ni setelah berkunjung raya ke rumah kawan 2 tahun lepas. Tak tanya pulak ttg resepi tu tapi berdasarkan apa yg dirasa, dyg agak2 jelah resepinya. Lepas tu cuba2 buat sendiri di rumah. Memang sedap dan jimat masa. Pernah nampak resepi sebegini di blog kak Liza 2-3 bulan lepas kalau tak silap, nak tengok boleh rujuk di sini

Minggu lepas dyg buatlah koktel berkuah ni dgn style sendiri dgn mennggunakan bahan-bahan yg ada dlm simpanan. Best tau!

Inilah resepinya yer. 

Buah-buahan Koktel Berkuah

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar buah-buahan koktel (atau hirisan buah2an segar pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2-3 sudu makan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla 
  • Ice cube secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan gula bersama susu cair di dlm periuk. Masak hingga gula larut. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati. Setelah itu, padamkan api dan sejukkan sebentar atau suam2 kuku.
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Masukkan buah2an koktel (tak perlu sejat jika suka) dan susu tadi ke dalam bekas tersebut dan masukkan kiub ais secukupnya. Hidangkan.

Friday, December 10, 2010

Puding Kentang


Sebenarnya hari ni buat 3 jenis puding kentang. Puding kentang lapis coklat, puding kentang kosong dan yg ini adalah puding kentang perisa Pandan. Anak2 dah tau dah mama dia org suka puding ni sb tu sorang pun tak berani nak sentuh..hehe. Yang dua lagi puding tu tak usah tanyalah....udah habisss...

Ok, actually kan dyg ni tak brp suka sgt puding yg keras mcm agar2 tu. Jadi, dyg akan buat selembut yg mungkin. Barulah menepati selera...hehe. Apa2pun, puding kentang ni sgt sedap dan lembut. 

N3 ni terpaksa didahulukan dulu sementara rajin. Menu2 yg dah lepas akan ditayangkan kemudian. 


Resepi Puding Kentang

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 biji ubi kentang sederhana saiznya 
  • 200 g  gula pasir
  • 200 ml santan pekat
  • 125 ml susu cair
  • 500 ml air 
  • 3-4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
  • pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
  1. Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
  2. Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. 
  3. Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat. 
  4. Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
  5. Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa.  Selamat Mencuba!

Thursday, October 28, 2010

Kastard Jeli Pandan


Malam ni layan jelah dessert yg ada ni ek. Resepi asalnya adalah kastard jeli perisa strawberi cuma dyg edit sikit je tang bahan2nya tu. Oleh kerana tak ada stok jeli strawberi tu, dyg gantikan dgn jeli perisa pandan. Boleh tahan gak sedapnya. Nyaman je rasa  anak tekak walaupun di tempat dyg ni sentiasa sejuk..huhu. Kalau nak try resepi asal, bolehlah rujuk di SINI



Kastard Jeli Pandan


Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa Pandan (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2-3 sb tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
  • 1 sb mentega 
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat. 
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian (seelok2nya gunakan bekas/cawan kecik) . Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/kastard-jeli.html#ixzz13fAOcZCh
Under Creative Commons License: Attribution

Friday, October 15, 2010

Puding Coklat Sos Kastard....lagi.

Hari bila entah tak ingat, dyg buatkan lagi puding coklat ni sbg memenuhi permintaan si princess. Itupun asyik tertangguh jer sb malas...hehe. Last2 buat gaklah. Ikut resepi yg sama. KLIK DI SINI. Ingat nak share resepi ni kat MYR. Dah lama tak simpan resepi kat dapur nun sejak ada blog sendiri. Rindu pulak rasanya. Di situlah pertama kalinya dyg sumbang resepi. Sekarang ni dah hampir 2 tahun dah dyg menjadi ahli. Seronok dpt berkenalan dgn geng masak2 di samping berkongsi resepi. 


Layan jelah dulu dessert ni yer. Dari segi rasa, mmg mabeles! sos kastardnya pulak kalau nak dibuat lebih pekat, bolehlah tambah tepungnya tp dyg lbh suka berkuah sedikit cair (tak pekat tak cair sgt)...cuma kalau nak buat puding, depends gak dgn jenis serbuk agar2 yg digunakan. Sesetengah brand kena pandai2lah adjust sendiri. Mungkin kena lebihkan air/cecair dsb. Kalau tak, hasilnya nanti kurang memuaskan pulak. Finally, jadi agar2 coklat lak dan bukannya puding coklat...hehe. So, dyg lebih suka menggunakan cap bunga ros jer sampai sekarang. Apa2pun terpulanglah pd citarasa masing2. Terima kasih juga kpd yg telah mencuba resepi ni. Alhamdulillah... 

Monday, August 30, 2010

Puding Coklat Sos Kastard


Salam...
Ini mungkin entri iftar yg the last kot sb lepas ni dah nak start mengukis & mengekek pulak. Jadi, faham2 jelah yer...hehe. Hari ni nak tempah sate jer utk berbuka. Kalau rajin, goreng mihun.

Puding coklat ni adalah dessert yg paling dyg suka sejak dulu2 lg....hehe...selalu ckp anak2 suka tp yg ni mmg favorite dyg tau. Walaupun rupa tak lawa, tapi rasanya sgt sedap, lembut dan berkrim. Anak2 tak usah tanyalah...gerenti laku punya...

Kalau ada yg berminat, bolehlah cuba resepinya yer. Tang gula tu bolehlah adjust sendiri. Bagi dyg dah cukup...sedang2 manisnya.

Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang  makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


Terima kasih atas kunjungan anda.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53, 2010. "1 Malaysia Menjana Transformasi"

Monday, August 23, 2010

Kastard Jeli

Salam...

Dessert ekspress ni adalah menu semalam. Sibuklah 2-3 hari ni sampai nak mengadap komputer pun payah. Kebetulan SIL ada kat umah. Lagilah busy. Bukan apa, dyg ni sebenarnya seronok kalau dapat berbuka puasa ramai-ramai. Barulah ada semangat sket nak menikmati juadah...hehe. Jadi, layan jelah dulu puding ni yer. Dah tak tau nak letak nama apa. Yang penting ada kastard dan ada jeli. Nampak simple tapi sedap!..

Kastard Jeli

Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 sb mentega - optional
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.

Friday, August 20, 2010

Puding Austria

Resepi puding ni dyg salin dari sebuah majalah, kalau tak silaplah. Memang dah berkurun2 lamanya dyg simpan sebelum wujudnya blog ni lagi...hehe.. cuma tak ingat dari majalah mana, dyg editkan sedikit resepinya mengikut versi dan citarasa dyg. Tekstur puding ni adalah gabungan kek dan puding roti... dan lebih sedap dimakan setelah disejukkan. Untuk bahan-bahan hiasan kat atas tu, dyg guna campuran buah kurma, blueberry dan buah pic. Sedap tau resepi ni. Kalau ada eskrem kiwi, bubuh kat atas tu... pasti extra sedaaapp! Kalau sempat, nak buat lagilah lepas ni...

Puding Austria
Bahan-bahan :
  • 200 g buah-buahan campuran dlm tin yg telah disejatkan (ikut suka) - dyg guna pic, kurma dan blueberry
  • 1 sb minyak masak sayuran/ minyak jagung
  • 3 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
  • 80 g gula kastor
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb tepung naik sendiri
  • 40 g gajus goreng (ditumbuk atau dikisar) @ serbuk badam
  • 1 sb oatmeal
  • 125 ml susu segar
  • sedikit pewarna jika suka. (Dyg guna pes pandan 1/2 sk)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Lengserkan mangkuk kaserol dgn mentega (dyg guna yg berukuran 5'' x  9"). Ketepikan.
  2. Letakkan buah-buahan di dalam mangkuk kaserol.
  3. Pukul kuning telur dan 40 g gula hingga sebati (guna whisk shj). Masukkan oat, tepung, gajus/badam, susu, esen vanilla, pewarna dan minyak masak. Kacau lagi sebati.
  4. Di dlm mangkuk adunan yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 40 g gula. Pukul lagi hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan tepung tadi.
  5. Ratakan adunan di atas buah-buahan dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
  6. Setelah masak, sejukkan dulu. Kemudian, keluarkan puding dengan  menterbalikkannya.
  7. Hiaslah dgn topping kesukaan jika suka.

Sedaappp!