Friday, September 11, 2015

Salam rinduuuu.....

Salam rindu buat semua pengunjung Dapurku Sayang.....

Apa khabar semuanya? DJ doakan semoga semuanya sihat dan ceria selalu.. :) 

huhu....rindu setengah mati untuk berblogging semula....mohon maaf atas kelewatan untuk update blog yang dah lama terbiar dan bersawang ni....bukan kerana nak bersara dan sebagainya tapi DJ agak kesibukan dengan urusan keluarga sehingga tiada waktu untuk mengadap blog seperti dulu2... hmm...sedih pilu terkilan semuanya ada..namun apa kan daya... DJ tak mampu untuk menulis dan berkarya seperti kebiasaannya...
              

Banyak resepi yang tak sempat ditulis untuk dikongsikan di sini..hadoiii bertahun-tahun dah tu...sekarang masih blur lagi...tak tau nak start dari mana dah...maklumlah kan blog dah lama ditinggalkan....rasa janggal pulak nak menulis ayat...mcm ada yg tak kena jer....heheh. Apa2 pun DJ bersyukur kerana anda pembaca setia tetap setia untuk berkunjung dan mencuba resepi2 di sini. Terima kasih tak terhingga. Ramai yang komen dan memohon untuk share resepi dan ada yang ingin menggunakan gambar2 masakan untuk dikongsikan ke website lain dan juga ke facebook. Silakan ...dengan hati terbuka DJ izinkan ye. Asalkan gambar2 tersebut tidak disalahgunakan ...faham2 je lah kan...hehe....

Ok lah... setakat ni je lah dulu yer...sekadar utk panaskan enjin dan bersihkan blog dulu... InshaAllah pd masa akan datang, DJ tayang resepi pulak. Buat teman2 blogger yg masih mengingatiku, khususnya Lina, kak Nor, kak Ummi, Hasue, kak Ina, dan yg lain2... I really missed u so much!

Salam sayang semua! Mmmuahhh3x...



 

Jom mamam dulu!

Tuesday, February 12, 2013

Kek Coklat Keju Kukus


Wahhh! Dah agak lama tak mengukus kek. Rindu pulak nak makan. Projek mengukus ni pulak asyik tertangguh2 disebabkan kesuntukan masa dan jugaaa...heheh...kemalasan yang tak dapat dielakkan. Betul! DJ sejak dua menjak ni banyak sangat dilanda kemalasan. Tapi selera nk makan kek kukus bukan main lagi...Ingat nk order dari biras jer tp dia tak buat sangat kek kukus. So, DJ akhirnya terpaksalah merajinkan diri ke dapur ...godek2 apa2 yang patut. Alhamdulillah, berkat rajin dan semangat, akhirnya terjadilah satu lagi koleksi kek dan resepi baru DJ. Sebenarnya nk buat kek ni taklah sesusah mana pun....heheh.

Tapi sebelum kejadian kek keju coklat yg sedap ni, penat gak DJ memikirkan nk buat kek kukus apa. Mula2 terfikir nk buat kek keju pandan. Lepas tu tak jadi pulak. Lepas tu terfikir pulak nk buat kek keju stoberi...heheh...adehh...pening2. Akhirnya DJ buat coklat keju je lah. Alhamdulillah....sangat elok kejadiannya. Rasa pun taklah manis sgt. Tapi sedap dan lembut jer. Hehehe....habislah dietku lepas ni...baru jer lepas kurangkan lemak sbyk 3-4kg....harap2 maintain la ek... :D :P


Jom kita semak resepinya! Boleh cuba jika berminat. Inshaa Allah sekiranya rajin nanti DJ nk buat versi pandan keju atau strawberi keju pulak. ;)

Terima kasih sudi menjengah ke dapur DJ ye. Selamat bercuti dan ceria selalu!

Kek Coklat Keju Kukus
resepi : dayangjack

bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum. 

Tak sangka pulak yang paling byk makan ialah mr hubby....ekeke


SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI DJ DI FB. TQVM.