Showing posts with label kuah. Show all posts
Showing posts with label kuah. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Rojak Buah dan Sos Kuah Rojak/Rojak Petis (Homemade)


Ada sesiapa nak belajar buat kuah rojak (petis)?? Mari kita belajar sama2 ekk..heheh. Masa bercuti ke kampung halaman hari tu, ter'miss' pulak kelas amali cara2 membuat rojak petis yg diajar oleh mak angkat aka mak sedara. Tapi skrg dah tau, sb mak dah tlg ajarkan secara teori...Alhamdulillah, mekasih kedua2 sifuku. 

Bagi yang duduk jauh di perantauan, mungkin terlalu sukar utk mendapatkan petis udang dan rojak petis yg dah siap dijual dlm botol tu kan. Kalau dah teringin sgt nk makan, bolehlah belajar buat sendiri. Lagipun hasilnya gerenti berbaloi2. Yang penting, utk versi rojak petis ni, kenalah ada stok tepung kanji atau dikenali sbg tepung ubi. Sebut psl tepung kanji ni kan, ada ramai yg bertanya ttg perbezaan tepung kanji, tepung ubi dan tepung tapioka. Setahu DJ la kan ketiga2 tepung ni adalah tepung yg sama, iaitu tepung berkanji yg diperbuat daripada ubi kayu. So, yg menyebut tepung kanji atau tepung ubi tu, mungkin kerana dah terbiasa...mengikut keselesaan masing2... :)

Sos kuah rojak ni, time nk buat tu baunya sungguh tak menyenangkan...nasib tak ada orang kat rumah...hahaha. Tapi bila makan....adehh...takleh brenti dibuatnya....heaven!

Sejak ada sos kuah rojak ni, asyik makan rojak jer lah mak budak nih...hehehe. Tapi serius, my gugurl pun gemar makan rojak ni...selagi tak abis, selagi tu tak brenti...huhu. Tapi /tak apa la kan, bukannya selalu pun...



Apa2pun, jom kita semak resepi mudahnya ye...

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
resepi  : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara-cara :


  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!
Cili Asli Walfood (hot & spicy)

Bahan-bahan untuk dibuat rojak ni ikutlah selera masing2 ye. DJ pun guna stok yg ada je. Ada mangga, sengkuang, timun, tauhu goreng, starfruit, dan nenas. Kalau ada tauge dan kangkung, bolehlah dicelur dan dimasukkan sekali. Waduhh! sedapnyaaaa!


Saturday, October 15, 2011

Roti Arab dan Kari Sardin


Salam hujung minggu.....

Selamat berhujung minggu semua...dah minum petang ke belum? Kalau belum, jom kita makan roti arab yg sedap lagi rangup ni. Dah lama tak buat roti ni. Sgt sedap digandingkan dgn kuah kari sardin. Maaflah ye, gambar tlbh sempoi ...tak ada touch up apa2...janji dapat tengok dgn jelas kan...hehe.

Resepi roti arab dh byk kali diulang tayang tahun lepas. Kdg2 DJ tak ikut sgt resepi asalnya. Guna stok yg ada je. Lagipun roti ni langsung x pakai susu...tapi msh tetap sedap dan rangup. 

Layan dulu ye...nanti2 tulis resepinya kalau sempat. Terima ksh sudi singgah....

UPDATE :

Roti Arab
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum/tepung superfine/high protein
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • sedikit garam halus
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu makan yis mauripan 
  • air suam secukupnya
cara-cara :
  1. Satukan yis, sedikit air suam dan gula di dalam satu bekas dan rendamkan hingga yis berbuih.
  2. Tepung, garam dan mentega disatukan di dalam bekas yang agak besar. 
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul dan uli doh hingga kental dan licin (untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu...hehe)
  4. Simpankan doh ke dalam bekas besar tadi dan tutupkan dengan kain lembab. Biarkan ia naik selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, uli semula doh tadi.
  5. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian (mengikut saiz kesukaan masing-masing) dan bulat-bulatkan. 
  6. Sediakan torak. Canaikan doh tadi tetapi jangan terlalu nipis. Kemudian rehatkan sebentar selama 15 minit.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas (tetapi jangan sampai berasap), gorenglah doh tadi satu demi satu. Jangan lupa siramkan roti dengan minyak supaya ia kembong dengan cantik. 
  8. Setelah masak keperangan, angkat dan toskan.
  9. Hidangkan panas-panas bersama kari sardin atau kari ayam.

Kuah Kari Sardin (my Style)

bahan-bahan :
  • 1 tin besar sardin (DJ pilih brand Marina)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (DJ pilih brand Adabi) - dibancuh dengan sedikit air
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • sedikit garam, gula dan air asam jawa
  • hirisan tomato (optional)
cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga garing. 
  2. Masukkan bancuhan rempah kari tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin bersama kuahnya dan masukkan juga air secukupnya. Kacaulah rata-rata dengan perlahan. 
  4. Apabila mendidih, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. 
  5. Setelah masak, tutupkan api. Hidangkan panas-panas bersama roti arab. Selamat mencuba!


Wednesday, September 29, 2010

Nasi Impit Vs Kuah Kacang Pistachio

Nyum, nyum, nyum!....sedapnyaaaa!....Alhamdulillah...tercapai gak hajat nak buat kuah pistachio pagi semalam. Sebenarnya kan, resepi kuah kacang ni dyg dpt ilham dari majalah Rasa bulan September tahun ni, tetapi sebelum2 ni dyg pernah gak terfikir nak buat kuah kacang dgn menggunakan kacang pistachio atau kacang badam..nak tengok dan rasa hasilnya mcm mana....tup2 dah ada pulak resepinya (kuah kacang pistachio) dlm majalah...what a coincidence! 

Apa2pun resepi ni dyg olah mengikut citarasa sendiri. Bahan-bahan pun mengikut stok yg ada. Walaupun tajuk resepinya kuah kacang pistachio tetapi dyg tetap menggunakan kacang tanah biasa utk dicampurkan dgn kacang pistachio. Hasilnya, mmg bestlah bagi dyg. Anak2 dan hubby pun sukaaa sangat...sesekali bertukar selera apa salahnya kan...yg penting, sedap.


Sesiapa nak try resepi ni, silakan yer. TQ sudi singgah.

Kuah Kacang Pistachio

Bahan-bahan :
  • 100 g kacang pistachio (beli yg instant jer) - dikisar kasar
  • 100 g kacang tanah (digoreng dan dikisar kasar)
  • 2-3 sudu besar cili giling (cap Puteri) 
  • sedikit gula melaka
  • gula pasir secukupnya
  • sedikit garam 
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kacang2 kisar tadi sedikit demi sedikit sambil diselangselikan dgn air. Kacau sebati. Gunakan api sederhana.
  3. Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Masak hingga pekat dan keluar minyaknya. 
  4. Tutupkan api, angkat dan hidangkan bersama nasi impit atau sedap juga dimakan dgn roti kosong.

Tuesday, November 10, 2009

Baked Beans (Tomato Sauce) with Potato

Salam...

Breakfast hari ni ringkas jer. Scrambled Egg, Cheesy Sausage & Nugget. Tak cecah dgn sos cili, tapi dgn kuah kacang panggang berkentang. Sedaaaapp!!

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar baked beans (dyg prefer Ayam Brand)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji ubi kentang (dihiris nipis2 dan digoreng sedikit)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • sedikit lada sulah dan garam
Cara-cara : Panaskan marjerin di dlm periuk. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan kentang yg sudah digoreng tadi dan sedikit air (70 ml). Masukkan kacang panggang dan kacau perlahan2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah. Kacau sebati. Boleh tambah air jika perlu.

Setelah kuah masak, bolehlah dihidangkan bersama nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya.

Actually, hari ni tak sedap badan. Sakit segala bagai. Jap lagi nak masak lauk utk dinner pulak....kena kuatkan semangat....

Monday, November 02, 2009

Kuah Kacang II - updated

Hari ni betul2 rasa malas. Nak masak, malas, nak makan, malas... nak mandi pun malas. Alahai,...Kenapalah teruk sgt serangan virus hari ni...entahlah....

Kugagahkan juga hati ini utk melawan semua itu....Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya.....dapat bangkit kembali & cergas seperti biasa....semuanya demi anak2.


Oklah, sepanjang hari ni dyg tak masak nasik dan lauk pauk. Bukan kerana malas, tapi dah plan nak masak nasik impit dan kuah kacang.

Pantang tengok roti sandwich..msh banyak lagi tu...ada can la nak makan nak dgn kuah kacang. Sedap sungguh!!!

Kuah kacang ni pun sangat2 menyelerakan. Anak2 pun bukan main suka lagi. Yang si princess tu pulak terikut2 makan roti cicah dgn kuah kacang....hehe...

Ada sesiapa nak join??? marilah sini...jangan segan2, jangan malu2 kucing...banyak lagi ni..mmg buat banyak pun kuahnya sb kalau buat sikit, kang ada yang kata tak cukup lak..huhu

Resepi kuah kacang ni tak sama dgn yang resepi sebelum ni yer. Apa2pun kedua2nya sedap.

Bahan-bahan : (5-6 orang makan)
  • 300 g kacang tanah kopek (digoreng dan dikisar)
  • 1/2 cawan cili kering kisar (cili kering pedas)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 50 g gula melaka
  • garam dan gula pasir secukupnya
  • 160 ml minyak sayur (ini sukatan dyg. Boleh adjust sendiri jika suka)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dlm periuk/kuali. Tumiskan serai hingga wangi. Barulah dimasukkan bahan-bahan kisar dan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselangselikan dgn air secukupnya. Masak dgn api perlahan.
  3. Masukkan gula melaka, garam dan gula pasir. Kacau dan masaklah lama sedikit.
  4. Setelah kuahnya sebati dan kelihatan pekat, bolehlah ditutupkan api.

Saturday, October 03, 2009

Sate Goreng

Semalam makan sate goreng bersama nasi impit. Sate daging dan ayam ni adalah baki yang disimpan selepas raya tempoh hari. Keluarkan dari freezer, dan goreng. Kuah kacangnya pulak dimasak pagi semalam. Memang sedap....


Bahan-bahan untuk Sate:
  • 1/2 kilo daging/isi ayam (dipotong/dihiris kecil2)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 6 batang serai*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu besar ketumbar *
  • 1/2 sudu besar jintan manis*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 3 sudu besar gula merah/brown sugar
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara : Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan bersama ayam/daging dan bahan-bahan selebihnya. Perap semalaman. Kemudian goreng(deep frying) dgn api sederhana. (jgn menggoreng daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan ia menjadi liat).

Untuk resepi kuah kacangnya pula, boleh KLIK DI SINI.


Monday, March 30, 2009

Sate Goreng, Nasi Himpit dan Kuah Kacang

Menu sarapan pagi merangkap tengahari atas permintaan princess. Nasi impit kena rebus banyak sebab kalau sebungkus jer x cukup untuk die sorang. Just imagine, berat die(baru darjah 1) dah nak hampir sama dgn berat dayang...huhu..now u know how big she is. Sebab tu la kat rumah ni kalau xde makanan dalam satu hari, die akan memberontak kebuluran...hehe. What to do......Anyway, nasi himpit ni mmg sesuailah kalau digandingkan dgn sate. Oleh kerana mood rajin ni ade, dayang buatlah sate goreng sikit (guna daging dan ayam). Biasanya dayang akan buat time raya jer. Tapi hari ni rasa teringin sgt nk makan esp sate daging. Emmm....sedaap!

Bahan-bahan untuk Sate:
  • 1/2 kilo daging/isi ayam (dipotong/dihiris kecil2)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 6 batang serai*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu besar ketumbar *
  • 1/2 sudu besar jintan manis*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 3 sudu besar gula merah/brown sugar
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara : Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan bersama ayam/daging dan bahan-bahan selebihnya. Perap semalaman. Kemudian goreng(deep frying) dgn api sederhana. (jgn menggoreng daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan ia menjadi liat).

Bahan-bahan: Untuk Kuah
  • Kacang tanah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Serai
  • Halia
  • Udang Kering
  • Gula melaka & gula pasir
  • Garam
  • Sedikit susu cair
Hidangkan bersama nasi himpit, timun dsb.

Thursday, March 19, 2009

Yong Tau Fu

Bestnya dapat makan yong tau fu! terbaca resepi kuah yong tau fu minami myr tu mlm td i was really excited. What can i say...i made it last night and it was great, u know. Mcm x percaya boleh buat sendiri...dahlah makanan favorite. Dulu selalu beli kat area Desa Pandan...gerai yong tau fu kat tepi jln tu...tp x ingatlah nama gerai makan tu. Ala, adik beradik yg berbadan besar tu la....i still recognize those faces but i don't know their names. Kuah yong tau fu yg die org buat tu mmg sedaplah. Dayang masih ingat lg masa pregnant, hampir setiap minggu makan yong tau fu kat situ. Tak nak tapau. Berdegil gak nk makan kat situ. Hubby pun dah naik jemu. Kadang-kadang merungut jugak. Mana taknya, dayang hanya makan kangkung, crabstick dan telur puyuh je. Tp kuahnya kena banyak. Itu aje. 'Buang karen je', kata hubby...keh!keh!keh!. Whatever he says, i don't care coz i know he knows me very well...dan yg penting dapat memenuhi hasrat di hati. But now, i can make it by myself. Thanks to minami for sharing this great recipe. Cuma, utk kuahnya dayang ada add sikit sos tiram, sos cili dan of course cilinya kena banyak memandangkan dyg sukakan kepedasannya. Oops!..x letak ajinomoto (not good for health). Ape2 pun, resepi kuahnya memang best! (..mintak izin yer, minami, dyg copy n paste bhn2/cara2nya..tq)

Kuah Yong Tau Fu
Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 10 tangkai cili kering
* gula melaka atau kurozato

* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)

* 1 s.k garam

* 3 cm belacan
* 300 ml air

* 1 sudu besar minyak

* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto


Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.