Tuesday, August 18, 2009

Hari Demam kami sekeluarga....

Salam semua....

Sejak dua tiga hari ni dapur dayang x berasap. Jiran kiri kanan pun tertanya2 kenapalah rumah dayang ni sunyi sepi je. Nak kata xda orang, tapi ada. Cuma x kedengaran langsunglah bunyi blender & lesung batu. Kalau tak, hari2lah dayang bersilat kat dapur tu...

Tapi nak buat macam mana kan...dayang masa ni tengah demam, sakit2 badan, sekejap ok, sekejap tak. Mula2 hubby yang kena, dayang hantar dia ke hospital. Lepas 2 hari, dayang pulak terjangkit sampai terpaksa memakai topeng kat rumah..takut spread kat anak2. Tapi rimas gak pakai topeng 24 jam...semalam anak2 pulak yang demam. Kesian dia orang. Hubby dah ok sikit. Jadi, dia bawaklah kami ke Hospital Ampang. 3 jam menunggu barulah dapat jumpa doktor. Kat Fever Centre tu memang ramai sgt pesakit mcm dayang ni. Dayang lak tak larat nak menunggu lama sangat... sekejap2 terlelap...si kecik lak xnak berenggang...nak mintak dukung memanjang. Lagilah rasa nak pitam. Tapi ku kuatkan semangat. Semua ni ujian dan dugaan dari Allah. Alhamdulillah, dapat gak berjumpa dengan doktor. Doktor tu pun demam gak. Dia kata setakat ni kami semua negative...xda tanda2 virus tu lagi. Tapi kalau x baik gak lagi kena datang balik. What a relief!!!...Balik rumah, dayang & anak2 terus makan ubat. Biasanya, dayang ni jenis mengelat. Memang payah nak makan ubat walaupun sakit teruk...selalu mengelak bila hubby nak bagi ubat. Tapi kali ni kena makan ikut timing. Demi anak2, dayang kena sihat seperti biasa. Kesian kat anak2 tak terurus makan minum...

Jadi begitulah ceritanya yang dayang nak sampaikan kat sini. Terima kasih kpd rakan2 yang sudi bertanyakan khabar dayang dan sudi mendoakan kesihatan kami sekeluarga. Terima kasih banyak2. InsyaAllah, dah sihat nanti dayang akan kembali bersama kalian. Sepanjang ketiadaan tuan rumah ni, datanglah selalu yer..lepak2 & borak2 kat chatbox ni. Nak bermalam kat sini pun boleh...sambil2 tu jangan lupa yer Lina & k.rosaliza...tolong sambut tetamu yg nak datang tu tau..bancuhlah air milo. Dayang dh beli setin besar tau tak?..tak luak lagi tu... :)


No comments: