Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Tat Nenas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga niat nk buat tat nenas utk raya ni. Bukan senang nk carik mood buat tat sebegini tau. Kena ada give n take. DJ terpaksa berperanglah dgn perasaan malas ni. Yalah, nk menghasilkan sesuatu kenalah byk bersabar dan tak patah semangat. Inilah hasilnya...berbaloi2. 

Tat nenas ni kalau tak silap ada org memanggilnya 'tat nona'. Tapi apa2pun, intinya tetap inti nenas kan. Rasa dan teksturnya mmg best! Resepi asal ada di SINI ye. Kalau nak guna buter dan marjerin separuh2 pun boleh atau kalau nak campurkan sedikit ghee atau minyak sapi pun juga boleh. Yang penting, sedap, gebu, wangi dan menepati citarasa.


Dah ramai yg bertanya, macam mana buat tat ni terutama part yg ada berduri tu. Harap step kat bawah ni dpt membantu yer. DJ menggunakan gunting kecik yg runcing ke atas tu. Senang sket nk mengguntingnya. Mula2 mungkin rasa kekoklah kan, tapi lama2 bila dah terbiasa, jadi expert ler. DJ bukannya pandai sgt pun, tp Alhamdulillah...stkt ni mmg berpuas hatilah dgn hasilnya. So, beginilah cara DJ buat. Just nk share kpd pembaca di luar sana. Lepas ni bolehlah mencuba ye. Resepi boleh ikut mana2 resepi pun, cuma resepi yg ada ni mmg sesuailah utk buat stail gini. Kalau resepi utk tat gulung tu, kena pandai adjust sket la kan. Takut terlampau lembik atau gebu sehingga payah nk membentuknya. 


Ok, pada kesempatan ini DJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pembaca yg beragama Islam. Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah. Jika kesilapan hari ni menyakitkan hati, lupakanlah. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat...Mohon ampun dan maaf semuanya....


Wednesday, September 08, 2010

Chocolate Chip and Almond Cookies dan hadiah raya....

Salam...

Alhamdulillah...tertunai gak hajat ni nak kongsikan resepi kukis biarpun dah last minute. Sepatutnya n3 ni di'publish' 2 hari lepas tapi biasalah kan..dh nak dekat raya ni...sibuk kat dapur je lah...kejap2 lagi mengukus kek pulak utk dibawa pulang ke kampung hubby. Kek2 kukus ni kena buat last minute...tak mcm kek2 bakar sb kek2 kukus kalau tak disimpan dgn cara yg betul, dlm 2-3 hari daaah basi...kalau sempat, sebelum raya, dyg tayang gambarnya...kalau tak sempat, kena tunggu balik dari kampung...ok.

Apa2pun layan je lah dulu biskut coklat best nih!...dapat buat dlm 3 balang tapi skrg dh tinggal 2 balang...hehe.

Bahan-bahan :
  • 1 buku mentega (250 g) - dilembutkan
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula icing
  • 2  cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1 cawan nestum (dikisar)
  • 1/4 cawan serbuk badam
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk emplex - optional
  • 1/3 cawan almond nib
  • 1/3 cawan chocolate chip
  • 2 sk esen vanilla
  • 1 sk soda bikarbonat
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul2kan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.
  4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dgn badam dan cip coklat. Gaul2kan hingga sebati.
  5. Bentuk2kan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 15-20 minit. 
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.

haaaa....inilah hadiah raya atas kemurahan hati sahabat baik dyg dan hubby....nama kek ni Kek Lapis Rosalinda....amacam???...cun takkk???.... 

Resepinya tak ada lagi buat masa ni...so, layan gambar jelah dulu yer...nanti2 dyg carik resepinya....


Thursday, September 02, 2010

Biskut Tart Nenas


Biskut yg memang wajib dibuat setiap kali raya. Kalau tak sempat buat, kena beli gak...sb dyg teramat2 menggemari tat nenas ni. InsyaAllah, projek kukis ni akan mula beroperasi pd hujung minggu ni. Pinjam dulu gambar2 tahun lepas. 

Kalau nak tau detail ttg resepi tat nenas ni, bolehlah KLIK DI SINI yer. TQ.


Biskut Crunchy Nestum Rice (eggless)

Salam....
Sambung balik cerita psl biskutttt...hehe...amboiii, si izah pencinta muffin nun, pagi2 lagi dah buat 'soundtrack' nak resepi...hahaha!...

Biskut ni ari tu dpt 2 balang besar, tapi ari ni dah tinggal sebalang!...mana cukup nak bagi kat hana, kak atie n fiza...kena buat sendirik ler yer..yang sebalang lg tu dah kena 'sealed'..simpan utk raya nanti...hehe...hana, jangan malas2 dah...ni ha, dah ada resepinya...pi buat sendirik! :P :D
SmileyCentral.com
 

Biskut Crunchy Nestum Rice

Bahan-bahan : 80 biji (-/+)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan nestum hancur
  • 1/2 cawan nestum kasar
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 200 g @ lbh kurang 1 cawan marjerin/mentega (DJ guna marjerin Puteri)
  • 1/2 cawan coklat urai
  • 1/3 -1/2 cawan gula aising
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Putar marjerin/mentega bersama gula aising hingga berkrim (kalau guna marjerin, tak perlu diputar terlalu lama)
  2. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, nestum dan coklat urai. Gaulkan adunan hingga rata. 
  4. Kemudian bentuk2kan adunan mengikut citarasa sendiri. Susunkan di dlm dulang yg sudah digriskan dgn mentega atau dialaskan dgn baking paper. Sapukan permukaan biskut dgn kuning telur.
  5. Bakar dlm oven pd suhu 160-170C selama 20 minit atau hingga keemasan.
  6. Setelah masak, sejukkan biskut dan simpan di dlm bekas kedap udara. 

pssttt!...malam ni nk mengukis lagi...just wait and see.... ;)

Wednesday, September 01, 2010

Biskut Crunchy Nestum Rice





layan dulu yer....tuan rumah agak sibuk masa ni. Nak kejar ayam dulu...ekeke. Resepi kukis sedap ni akan ditulis kemudian...thanks for stoppin' by

Wednesday, January 20, 2010

Biskut Buah Kana



Projek mengukis ni dah lama tertangguh. Dari tahun lepas lagi. Ramai yang dah tau dan biasa makan biskut buah kana ni kan. Inilah antara biskut yg paling dyg suka. Mak selalu buat setiap kali raya tak pernah miss. Yang kita ni pulak tukang makan jer. Tak pernah nak tolong buat...hehe...

Bila dah duduk berjauhan ni datanglah rasa rindu nak buat sekurang2nya dapat buat sikit2 jadilah kan. Tapi sebelum ni ada gak cuba2 resepi yang ada kat dalam internet ni. Sedap mmg sedap. Cuma kurang menepati citarasa. Yalah, kita dah biasa makan biskut kana yg mak buat kan bila buat sendiri rasa cam tak puas hati pulak. Tengok resepi kat internet hampir kesemua bahannya sama. Mahu tak mahu, kena mintak petua dari mak. Rupa2nya resepi mak ada lain sket. Dyg cuba mintak sukatan resepi mak dan cuba buat sendiri. Akhirnya, barulah puas hati walaupun tak 100 % mcm biskut yg mak buat sb dia tak ada sukatan, resepi main campak2 jer. Tak cukup tepung, tambah tepung...kira agak2 tangan gitu...

Apa2pun, nanti akan dibuat lagi. Resepi yang kat bawah ni adalah resepi anggaran shj yer. Tapi kalau berminat nak cuba, boleh jer. Anak2 kata sedap dan hubby pun suka...dapat buat 2 balang kecil. Ni dah tinggal 1/2 balang...hehe.



Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawang tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sk serbuk penaik / baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla - optional
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • jem secukupnya
Cara-cara :
  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak  bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
  4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
  5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
  6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas. 
*** Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Jumpa acuan kana ni kat Kedai Bagus. Harga tak sampai RM2. Tapi kalau kat rumah mak, tak pakai acuan plastik. Sebaliknya guna acuan kayu.


Sebelum pembakaran...

Thursday, September 17, 2009

Biskut Japanese Plum

Satu lagi projek kukis hari ni. Dapat resepi dari dlm majalah. Cuma dayang buat 1/2 adunan je dulu..tu pun dapatlah dalam 82 biji. Kalau ok, nanti bolehlah buat banyak2. Untuk resepi biskut ni, dayang add 1 sudu besar cornflake kisar... memang sedap rasanya....

Next time boleh buat lagi...cuma shortening kena adjust sedikit. Apa2pun, memang sedap biskut ni....


Bahan-bahan : +/- 80 biji
  • 250 gm marjerin
  • 5 gm tepung susu
  • 50 gm gula halus (dikisar spt gula ising)
  • 400 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar cornflake kisar
  • 1 biji kuning telur utk sapuan
  • hirisan ceri secukupnya
Inti :
  • 40 gm shortening
  • 90 gm gula ising
  • 150 gm kacang tanah (dikisar)
Cara-cara :
  1. Putar marjerin bersama gula halus hingga kembang.
  2. Kaupbalikkan dgn tepung gandum dan tepung susu dgn menggunakan spatula (mungkin lembik sikit tapi jgn ditambah tepung).
  3. Masukkan cornflake dan gaul lagi sehingga menjadi doh.
  4. Gaulkan bahan inti hingga sebati.
  5. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan mangkuk kertas saiz kecil, sudukan sedikit adunan tepung ke dalamnya. Kemudian, letak inti kacang di atasnya dan tutupkan dgn adunan tepung (tak perlu ditekan).
  6. Sapukan dgn kuning telur dan hiaskan dgn hirisan ceri.
  7. Bakar selama 30 minit.

Biskut Almond London

Semalam mengukis lagi....bersemangat nih...heheh...tapi hanya kukis2 terpilih je lah..yang disukai anak2 esp biskut Almond London ni..penuh dgn coklat...suka la tuu....hehe...

Bahan-bahan :
  • 500 gm tepung gandum + 1 sb tepung jagung (diayak)
  • 315 gm marjerin
  • 165 gm gula ising
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 200 gm kacang almond (dipanggang/digoreng tanpa minyak)
  • coklat masakan (dicairkan)
  • kacang almond cincang
Cara-cara :
  1. Pukul marjerin bersama gula ising hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi demi sebiji sambil diputar.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  5. Bentukkan doh dan letakkan kacang almond di dlmnya.
  6. Bakar selama 30 minit pd suhu 160C.
  7. Apabila sejuk, hiaskan dgn coklat masakan dan hirisan kacang almond.

Wednesday, September 16, 2009

Biskut Snow Nestum

Satu lagi projek kukis 2 hari lepas. Sejuk je mata memandang...rasa pun boleh tahan sedapnya...resepi ilham sendiri ni...sebab tu tak glamer.....hihi....

Wahai mek lina, yang mana satu nak ni??? yang kaler pink ke kaler hijau???....heheh

Biskut Koko

Hah!..tu diaaa! biskut dayang senandung!..Oppss!...Biskut Koko laa....hahaha!....

Sila2lah menjamu mata dulu yer....nanti update lagi....cian kat kawan kita yg sorang ni dari semalam lagi teringin nak tengok kukis kita yang tak menawan nih.....tapi rasanya sedap tau....heheh....
Justify Full

Saturday, September 12, 2009

Tat Nanas

At last....mengukis juga akhirnya....x tahan dgn godaan kukis2 dari rumah rakan2 blogger...kita pun nak join gaklah...nasib baiklah dapat green light dari hubby...jika tidak, tak ada ler ko, kukis...huhu.

Kali ni tayang gambar banyak2 utk projek kukis yg pertama kali dibuat. Rasa2 ramai gak peminat tat nenas ni kan...dyg pun suka makan & minat sgt2 buat tat ni walaupun terpaksa tak tidur malam dibuatnya...yalah, gara2 nak cepat siap, sanggup jadi kelawar jap, sebab tu lah hubby suka membebel. Nak buat mcm mana, kan...dayang kalau buat satu kerja, tak suka nak tangguh2 atau buat sekerat jalan...kena buat sampai habis. Barulah puas hati....

Untuk tat nenas ni, dayang guna campuran marjerin dan mentega...bagi dayanglah, orang lain tak tau la kan, rasanya lebih sedap, taklah fragile sangat, dan gebu di samping cair di mulut.

Cara2 nak membentuknya pun is the best part...Masukkan inti nenas di dalamnya dan bentukkan seperti kulit nanas dengan menggunakan gunting kecil. Nak buat cara gulung pun ok juga, ikutlah keselesaan masing2.....

Masa nak membakarnya pun, guna suhu 160C selama 20-25 minit  tetapi bergantung  gak pada kepanasan suhu oven masing2....






Bahan-bahan :
  • 600 gm tepung gandum
  • 160 gm gula ising
  • 300 gm marjerin (dyg guna cap Puteri perisa mentega vanilla) 
  • 140 gm mentega
  • 2 biji kuning telur gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 3 sudu besar tepung susu
  • Jem nanas secukupnya
  • kuning telur + setitik pewarna kuning (utk sapuan)
Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan marjerin bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur satu demi satu sambil dikacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati.
  4. Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti nanas di tengah2nya dan gulung atau tutup kemas.
  5. Susunkan doh tadi di atas dulang pembakar (griskan dgn sedikit mentega) dan sapukan kuning telur pd permukaan doh tadi.
  6. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keemasan pd suhu 160C.
***jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

Tuesday, August 11, 2009

Biskut Cornflakes Madu


Krap! krup!2x...sedapnyaaaaa!....dahlah sedap, nak buat pun senang. Dah lama tak buat ni. Adalah dlm 10 tahun lamanya. Bila dah sampai seru, barulah nak buat. Itupun buat sikit aje. Nak promote dulu kat anak2. Kalau sedap, bolehlah buat lagi. Ternyata si kecik tu pun suka bangat..yalah, cornflake ada madu dan rangup. Siapa tak suka...mamanya dari tadi asyik mengunyah je..huhu. Si kakaknya belum tau lagi ni. Balik sekolah nanti nak buat surprise kat dia.... :)

Rasa2nya ramai yang dah tau dan biasa buat cornflake madu ni, kan. Kalau ada yg nak mintak resepi, tlg angkat tangan yer...hehe.

Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan : (4-5 orang makan)
  • 3 cawan empingan jagung ( dyg guna Kellog's Cornflakes asli)
  • 60 gm mentega
  • 1/8 cawan madu
  • 1 sudu makan gula
  • sedikit bijan - jika suka
  • cawan kertas secukupnya
Cara-cara : Panaskan oven 160C. Cairkan mentega di dlm kuali. Masukkan emping jagung dan kacau perlahan2 dgn api kecil. Kemudian masukkan madu. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan gula. Gaulkan rata2 dan tutupkan api. Masukkan cornflake tadi ke dlm cawan kertas dan taburkan sedikit bijan. Bakar selama 5-7 minit.

***biskut ni kalau tak bakar pun takpe tapi goreng lama sikit supaya ia rangup. sesuai dimakan bila2 masa shj. Selamat mencuba!

Wednesday, April 01, 2009

Biskut Makmur


Projek tgh malam td...saja nak perhabiskan belen kacang tanah yang ade. Lagipun dh lama gak x makan biskut favorite ni. So, dyg buatlah dlm 40 bijik. Tak susah pun. Dayang cuma guna tepung gandum, marjerin, kacang tanah dan gula aising. Itu shj. Menguli sambil tgk tv...jap je dh siap. Nak buat biskut2 ni xleh waktu siang sb xkan menjadi punya. Macamtu gak kalau nak buat kek2 lapis. Kena jd kelawar dulu..hehe!. Ntahlah...dah biasa mcm ni sejak zaman anak dara lg...esp time nk raya, gerenti x tido malam. Bg dyg, waktu tgh mlmlah ilham tu datang, hati tenang, xde gangguan, x bising dsb...

Anyway, biskut makmur ni mmg popular. Tak kiralah di mana2 serata Malaysia ni. Kat kampung dyg pun mcm tu gak esp waktu raya. Pendek kata setiap rumah ade disajikan biskut ni..cuma cara dan penyediaannya sedikit berbeza. Sesetengah org menggunakan minyak sapi instead of marjerin. Dayang pulak prefer marjerin. Mungkin tangan ni dah serasi dgn marjerin kot. Ape2pun, rasanya tetap sedap dan evergreen!....


Bahan-bahan : utk 40-50 biji ikut saiz
  • 2 cawan/250 g tepung gandum (diayak)
  • 130-140 g marjerin
  • kacang tanah (digoreng dan dikisar)
  • gula aising secukupnya
Cara-cara : Gaul dan ramas tepung bersama marjerin. Uli sehingga menjadi doh. Bentukkan doh menjadi geguli kecil. Leperkan sedikit dan isikan inti kacang dan tutup kemas. Bakar pd 180C selama 20 minit atau sehingga masak. Setelah itu, salutkan dgn gula aising.