Menu ulam yang sangat menyelerakan. Siapa nak awet muda?...mai la makan pegaga ni. Sedap tau disamping khasiatnya yang elok utk kesihatan. Kalau tak nak buat ulam, buat kerabu/urap pun sedap. Yang tak pernah mencuba lagi, try la sekali. Pasti nak lagi.
Resepi urap pegaga ni sangat mudah dan sangat sedap. Tapi sebelum tu, daun pegaga dan daun selom hendaklah terlebih dahulu direndam bersama air garam. Selepas itu, dibilas bersih dan dituskan sebelum disagat/diracik.

Bahan-bahan :
- 200 gm daun pegaga(diracik)
- 200 gm daun selom(diracik)
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan bakar
- segenggam udang kering
- 5 biji cili padi
- 2 sm halia muda
- 1 sudu makan jus limau kasturi
- sedikit kelapa parut (ambil putihnya)
- garam dan gula secukupnya
- Kupas kulit bawang bawang merah dan bawang putih. Satukan dgn udang kering dan halia di dlm kuali. Gorengkan tanpa minyak. Kemudian ditumbuk bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
- Gaulkan bahan2 tumbuk tadi bersama daun pegaga dan daun selom. Masukkan jus limau, garam dan gula. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan kacau sebati.
- Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment