Showing posts with label Laksa Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Laksa Sarawak. Show all posts

Thursday, February 09, 2012

Laksa Sarawak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Alhamdulillah...sekali lagi dapat bersiaran(meskipun terlewat) dgn entri yang rasa2nya dah banyak kali gaklah diulang tayang. Jangan ada yg jemu udah ler ye...hehe. DJ sebenarnya kan dari smlm lg nk buat laksa sarawak. Terubat rasa rindu...maklumlah...sejak dua menjak ni asyik terbayang2 je menu fav ni. Bilalah nk buat...berkali2 menatap pes laksanya...tak gak terbuat2..kena tunggu sampai seru lah kesudahannya. Ternyata dah sampai seru rupa2nya...hehe. Waduhh2!..mmg laaaazat sgt!...tak makan nasik satu hari pun tak apa...makan yg ini saja pun dah cukup dan mengenyangkan dgn ditemani udang2 kegemaranku...adehhh...tak terkata dgn  kesedapannya...heaven!!!

Resepi seperti biasa. Menggunakan RESEPI INI. Lengkap sekali dgn hommade pesnya. Kalau berminat bolehlah try ye. Cuma nasihat DJ la kan, sila guna santan yg ori ye, bkn yang dlm kotak tu. Barulah btl2 sedap. Tapi kalau tak ada pilihan, hentam sajalah labuuu...hehe. 

Eeh...DJ kopipes baliklah resepi tu ke sini..lagi senang kan...hehe. Jom layan!

Resepi Laksa Sarawak
by : DayangJack@DapurKu SaYang


Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/05/laksa-sarawak-resepi-ii.html#ixzz1lta6ENRC
Under Creative Commons License: Attribution



Monday, October 03, 2011

Laksa Sarawak ...terubat rasa rinduku


Mmg betul...kalau makan laksa Sarawak, mesti nak lagi dan lagi. Pasti ada yg mengidam dan rindu2an...hehe. Tu ler org kata...tak kenal maka tak cinta...belum cuba belum tau. Kalau dah cuba, mesti jatuh cinta. Itu pun bergantung pd kesedapan kuahnya. Sedap kuahnya plak b'gantung pd perencahnya..haa. Kalau perencah x sedap, maka tak sedaplah rasanya. Stkt nilah perencah yg biasa DJ guna ialah perencah/pes laksa Hj Manan. Mmg cukup rasa rempahnya. Tapi x bermakna pes2 laksa yg lain tu x sedap ye. Sedap tak sedap ni sebenarnya terlalu subjektif. Sedap pd tekak kita tp x sedap pd tekak org lain. Semuanya b'gantung pd citarasa masing2lah kan. :)

Biasanya kalau kehabisan stok perencah laksa ni, DJ akan buat pes sendiri..tu pun kalau larat. Tapi Alhamdulillah, sedap juga tau..mmg menepati citarasa DJ. Cuma bab2 nk merajinkan diri tu je yg payah sket...hehe. 

Oklah...laksa Srwk ni adalah menu yg dh lepas. Resepinya pun sebenarnya dah byk kali tayang. Tp saja2 nk buat promosi kot2 ada dlm kalangan pembaca di sini belum kenal lg atau belum pernah mencuba lg resepi masakan bumi Kenyalang ni kan. Kalau ada yg sudi nk cuba, bolehlah rujuk DI SINI ye. InsyaAllah resepinya lengkap dgn pes laksa (homemade), kuah, dan sambalnya sekali. Kalau dah ada pes yg instant tu jgnlah disimpan lama2 ye...marilah merajinkan diri...rugi kalau tak cuba...hehe.

perghhhhh!....sedapnyaaa!...kecur liurrr!

Terima kasih atas kunjungan anda semua....

Monday, May 16, 2011

Laksa Sarawak (Resepi II)






Bagi yg belum pernah makan laksa Sarawak ni, sila2lah cuba resepinya. Sekali makan mesti nak lagi dan lagi. Kalau tak dapat nak carik pesnya, bolehlah cuba buat sendiri. 

DJ dh lama gak tak makan laksa ni. Hari tu berangan2 nak makan...siap berangan dgn mek Sue tu lagi kat FB...hehe. Akhirnya tercapai gak hasrat di hati. Pas ni akan adalah siaran ulangannya. Jom layan resepinya. Sedaaaappp!


Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Friday, October 09, 2009

Laksa Sarawak

Salam...
Semalam betul2 tension disebabkan masalah yg sama...faham-faham je lah. Nak tak nak kena pinjam laptop hubby gak. Kebetulan dia tak guna sgt buat masa ni. Jadi, bolehlah dyg update n3 lagi....

Menu Laksa Sarawak ni dyg buat tengahari kelmarin sbg pengganti nasik. Sebelum ni dh 2 kali dyg berlegar2 kat kedai Deeja Mos (Ukay Perdana) semata2 nak rasa Laksa Sarawak tp mcm tak bukak je dan x ada orang langsung..maybe dia balik Sarawak ms tu kot...heheh..kebetulan masa tu bulan puasa.

Malas betul rasanya nak masak laksa ni tapi teringin sgt nak makan...akhirnya, kena buat juga bg memenuhi selera ni. Berbaloi gaklah membuatnya walaupun penat sikit sebabnya kena masak nasik dan lauk2 utk anak2 dulu..lepas tu barulah buat laksa ni pulak...mana tak letihnya...huhu

Haa...inilah kuahnya yg sungguh sedap dan beraroma tinggi....sesiapa yang tak pernah try lagi, patut sangatlah mencubanya...tak rugi pun...resepinya ada kat label tu atau cari kat MYR.

Sunday, April 05, 2009

Laksa Sarawak

Salam ceria & Happy Weekend!....dayang minta maaflah yer sebab terlambat reply msg2 yg ade kat chatbox tu. Hari ni, dayang x brp sihat, asyik sakit kepala je dr pagi td. Sebab tu lah offline skjp. Ni barulah lega sikit, dah makan ubat. Walau bagaimanapun, projek masakan tetap berjalan seperti biasa. Nak katakan Superwoman, taklah gak...hehe. Hanya buat yang termampu. Bak kata org Sarawak(kaum Iban), "Agik Idup Agik Ngelaban"....Selagi hidup, selagi itulah teruskan perjuangan/usaha...Hidup mesti diteruskan...Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...kira2 begitulah maksudnya.....Bercakap tentang pepatah org Sarawak, dayang dgn sukacitanya memperkenalkan semula salah satu makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Sarawak iaitu Laksa Sarawak. Bagi yang belum pernah melihat atau merasa makanan ini, di sini dayang postkan gambar-gambarnya sekali.


Tengoklah betapa indahnya sajian ini dgn dengan keunikan rasanya yang tersendiri...hehe, minta maaflah yer, dayang ni bukanlah pro, jadi gambarnya x berapa cantik. Sekadar memberi contoh...Yang pernah merasa makanan ini pasti setuju bahawa masakan ini mmg sedap dan unik. Ramuan serta rempah2nya yang menjadikan makanan ini berbeza dgn masakan laksa yang ada. O ya sebelum itu, jangan tersalah tafsir pulak. Sebenarnya, laksa yang digunakan bukanlah laksa tetapi bihun. Macam mana pulak tiba2 disebut Laksa Sarawak sedangkan bahan yang digunakan adalah bihun dan bukannya laksa? Kenapa tak dipanggil Bihun Sarawak? Soalan inilah yang sering ditanya oleh kawan-kawan serta keluarga sebelah suami dayang....jenuh juga nak menjawabnya...huhu...Anyway, kalau ia dipanggil Bihun Sarawak, agak kelakar sikit bunyinya, malah tafsirannya pun lagilah berbagai-bagai...Wallahualam, dayang masih belum dapat menjawab soalan itu dgn tepat. Nantilah...dayang akan tanya mak atau nenek tentang salasilah serta pengasas makanan ini.... :)

Kepada Lina_pg,...kalau nak tau rasanya mcm mana, kenalah cuba resepi ni dulu yer...hehe. Apa yg dapat dayang katakan di sini ialah rasa dan baunya mmg menyelerakan. Tapi x pastilah dengan selera tekak masing2. Setiap org ada taste tersendiri. Apa2pun, cubalah dulu. Belum cuba belum tau....hehe...


Beginilah rupa bahan-bahan yang disusun sebelum dituangkan kuahnya. Mula2, masukkan mihun, diikuti taugeh, isi ayam, telur, tauhu, udang, daun ketumbar, sambal dan perahan limau. Yang hijau tu ialah daun ketumbar, bukan daun sup yer...


Inilah rupa kuahnya....yummmmyyy!!!!
Resepi Laksa Sarawak boleh rujuk di sini


Ini pulak ialah sambal untuk kuah laksa. Bahan-bahannya terdiri daripada bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan, udang kering, garam, gula dan air asam jawa. Kalau nak makan kuahnya, tambahlah sikit sambal ni supaya rasanya lebih mengancam!...resepinya ada kat Sini juga.

Tuesday, February 10, 2009

Laksa Sarawak



Masakan terkenal di Bumi Kenyalang dlm versi dayang. Belum cuba belum tau. kalau nak tau, cubalah resepi ini.

  • 150 gm pes laksa Sarawak - kalau xde perencahnya, sila rujuk Homemade Pes Laksa Sarawak di Sini atau di Sini
  • 1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
  • 200 gm udang basah
  • 200 gm santan
  • 2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
  • 100 gm tauge (dicelur)
  • 3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus)
  • 1½ liter air
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
  • 1 helai daun limau purut
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)
  • utk sambal : 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara

  1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
  2. Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
  3. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  4. Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  5. Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
  6. Sedap dimakan ketika panas.
  7. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.


----------------
Now playing: Marc Anthony - My Baby You
via FoxyTunes