Showing posts with label western food. Show all posts
Showing posts with label western food. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Fish and Chips

Malam ni makan fish and chips. Dah lm simpan isi ikan dori dlm freezer. Berkeping2 banyaknya. Nak masak bukan main malas lg. Tapi entah tetiba ptg tadi terasa nk keluarkan jer. Habis gak kesemuanya. DJ buatlah dgn bahan-bahan yg ada. Yang penting, sedap! Anak2 pun suka. 

Jom makan!



Sempat gak buat coleslow sket. Kalau tak ada benda ni, rasa cam tak lengkap jer.

Pembetulan :
Ikan yg digunakan spt dlm gambar di atas adalah fillet ikan sutchi cap Giant dan bukannya fillet ikan dori. DJ slalu confuse time nk beli isi kedua2 fillet ni sb dijual dlm bentuk paket yg hampir sama tetapi berlainan brand. Harap maaf.

Saturday, April 24, 2010

Date Scones



Salam buat pengunjung semua....

Hari ni tak sempat nak tayang lauk apa2 sb sibuk dgn mcm2 hal. Lagipun menu biasa2 jer tu. Walau bagaimanapun, entri tetap ada walaupun lambat sket nak publish. Tetapi sebelum tu, terima kasihlah byk2 yer kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Kehadiran anda sudah pasti memeriahkan lagi suasana di dapur dyg yg selalu berserabut ni...pening2...asyik2 tukar langsir. Lepas ni mungkin nak tukar lagi kot...ada jer yg tak kena di mata...huhu.. Tapi kan kalau tengok free background kat internet ni mmg rambang mata dibuatnya...kalau boleh semua nak sambar...hihik.

Ok2lah...straight to the point. Entri kali ni dyg ingin share cerita dan resepi membuat skon (masa kecik2 dulu suka buat tapi yg kosong jer ler...hehe). Setakat yg dyg tau lah, ada 2 jenis skon. Pertama, skon titis atau in English 'dropped scone'...yg mcm dorayaki tu ler..dimasak dgn menggunakan kuali leper. Yang kedua, skon bakar...haa, yang mcm dlm gambar ni. Makanan ni mmg sgt2 popular kat negara2 Barat sana tu. Berdasarkan sejarah, scone asalnya adalah makanan  tradisi org2 Scotland, dan kemudiannya menjadi makanan popular di lain2 tempat seperti Ireland, England dan Amerika. Biasanya disajikan utk sarapan pagi atau minum petang..dan dimakan bersama krim, mentega, jem, madu dan sebagainya. Yang belum pernah makan skon ni mesti ingat benda ni adalah biskut kan. Sebenarnya, ia adalah sejenis kek  yang menyerupai biskut. Texture nya agak kasar dan kering. Berbentuk bulat dan kadang2 boleh juga dibuat spt bentuk square atau triangle. Bahan asas utk membuat plain scone adalah tepung, gula, telur, mentega, susu dan paling penting ialah agen penaik (baking powder). Untuk plain scone ini mmg kena perlu dimakan bersama jem atau krim atau kedua2nya sekali sb rasanya yg sedikit tawar. Selain daripada bahan2 asas tadi, bahan2 sampingan boleh juga dicampurkan sekali bagi menambahkan keenakannya. Antaranya termasuklah kismis, kurma, almond, chip coklat, prune dsbnya. 

Di sini dyg kongsikan resepi membuat scones versi campuran kurma.  Bagi sesiapa yg berminat, bolehlah mencubanya. Sedap dan mengenyangkan!

Bahan-bahan : 6 keping
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 30 g mentega sejuk/beku (dipotong kecil2) - boleh juga guna marjerin
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1-2 sb gula perang
  • 1/4 cawan kurma yg sudah dicincang/dihiris
  • secubit garam
  • 80-90 ml susu segar
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder di dlm bekas yg agak besar.
  2. Kemudian masukkan mentega dan garam. Gaul dan ramas dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula buah kurma tadi. Gaulkan rata2.
  4. Sementara itu, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan gula di dlm satu bekas dan kacau hingga sebati. 
  5. Tuangkan  ke dlm tepung tetapi pastikan ditinggalkan sedikit bakinya utk dibuat sapuan. Uli doh hingga tidak melekat di jari. 
  6. Canaikan doh dan teraplah sebanyak 6 bahagian.
  7. Susunkan skon di dlm dulang pembakar. Sapukan bahagian atasnya dgn baki susu tadi. 
  8. Bakarlah pd suhu 180C selama 20 minit  atau sehingga keemasan.
  9. Hidangkan panas2 dgn jem atau mentega. Nak makan gitu jer pun boleh.

Scone ini sedap dimakan panas2...bahagian luarnya rangup tetapi di bahagian dalamnya sedikit lembut.

Belah 2 dan sapukan jem atau butter di tengah2nya.....Sedaaapppp!

Saturday, March 13, 2010

Potato Wedges


Salam Sabtu.....

Kembali bersiaran....terlebih dahulu seperti biasa, tuan rumah ingin meminta maaf byk2 sb terlambat nak reply mesej serta komen anda semua....hari ni barulah ada kesempatan nak kemaskini n3 yg asyik2 tertunggak disebabkan kebizian yg melampau2..hehe (mcm ler busy sgt...hehe)...apa2pun, trm ksh yer kerana sudi singgah...sekurang2nya ada gak yg tolong tengok2kan rumah ni...Kak Zila66 contohnya, boleh jadi 'Mak Guard' tu...setiap masa dtg mengawasi rumah ni...ekeke...jangan marah yer kak, sebenarnya, dyg sgt2 berterima kasih kpd akak krn tak jemu2 datang ke sini dan tak jemu2 mencuba resepi2 dyg sejak dulu2 lagi...psstt!..teringat dyg akan ayam goreng berlada hitam tu yg hampir setiap hari akak memasaknya demi anak2...hehe...

Oklah, n3 ni sepatutnya dyg post hari Khamis lepas tapi memandangkan si Princess tak sihat, dyg tangguhkan dulu. Hari ni barulah dapat post. 

Sangat rangup kentang ni tau...guna tepung tempura. Hanya perlu celupkan saja ke dalam tepung tu dan goreng sehingga keemasan. Memang sedap cecah dgn sos cili dan mayonis....krap! krup! krap! krup!....tak sedar pinggan dah licin....hehe....


Resepinya sangat mudah. Tapi kalau tak ada tepung tempura yg instant tu, boleh juga buat sendiri. Cuma perlu mix kan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, garam, gula, lada sulah/serbuk lada hitam, air sejuk dan telur(jika perlu). Pastikan batter betul2 sejuk. Lepas tu bolehlah celupkan kentang tadi dan goreng seperti biasa.

Bahan-bahan :
  • kentang secukupnya (dipotong wedges)
  • tepung tempura
  • air sejuk secukupnya
  • sos cili dan mayonis
Cara-cara : satukan air sejuk bersama tepung. Kacaukan sebati. Kemudian, ambil kentang yg sudah dipotong dan celupkan ke dalam adunan/batter  tadi. Gorenglah hingga keemasan. 

Sunday, March 07, 2010

Prosperity Burger

 Salam rinduuu.....

Satu hari tak jenguk blog sendiri rasa cam tak lengkap jer kerja seharianku...hehe. Nak wat mcm mana kan...busy  katakan....ni pun tengah masak, sempat pulak  mengepos n3 yg sepatutnya kena post mlm tadi. Alahai, asyik 'wrong timing' jer....huhu. Tak mengapalah, janji dapat publish kan...

Oklah, layan dulu apa yg ada ni. Prosperity burger sedap! Hari tu jeling-menjeling kat rumah Hana n Kak Jeni. Thanks for sharing this recipe...mmg sedap!....dayang tambah sos cili sikit pd sos lada hitam tu nak kasi lebih ummphh!!...hehe.
 Hana, akak CNP resepinya di sini eh. Hana tak jawab lagi akak dah say 'Thank You'....hehe.

Prosperity Burger
Source : k.jeni & hana
Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
  • 1 sudu besar sos cili (i added)
Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris. 

Sunday, December 06, 2009

Pancake....lagik!!


Buat lagi utk minum petang pulak. Sekali lagi guna resepi Chef Hajar. Kali ni guna susu segar. Tapi ikhlas dyg bagi pendapat yer...memang ada kelainan dari segi kelembutannya dan kegebuannya. Kalau nak tau macam mana tu, cubalah sendiri. Apa2pun pancake ini mmg best! Rugi tau kalau tak cuba...terima kasih kasih sekali lagi kpd Kak Nor dan Pn Hajar kerana sudi berkongsi resepi.

Pancake ni dyg prefer buat nipis2. Dulu2 pun selalu gak buat tapi pancake melayu ler...heheh. Resepi pun main belasah aje tapi sedap juga. Ada yang bertanya, dyg guna skil apa nak bagi pancake ni mulus2 gitu...ye ker?? heheh...tak ada skil2 lah. Panaskan mcm biasa je ni. Cuma guna api paling kecil ler kalau nak bagi warna sekelilingnya sekata dan yang paling penting, time nak panaskan pancake ni, jangan terbalikkan berkali2. Cukup Sekali Sahaja. Itu aje....hehe.

Mungkin juga bergantung pada jenis pan (kuali non-stick) yang digunakan. Ini sekadar pendapat dyg je tau...maklumlah, dyg ni bukanlah pakar sangat. Kena bertanya yang lebih arif...hehe. O ya gambar kat atas tu Pancake yg digandingkan dgn Hershey's Syrup. Ni anak2lah punya style. Makan gitu jer pun sedap juga.

pancake yang sedap mandi wap.... :)

Dyg kopipes resepinya di sini yer utk rujukan bersama. TQ.


Pancake (Chef Hajar)


3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder (DJ x letak pun)
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam (DJ letak lebih sikit sb nak cukupkan rasa)

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit** (DJ skip step ini)
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (DJ akan tunggu sehingga permukaannya dah tak cair barulah diterbalikkan)
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

Saturday, December 05, 2009

Pancake

Pagi tadi sempat buat pancake. Barulah kesampaian hajat di hati nak buat sejak skodeng umah Kak Nor Ganu ari tu...hehe. Resepi asalnya ialah Chef Hajar. Resepi ni dyg buat 1/2 adunan jer memandangkan anak2 dah bersarapan KFC yg dibeli oleh mak sedara dia orang. Apa-apa pun pancake ni mmg sedap dan lembut. Cuma taklah secantik yang chef2 ni buat. Oleh kerana terlupa nak beli susu segar, dyg gantikan dgn bancuhan susu tepung...hehe..nasib baik ada susu tepung budak. Kalau tak, pasti tertangguh lagi. Thanks ya Chef Kak Nor & Chef Hajar. Lain kali boleh buat lagi. Boleh tengok resepinya DI SINI atau DI SINI.