Showing posts with label nanas. Show all posts
Showing posts with label nanas. Show all posts

Sunday, October 18, 2009

Catni Nanas

Salam......
Selamat beriadah dan bercuti pada hujung minggu!!!...dan Selamat Menyambut Hari Deepavali kpd semua yang beragama Hindu dgn iringan ucapan semoga bergembira dan ceria selalu di samping keluarga dan teman2 tersayang....

Hari ni barulah ada 'feel' sikit nak update blog setelah 2-3 hari ni asyik berlegar2 je kat umah member. Entah kenapa jari ni terasa malasss sgt nk menaip. Mungkin juga disebabkan kesibukan menguruskan hal2 rumahtangga esp melayan karenah anak2...sedikit sebanyak mempengaruhi mood utk berblogging. Tapi,...biasalah tu kan...hehe...

Apa2pun terima kasih sekali lg dyg ucapkan kpd rakan2 yg sudi tinggalkan jejak dan juga yg telah menghantar emel kpd dayang, thanks. InsyaAllah, dyg akan membalas emel anda secepat mungkin.

Oklah...semalam dyg sempatlah juga mengambil gambar menu tengahari tapi tak kesemuanya dyg akan tayang di sini yer sb menu tu dah berulangkali masuk n3. Jadi, tak perlulah rasanya. Kali ni, dyg nak kongsikan resepi paling mudah lagi sedap esp kalau ada nasi minyak atau nasi beriani iaitu catni nenas. Adik beradik acar nenas tetapi cara membuatnya ada sedikit kelainan.

Catni nenas ni sgt sesuailah dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani dgn lauk2 kurma atau kari. Walau bagaimanapun, dgn nasi putih pun ok juga. Dyg tak kisahlah, janji sedap.

Bagi penggemar nanas yang belum pernah mencuba catni nenas ni, cubalah resepi ini. Pasti anda suka.

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nanas sederhana (dihiris kecil2)
  • 4-5 sb gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1/4 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk dan masak hingga kuahnya pekat.(tak perlu masukkan air). Barulah ditaburkan dgn sedikit kismis jika suka.

Monday, April 13, 2009

Pajeri Nanas

Salah satu sajian untuk hari ini yang agak lama juga dayang tak masak. Kalau dapat nanas Sarawak lagilah best. Tapi kalau kat kampung, tak perlulah nak beli sebab ayah mmg ada tanam nanas. Kebunnya agak luas juga. Kadang-kadang ada orang mintak, kadang-kadang orang beli, kadang-kadang ada orang curi.....begitulah lumrah kehidupan...:)

Pajeri Nanas

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nanas saiz sederhana (dipotong ikut suka)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging Adabi (brand lain pun ok - dijadikan pes)
  • rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 sudu besar pati santan
  • air secukupnya
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis rempah diikuti bahan-bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.
  3. Masukkan nanas. Kacau. Masukkan air secukupnya. Biarkan merendidih seketika.
  4. Masukkan santan, kerisik, garam dan gula. Lebihkan sedikit gula.