Showing posts with label tiramisu. Show all posts
Showing posts with label tiramisu. Show all posts

Monday, July 04, 2011

Tiramisu Lapis Strawberi

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dpt gak mengadap komputer masa ni. Untuk entri makan2 nasik beriani tadi tu akan DJ update kemudian yer. Nak bagi laluan utk entri ni dulu. Takut nanti terlupa...ngeee.  Sebenarnya dari minggu lps lg nk makan tiramisu bubuh strawberi tp setiap kali nk prepare bahan, pasti ada jer bahan x cukup. Padahal resepinya ringkas jer kan...hehe. Ari tu si Mr Hubby belikan whip topping yg tak biasa DJ guna. Putar punya putar tak menjadi plak hasilnya...mmg tak puas hatilah. Apa yg tak kena tak taulah. Pas tu, DJ ingat nk pergi beli sendiri..beli yg jenama yg dh biasa pakai. Tp rasa malas plak nk drive ke kedai Bagus semata2 nk carik benda lah tu. Last2 pakai jelah apa yg ada nih. Lagipun buah strawberiku semakin nak 'menapause'..adehh... Kena buat cepat2 nih....Biarpun tak puas hati dengan hasilnya tp sedap tetap sedap!....

Actually ada satu lagi tiramisu yg betul2 DJ idamkan tp jauh bezanya dengan versi yg ni. Kena tunggu sampai seru baru leh buat...hehe. Tiramisu apa??...tungguuuuu... :)

Jom layan dulu resepinya yer. Terima kasih kpd yg sudi meninggalkan komen dan kpd yg sudi berkunjung ke sini. DJ hargai sgt2. 


Tiramisu Lapis Strawberi
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 200 ml whipping cream / whip topping
  • 250 g cream cheese
  • 1/4 cawan gula aising / gula kastor
  • lady fingers / biskut tiramisu secukupnya
  • 1/2 cawan puri strawberi
  • 1 cawan air nescafe panas
  • serbuk koko / serbuk matcha/green tea powder untuk hiasan
  • buah strawberi untuk hiasan
Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream / whip topping hingga kental dan gebu. Ketepikan.
  2. Dalam bekas berlainan, pukul krim keju hingga putih dan kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
  3. Satukan no 1 dan no 2. Sebatikan. 
  4. Sediakan bekas yang bersesuaian, celupkan biskut tiramisu ke dalam air nescafe dan susunkan ke dalam bekas tadi. Kemudian, ratakan dengan sedikit adunan krim tadi. 
  5. Ratakan pula di atasnya dengan puri strawberi. 
  6. Kemudian susunkan di atasnya dengan biskut yang sudah dicelup dengan air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dengan lapisan krim.
  7. Tutup bekas dengan cling wrap / plastik dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
  8. Semasa hendak menghidang, taburkan serbuk koko atau serbuk matcha dan hiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Lepas ni...jangan termuntah hijau plak yer kalau DJ tayang entri hijau lagi...ahakss....

Tuesday, January 18, 2011

Easy Tiramisu


hehe...ignore jer tiramisuku yg sememeh ni...mmg sengaja dibuat sememeh mcm ni sb nak cepat. Main cedok ngan sudu jek...huhu. Sakit mata gak nengok tapi...ada kukesah?...kesah gaklah sket2....kalau rajin nanti tayang gambar baru...tu pun kalau rajinlah kan...heheh. 

Nilah tiramisu sebelum kejadian. Kena disejukkan dulu lbh kurang 7-8 jam. Lepas buat lady finger tu, terus buat yg ni. Entah kenapa terlebih rajin plak mlm tadi padahal dah letih teramat2 sgt....huhu. 

Tak susah nk buat tiramisu ni. Kalau ada bahan seperti krim keju, whipping cream, gula, air nescafe dan biskut atau kek, semuanya boleh jadi. Sedap tak boleh nak cakaplah. Kalau nak resepinya, boleh rujuk kat dapur umi e di myresipi.com yer. Senang sangat. Resepi Tiramisu beryogurt pun sedap. Ada di SINI resepinya. bagi yg teringin nak buat biskut tiramisu aka lady finger sendiri, bolehlah mencuba resepinya di SINI. semoga sukses!


Update :

Tiramisu
sumber : umi e

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Saturday, February 20, 2010

Tiramisu Beryogurt


N3 ni dah lama berlalu (tak sempat nak publish)...habis sudaaah!...hanya tinggal gambar2nya jelah sebagai kenangan sepanjang zaman...hehe. Jadi, jangan ada pulak yg meminta2 yer...sorryyyy....hehe

Italian dessert ni mmg best dan sedap!...Tapi  kalau ikut selera anak tekak ni, dessert jenis ini tak boleh nak dimakan selalu atau makan byk2 pd satu masa....sebabnya cepat rasa muak. Mungkin juga disebabkan gabungan krim dan keju yg menyebabkan tekak ni cepat rasa muak. Tak pastilah pulak dgn selera orang lain. Yang pastinya, si anak2 ni tak jemu2 makan keju. Kalau beli yg sliced cheese tu tak sampai satu hari dah habis diratah mcm tu jer...kita pulak yg terasa muak dibuatnya...hihik.

Berbalik cerita pasal tiramisu ni, kali ni dyg adunkan keju bersama plain yogurt tanpa menggunakan whipping cream/heavy cream...sekadar nak bg kelainan pada rasanya. Manakala lapisannya pulak, dyg hanya guna biskut marie (instead of lady finger biscuits) yg dicelupkan bersama air kopi dan nampak tak lapisan bawah sekali tu???...itulah belen Kek Coklat Tanpa Telur....hehe.....tak kisahlah  kan...apa2 jenis kek pun ok. Janji dapat hasil yg diingini dan yg paling utama ialah tiramisu ni memenuhi selera anak tekak. Lagipun, resepi atau bahan2 yg digunakan utk membuat tiramisu ni sgt mudah dan senang nak prepare.

Sememangnya, tiramisu boleh dipelbagaikan mengikut citarasa serta keperluan masing2. Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai sejarah tiramisu, jom baca  DI SINI.


Bahan-bahan : untuk loyang kecil
  • 250 g cream cheese
  • 100 g butter 
  • 100-150 g plain yogurt ( yg berperisa pun boleh)
  • 1/3 - 1/2 cawan gula icing
  • biskut Marie secukupnya (biskut manis yang lain pun boleh)
  • Kek span atau apa2 jenis kek yg disukai
  • air kopi suam
  • serbuk koko @ serbuk coklat @ serbuk kopi (utk saduran) - DJ guna serbuk coklat
 Cara-cara :
  1. Putar keju bersama butter, gula dan yogurt sehingga kembang dan gebu.
  2. Sediakan bekas yg bersesuaian.
  3. Susunkan kek dgn kemas (nak buat lapis2 pun ok tapi DJ buat satu lapisan shj sb kek tak cukup). Siramkan sedikit dgn air kopi.
  4. Kemudian ratakan krim keju tadi pd permukaannya dan susunkan biskut secukupnya. (Celupkan biskut ke dalam air kopi sebelum disusun jika suka). Jika anda menggunakan biskut jejari Italian, pastikan ia direndam bersama air kopi terlebih dahulu.
  5. Tuangkan sedikit air kopi pada lapisan biskut tadi supaya ia betul2 serap. Kemudian ratakan lagi krim pada lapisan biskut.
  6. Ulangi proses hingga habis. Tutup kemas bekas tersebut dgn alas lekap/kertas plastik dan sejukkan sekurang2nya 4 jam atau dibiarkan semalaman.
  7. Taburkan serbuk koko/serbuk kopi/serbuk coklat sebelum dihidangkan.

Sedaaaapppp!