Tuesday, June 30, 2009

Fried Chicken With Lemon Sauce

Menu ayam lagik!!....hehe. Actually, masak utk si Prince n Princess. Dah tu lauk favorite die org, masak je lah. Tapi yang ni x susah nak buat. Cepat dimasak sedap dimakan. Kalau ikutkan hari ni nak masak kurma, tapi malaslah pulak nak kopek2 bawang segala bagai. Kita buat yang ringkas. Cuma ada satu perkara lagi x siap ni. Kek coklat. Si princess tu lah. Dari semalam lg nak kek coklat. Tak larat lak nak masak kek coklat ni. Bukan ape, bdk2 ni suka mkn benda2 manis, dh banyak sgt. Tak elok utk kesihatan. Tapi dyg ni jenis mudah terkilan dan tersentuh jika anak2 x dpt apa yg die org nak...last2 buat jugak.

Ape2pun, akan kubuat jugak kek tu nanti. Bersabar ajelah....Ok. Dah habis cerita kek tu. Berbalik psl ayam sos lemon ni. Dayang selalu gak masak ayam dgn sos lemon. Cedok resepi cedok resepi tu dr majalah. Tapi kali ni, ikut versi sendiri plak. Sedap gak kalau ikut selera tekak ni.

Jom kita layaaaaaaannnnn!.........

Bahan-bahan :
  • 300 g isi ayam (dipotong2, disalut dgn telur dan tepung goreng adabi/serbaguna/tempura dan digoreng keemasan)
  • 100 ml campuran jus lemon dan jus oren mandarin
  • 1 biji lemon (dihiris)
  • 1 sudu makan madu
  • sedikit garam dan sedikit gula
  • 1 sdt tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Cara-cara :
  1. Satukan jus lemon/oren tadi bersama gula, garam dan madu di dlm periuk. Panaskan api. Kacau sos td rata2.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau lagi hingga masak.
  3. Siramkan sos td ke atas ayam goreng td dan hiaskan dgn hirisan lemon.

Fried Egg Tofu

Satu lagi masakan ringkas lagi berkhasiat. Bagi sesiapa yang sibuk bekerja, bolehlah mencuba resepi ringkas ini. Bukan setakat mudah dan berkhasiat, malah enak dimakan. Anak2 kecilpun pasti menyukainya jika kita pandai tackle. Selamat mencuba!


Bahan-bahan :
  • 2 bungkus egg tofu/tauhu telur (dipotong)
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1/2 sdt lada sulah
  • sedikit gula (1 sdt)
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Celupkan tofu ke dlm telur dan gorengkan hingga keperangan.
  2. Untuk kuahnya, satukan tepung jagung bersama gula, garam, lada sulah bersama air. Kacaukan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan campuran tepung td dan masak hingga kuahnya pekat.
  3. Hidangkan bersama egg tofu.

Sayur Rebus (Kulit Tembikai)

Salam....

Kalau makan tembikai, kulitnya jangan dibuang. Boleh dibuat sayur air/rebus. Sedap tau. Cara nak masaknya pun senang je. Mula2 buangkan/kupas kulit hijaunya, selepas itu, potonglah ikut suka mcm yang dlm gambar ni. Kemudian, bersihkan. Didihkan air secukupnya di dlm periuk. Sementara itu, tumbuk sedikit bwg merah, bawang putih, sedikit lada hitam dan sedikit ikan bilis. Masukkan ke dlm air mendidih td. Lepas tu masukkan kulit tembikai dan perasakan dgn garam. Dah siap. Mudah, kan?...Hidangkan dgn nasi panas pekena dgn ikan goreng/ikan masin....memang menyelerakan!

Monday, June 29, 2009

Ayam Masak Padang

Ok, last n3 utk hari ni...agaknya...hehe....menu sedap utk lunch tadi. Berselera sungguh makan ayam masak padang ni. Tak dapat pergi ke Padang, dapat makan masakan Padang pun jadilah...hehe, ni pun buat ikut versi sendiri.

Bahan-bahan :
  • 1/2  ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.

Kek Batik Marie

Ni lagi dasyat....keluar je dr fridge(malam td), bdk2 tu terus ambik pinggan... x sabar2 nk makan. Selalu gak buat benda alah ni tapi selalu je x sempat nk menjamah....hmmm, nampak gayanya aku ni sentiasa jd pengalah.... :)... sorilah, hanya dpt pose satu gambar je sb x sempat nk touch up dan posing sexy2... tu je lah yg tinggal. Itupun dh kena ngap sebaik je lps posing....huhu...O ya, kek batik marie ni resepinya main campak2 jer. Lepas buat, kena bekukan dulu supaya keras. Time nak potong tu, ia akan melt perlahan2 mcm aiskrim. Budak2 suka sgt.

Di sini dayang sertakan salah satu resepi kek batik marie dlm versi sendiri.

Bahan-bahan :
  • 100 gm mentega (dipotong kecil2)
  • 600 ml susu segar
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan koko
  • 1/2 cawan serbuk biskut coklat
  • 1/2 sb coffee emulco
  • biskut marie secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan semua semua bahan di atas kecuali biskut marie ke dlm periuk. Jerangkan dgn api perlahan. Kacau hingga likat. Sejukkan sebentar stlh masak.
  2. Sediakan loyang. Tuangkan adunan coklat tadi ke dlmnya dan lapiskan dgn biskut marie. Ulangi sampai habis.
  3. Bekukan di dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Puding Oreo

Salam semua....
Untuk n3 hr ni dyg mulakan dgn projek puding memuding...hehe. Si kecik mmg gemar sgt makan puding esp yg ada coklat tapi kekadang tu malas ler nak layan kalau hari2 nak puding. Tak laratlah dibuatnya....Semalam dyg buat puding sunkist tp sorilah x dpt nk publish kat sini sb x sempat pun nk ambik gambar...budak2 dh sambar dulu....next time je lah yer....so, pg td sempatlah sekali lg buat puding simple ni. Ilham dr majalah dan diubahsuai ikut versi sendiri. Yang penting, bdk2 suka. Mamanya kurang sikit bab2 mkn puding ni. Kalu suka pun, tgk keadaan...hehe.

Puding ni sedap kata bdk2 tu. Dayang buat 2 bekas utk 2 org tu supaya x bergaduh...x berebut2. So, layan je lah yer...

Bahan-bahan :
  • 500 ml air
  • 3-4 keping biskut coklat oreo dijadikan serbuk (ditumbuk/dikisar)
  • 200 ml susu segar
  • 7-8 sb gula pasir
  • 1 1/2 sb serbuk agar-agar
  • 2 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sdt esen vanilla
Cara-cara : Larutkan kesemua bahan di atas (kecuali serbuk biskut oreo) di dlm satu periuk. Didihkan sehingga ia pekat. Apabila sudah masak, tutupkan api. Masukkan serbuk biskut td dan gaulkan. Tuangkan ke dlm bekas yang bersesuaian dan sejukkan.

Sunday, June 28, 2009

Tauhu Goreng/Bakar Sos Madu + Nanas

Satu lagi menu specialku hari ini. Tak makan dgn nasik, tapi main ratah jer. Dah habis yer...sori...hehe. Jamu mata jer lah yer, Lina :D



Bahan-bahan :
  • 2 keping tauhu (dibakar @ digoreng)
  • 4 sudu makan madu + 70 ml air
  • sedikit nanas (dihiris dadu)
  • sedikit kapsikum (dihiris dadu)
  • 1/2 labu bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu makan kicap masin/manis
  • 2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali dgn api sederhana. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan kicap dan madu. Sebatikan. Kemudian, masukkan hirisan nanas dan kapsikum. Kacau lg. Masukkan sedikit garam jika perlu dan akhir sekali masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh tadi. Boleh tambah air jika perlu. Setelah masak, tuangkan ke atas tauhu bakar/goreng tadi. Hidangkan.

Ayam Goreng Madu Berempah

Hari ni masak ayam madu. Bukan selalu pun...sekadar memenuhi selera yg dh lama kepingin sgt nak rasa ayam madu. Dulu, dyg suka beli jer kat Kampung Attap. Memang sedaplah ayam madu kat situ. Lepas kawin, hubby suruh masak sendiri...padan muka aku!...hehe

Resepi ayam madu ni pun ikut versi sendiri. Yang penting, anak2 suka.

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • garam
  • 3 sudu besar madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu makan gula melaka/gula merah
  • sedikit bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, 2 sudu makan cili kering kisar dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili kering td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
  4. Hidangkan panas2 setelah masak.

Mee Kolok

Menu utk dinner mlm tadi. Baru sempat nk upload. Dah lama gak x buat mi ni. Bila dpt mkn sekali sekala mmg berseleralah x dpt nk bayangkan....o ya, lupa nak cakap. Sebenarnya, plan last minute selalunya x cukup bahan. Nak tau apa dia?...mi sanggul. Oleh krn, dyg dah buat sup dagingnya, mahu x mahu, dyg guna mi instant (mee Cintan) tp serbuk karinya x pakailah...guna mee nya jer. Apa2pun, layannnn......

Mee ni mmg special sb dyg dah adaptasi ikut versi sendiri. Boleh dimakan dgn berkuah atau biarkan kering shj. Dua2 sedap especially daging & sambal cilinya.

Sape yg x pernah try lagi, cubalah sekali. Tak rugi pun...hehe. Boleh ambik resepinya di Sini

Saturday, June 27, 2009

Kuih Buah Melaka

Jom kawan2...kita minum petang....ayokk!!!!...hehe...HaSue, malu nk tanya ni...kat Srwk panggil apa yer kuih ni??...hish!...den dh lupo..hehe...al maklumlah, dh lama berhijrah....jangan marah ya bukk....(hish, kena buang negeri nih!!...buat malu jer)....


Bahan-bahan : tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan, pewarna hijau, kelapa parut, gula melaka.

Breakfast pagi Sabtu

Salam semua.... pagi ni breakfast yg biasa jer. Sorang nak breakfast tu, sorang nak breakfast yg ni last2 buatlah semua....so utk lunch xde menu sb dah kenyang dgn makanan segala bagai. Petang nanti x tau lagi....tunggu jer lah kot2 ade new n3...hehe


So, ari ni buat banjo. Sebenarnya nak perhabiskan roti burger tu...dh nak expired. Beef & chicken burger ada tapi malaslah nak masak, jemu dah kot...si princess plak nak makan mushroom soup tapi cendawan lak xde. So, dyg buatlah cream soup dgn menggunakan stok yang ada. Cream soup ni x pakai krim, tapi susu segar diadun dgn stok ayam, tepung gandum, lada sulah, lada hitam, mentega, daun pasli dan garam. Jadilah krim soup. Yang penting rasanya sedap lbh2 lagi ada roti perancis. ok lah tu. Tak buat banyak pun, sekadar nak memenuhi kehendak princess.... :)

Last but not least, buat nasi lemak sikit. Jom, kita makan! Eh, dah tengahari lah....hehe....

Thursday, June 25, 2009

Nasi Goreng Nanas


Salam semua.....
Alhamdulillah....dapat gak masuk n3 mlm ni walaupun terlambat sikit. Satu n3 cukup x ni?...oklah tu dp xde langsung....hehe. Anyway, menu nasi goreng ni dyg buat utk santapan malam. Lama gak rasanya tak makan nasi waktu mlm. Puas gak memikirkan nak masak apa. Last2 masak nasi goreng nanas. Lagipun stok nanas ada lagi. Sebelum menjadi busuk, baik dimasak jer. O ya sebelum tu, dyg ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada award & tag dp rakan2 blogger x sempat dyg ambik buat masa ni disebabkan masalah server dan jg masalah teknikal. InsyaAllah, jika dh ok nanti, dyg akan ambik...harap jgn ada yang berkecil hati ke, marah ke, menangis ke...hehe...haraplah diampun, ok.... :)

Berbalik semula ke menu nasi goreng ni....sebenarnya dyg amat menggemari masakan Thai ni. Sebab kebanyakannya kena dgn selera tekak (seperti yg tlh dyg nyatakan sebelum ni)....Jadi, antara masakan favorite ialah nasi goreng nanas. Memang sedap dan menyelerakan. Bg sesiapa yg belum pernah merasa masakan ni, cubalah sekali. Gerenti nak buat lagi lepas tu.


Ok, di sini dyg sertakan resepinya mengikut versi sendiri yer. Kalau berminat, boleh la cuba. Nak adjust pun boleh.... Maka dengan itu, Selamat Malam!....

Bahan-bahan :
  • 2 pinggan penuh nasi putih/sejuk
  • 1 potongan nanas (dihiris dadu)
  • sedikit udang basah
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1-2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 susu makan stok ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 2-3 biji cili padi (diketuk)
  • 1 biji telur
  • sedikit kapsikum/cili benggala (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit tomato (dihiris dadu)
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • sedikit daun ketumbar/daun sup/daun bawang(dihiris)
  • garam secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bwg merah, bwg putih hingga terbit bau. Masukkan cili kering kisar dan serbuk kunyit. Kacau lagi.
  2. Masukkan udang, sos tiram, telur, kicap, stok ayam dan nasi. Kacau rata2.
  3. Masukkan cili merah, cili padi, kapsikum, tomato dan nanas. Perasakan dgn garam. Biarkan ia masak dan setelah itu, hidangkan di dlm pinggan serta taburkan daun ketumbar/daun sup/daun bawang.
Selamat menikmati juadah yg menarik lagi sedap ini!!!......

Wednesday, June 24, 2009

Tempe Goreng Rangup

Ringkas, sedap dan rangup!..... makan dgn nasi panas, lagilah bertambah2 seleraku...maklumlah semalam x makan nasik...hari ni makan berpinggan2...nasib baik x makan pinggan...heheh. ape2 je lah..:)

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus tempe (dihiris nipis dan digoreng garing)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • gula melaka secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit bijan (disangai)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga kering.
  3. Masukkan gula melaka, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
  4. Masukkan tempe goreng tadi dan gaulkan. Tutup api.
  5. Taburkan bijan semasa menghidang.

Tumis Pegaga

Menu berkhasiat buat santapan tengahari td.

Bahan-bahan :
  • 50 gm pegaga (dibersihkan dan dihiris)
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • sedikit halia*
  • 1-2 biji cili api*
  • 1/2 genggam ikan bilis*
  • sedikit sos tiram
  • minyak utk menumis
Cara-cara : Tumbuk kasar bahan2 bertanda *. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Akhir sekali masukkan pegaga. Kacau hingga masak.

Tuesday, June 23, 2009

Tauhu Kukus Sos Pedas dan Salad Ayam Kentang

Menu utk lunch td. Hari ni x makan nasik. On diet. Jadi, dyg masak tauhu kukus bersama salad. Untuk anak2 cam biasa...lauk ayam dan sayur campur.

Kalau sebelum ni, dyg masak tauhu kukus dgn sambal udang kering. Kali ni masak spicy sauce lak. Actually, taklah pedas sgt. Sekadar utk memecahkan lemak2 yang ada ni, oklah tu...hehe...Resepi rekaan sendiri gak ni. Tabur bijan sikit, memang best dan mengenyangkan.

Bahan-bahan :
  • 1 keping tauhu lembut (dikukus)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk kasar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit bijan (disangai)
  • sedikit air
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga kering. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah masak, siramkan di atas tauhu dan taburkan bijan.

Salad ni pulak xleh nk cakaplah.....memang sedaaaaaaaaaap! Bila dah kenyang, x terfikir pun nak makan nasik.....ape2pun salad dan tauhu kukus dh habis yer...x dpt nak jamu kawan2 semua. Kalau nak jugak, buatlah sendiri, ok....hehe

Bahan-bahan : (utk seorang)
  • 1 biji telur rebus (dibelah 4)
  • 2 biji kentang kecil (direbus dan dihiris dadu)
  • daun salad secukupnya (dihiris jika suka)
  • sedikit isi ayam (dihiris nipis)
  • sedikit sos cili dan sos tiram
  • 2-3 sudu makan mayonis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan jus lemon
Cara-cara : Gorengkan ayam dgn sedikit mentega/marjerin sehingga garing. Masukkan sos tiram, lada sulah, sos cili dan sedikit air. Masak hingga pekat. Kemudian gaulkan bersama semua bahan di atas. Hidangkan.

Monday, June 22, 2009

Kek Lapis Alwani



Ooopps!...ada lagi rupanya....tgh demamlah ni...demam kekkkk!...hehe. Buat tgh malam tadi...biasalah, time dekat2 nk raya ni dyg mmg suka bermain dgn kek.. kira testinglah ni. Buat dgn loyang kecik dulu. Then, kalau jadi, raya nanti buat yang besar plak. Memang x menghampakan...Alhamdulillah....menjadi gak. Lembut dan sedap. Bahan-bahannya pun x keterlaluan dan tak menyusahkan.

Setelah seharian memikirkan nama yg sesuai utk kek ini plus undian dan cadangan ramai, maka dengan ini diumumkan bahawa kek ini diberi nama "Kek Lapis Alwani" (Alwani bermaksud 'warna-warni'). Terima kasihlah atas cadangan rakan2 yang disayangi sekalian....kpd Puan Hana yg jauh di sana,...tq so much for trying dis recipe... really appreciate it!.. :)

Resepi istimewa ini dyg ingin kongsikan bersama anda semua. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin / mentega
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

Masak Lemak Udang Daun Kunyit


Hari ni sebenarnya x plan pun nak masak udang. Tapi bila tnmpak udang satu tupperware di dlm peti ais, hah, apalagi...jalanlah projek last minute...hehe (bila masa lak hubby beli udang ni???).... Kali ni, buat masak lemak versi sendiri.. taruh daun kunyit sikit... mmg bestlah dgn aromanya yang membangkitkan selera si penggemarnya....


Bahan-bahan :
  • 500 g udang
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 5 biji cili padi*
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • santan secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara : Kisar bahan2 btanda *. Masukkan ke dlm periuk dan jerangkan api. Masukkan santan, daun kunyit, udang dan asam gelugur. Perasakan dgn garam dan gula.


Pucuk Paku Goreng Belacan

Menu sayur paku hari ni.....sedapnyaaaa!....alahai, rindulah nak rasa sayur midin....HaSue, tolong pos!!!!..... :D

bahan-bahan :
  • 1 ikat pucuk paku (dibersihkan)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • 2 biji cili api (ditumbuk)
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit garam
  • air
cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Masukkan sos tiram. Masukkan sayur paku dan sedikit air. Tambah garam jika perlu. Kacau hingga masak.

Sunday, June 21, 2009

Ketam Masak Merah

Sesekali makan ketam mmg best!...Maka, inilah santapan kami sekeluarga lunch td. Mintak maaflah yer, lauk ni dh abis...licin xde satu pun yg tinggal.... Yang ada ni hanyalah gambar utk kenang-kenangan shj....hehe.

Anak-anak n hubby paling suka kalau ketam dimasak cara ni. Kadang-kadang masak lemak cili api. Tapi kalau nak pilih ketam, pilihlah yang betina. Banyak isinya dp yg jantan. Ketam ni jenis ketam bunga. Semuanya betina. Tapi masih x cukup gak utk si montel tu...hehe. Berminat nak cuba, boleh la copy resepi ni yer.... Have a Nice Weekend n Happy Father's Day!

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ketam (dibersihkan, dipotong dan direbus)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 2-3 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb air asam jawa
  • sedikit gula dan garam
  • bahan hirisan : cili benggala, cili merah dan daun sup.
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan cili benggala, cili merah, gula, garam dan air asam jawa.
  4. Akhir sekali, masukkan ketam yg tlh direbus td dan gaulkan. Boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.
  5. Hiaskan dgn daun sup stlh masak.