Showing posts with label Pulut Kuning. Show all posts
Showing posts with label Pulut Kuning. Show all posts

Monday, March 07, 2011

Pulut Kuning Express dan Ayam Kashmir


Sesekali makan pulut kuning memang best! Biasanya kalau ada pulut kuning, DJ akan masak rendang ayam/dagingnya sekali. Kalau tak pun dengan sambal ikan bilis. Tapi kali ni nak ubah selera sket. Try ayam kashmir pulak. Ternyata sedaaapp! ...DJ buat berkuah sket. Anak2 pun suka. Yang sorang tu tak usah cakaplah, mmg berselera habiss...hehe.

Resepi pulut ni DJ cnp dari dapur as75 kat myr. Lama tak dengar berita member sorang nih. Harap2 dia sihat  jer. As, trm ksh byk2 yer sb sudi kongsikan resepi ekspress ni. Memang best! DJ pun selalu gak tanak pulut stail gini tapi atas dapurlah dan biasanya buat yg kosong jer(tak letak santan dan serbuk kunyit) sebagaimana yg diminta suami. 


Jom layan resepinya! untuk resepi Ayam Kashmir, sila KLIK DI SINI.

Pulut Kuning Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker.
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak.
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..

Monday, January 18, 2010

Pulut Kuning dan Rendang Ayam Berempah


Salam.....

Pagi ni buat pulut kuning dan rendang ayam. Dah lama juga tak makan.. sebab tu lah kena merajinkan diri walaupun plan sebenarnya nk buat laksa...hehe. Si princess lak makan bertambah2. First time gak tu makan rendang ayam ni. Katanya "sedaaaapp!...tapi pedas sikit...tapi sedaaaappp!....nak lagiiii!!!"...hehe. Tak sangka pulak dia nak makan rendang tu. Kalau tau, dh pasti dyg tak bubuh cili padi byk2...tapi kira ok lah dia boleh makan....hehe.

Oklah nanti dayang tulis resepinya di sini yer. Nak kena cepat ni. Hubby nak outstation lagi. Tengok2lah apa yang ada kat sini. Terima kasih krn sudi tinggalkan komen.


Rendang Ayam Berempah



Update :

Terima kasih atas komen2 anda. Di sini dyg sertakan resepi pulut kuning dan rendang ayam seperti yang diminta. Resepi ini adalah mengikut versi sendiri yer. Jadi adjust lah mengikut citarasa anda sendiri. Terima kasih krn sudi singgah.

Pulut Kuning

Bahan-bahan :
  • 3 pot beras pulut (direndam semalaman bersama 1 sk serbuk kunyit dan dituskan)
  • 1/2 pot santan cair
  • 1/2 pot santan pekat
  • 1 pot air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit garam
Cara-cara : 
  1. Sediakan pengukus dan didihkan airnya. Masukkan beras yg sudah dituskan ke dalam bekas yg bersesuaian dan kukus selama 5-7 minit.
  2. Masukkan air, santan cair, santan pekat, garam dan daun pandan. Kacau perlahan-lahan. Kemudian kukus lagi hingga masak.
***boleh tambah/kurangkan air/santan jika perlu.


Resepi Rendang Ayam Berempah

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak)
  • 3 helai daun limau purut
  • santan secukupnya
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
bahan-bahan yg perlu dikisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau perlahan-lahan. 
  3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.
  4. Hidangkan bersama pulut kuning.

Wednesday, April 01, 2009

Pulut Kuning dan Rendang Daging


Sampai gak hajat nak cuba resepi pulut kuning As Myr. Memang ekspress. Tak terfikir pulak nak guna rice cooker sebelum ni sb biasanya dyg masak pulut ni guna periuk biasa je(tapi x campur kunyit atas permintaan hubby sb die nak makan dgn sambal ikan bilis) atau buat cara kukus. Next time, boleh try lg. Thank You yer, As. Oh ya,..sebelum terlupa, Selamat Menyambut Hari Jadi yang ke 34. Semoga diberkati Allah selalu dan dimurahkan rezeki. Enjoy your day!


Hari ni, dyg masak pulut ni dgn rendang daging sekali. Barulah best!...hehe, sebenarnya sambal ikan bilis pun ada gak tp yang tu dibuat semalam. Tak sempat nk ambik gambar. Hubby dan habiskan masa sarapan pg td. Dia kalau ada ikan bilis dgn pulut mmg laju...berpinggan2 dia makan...hehe.

Resepi untuk Pulut Kuning Ekspress : Klik kat Sini


Rendang Daging

Bahan-bahan :
  • 1/2-1 kilo daging (dihiris)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4-5 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji buah keras*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 sk jintan manis (disangai)*
  • 1/2 sk jintan putih (disangai)*
  • 1/2 sk ketumbar (disangai)*
  • rempah 4 sekawan
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut
  • santan secukupnya
  • kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • minyak masak utk menumis
Cara-cara : Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan diikuti serai, bahan2 kisar dan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk. Barulah dimasukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, kerisik, air asam jawa, garam dan gula. Kacau perlahan sehingga daging betul2 empuk dan kuahnya pekat.