Showing posts with label masakan arab. Show all posts
Showing posts with label masakan arab. Show all posts

Tuesday, May 04, 2010

Spinach Fatayer (Resepi Mudah)



Ini fatayer bikin hati ana gundah gulaana....malam tadi buat lagi daaa....



Ini resepi versi ana lah..ikut selera tekak ana laah...kalau tuan-tuan dan fuan-fuan mahu cuba, tidak afa lah....hahaha....sejak balik dr padang pasir ni, susah sgt nak betulkan lidah ni balik..sabar jer la yer....sekali sekala berseloroh, ye tak??? hehehe...jom layan resepi! Jangan fening2!...hehe

Spinach Fatayer

Bahan-bahan : (8-10 keping)

utk doh :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sk yis mauripan
  • 1 sk gula
  • 1/2 sk garam halus
  • 125 ml air suam
  • 3 sb minyak sayuran
Untuk Filling :
  • 250 g bayam segar (dibersihkan dan dihiris halus2)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 1/2 sk serbuk cili / serbuk lada sulah (jika suka)
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1-2 sudu makan jus lemon (boleh adjust sendiri)
  • 1-2 sudu makan minyak zaitun
Lain2 bahan utk sapuan : telur + sedikit susu segar (satukan kesemuanya. Kacau sebati)
Cara-cara :  
  1. Rendamkan yis bersama air suam dan gula sehingga berbuih. 
  2. Satukan tepung bersama garam dan minyak sayuran. Kemudian tuangkan yis tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. 
  3. Simpan doh di dlm satu bekas besar dan tutup dgn kain lembab atau cling wrap. Rehatkan selama 1 jam (sementara itu, buatkan bahan utk filling - gaul2kan kesemuanya). 
  4. Kemudian bahagikan doh kpd 8-10 bahagian. Bentuk2kan bulat. Kemudian, leperkan. Masukkan inti bayam ke dalam adunan tersebut dan tutup kemas. Sapukan telur di atasnya.
  5. Boleh KLIK DI SINI utk lihat langkah demi langkah. 
  6. Bakar doh yg telah siap selama 20-25 minit pd suhu 190-200C.

Kulit fatayer ni tetap lembut walaupun dah sejuk.

Monday, May 03, 2010

Spinach Fatayer



Ahlan! Ahlan! Wasahlan!.. Sobahul khair! Kaifa halukum??....al yaum, ana bi khair..alhamdulillah....ana di padang pasir la....uridu an akul fatayer bayam la...masyaAllah...banyak sedap la....apa2 saja la....hahaha...dah lm x cakap arab, berbelit2 lidah ni nk menyebut..grammar pun tunggang terbalik...jangan marah yer, cikgu bahasa....hehe.


Pernah makan tak Spinach Fatayer ni??...inilah salah satu sajian popular org2 Arab. 'Fatayer' (فطاير) ialah sejenis pastri atau dikenali sbg pai yg diisi dgn inti bayam  atau keju. Kulitnya seakan2 kulit karipap tetapi berbeza dari segi rasa dan teksturnya. Makanan ni mmg sesuailah utk para vegetarian atau sesiapa shj yg ingin mengamalkan pemakanan yg sihat dan berkhasiat.

Oklah, nak tau mcm mana nak buat Spinach fatayer ni step by step?? meh kita terjah dapur yg sorang ni. KLIK DI SINI. Dari semlam lagi dok skodeng dapur dia. Cantik fatayer yg dia buat.  Resepi filling ambik dari dapur dia tetapi sudah diadaptasikan mengikut versi sendiri sb ada bahan2nya tak ada kat dapur dyg.  Manakala, resepi kulit pastrinya dyg guna resepi roti pita sb bahan2nya lbh kurang sama ngan  fatayer . Ada kesilapan teknik sket time nk mengelim. Apa2pun, rasa fatayer ni tetap tak jauh beza. Walaupun ringkas tetapi boleh tahan sedapnya. Nak buat utk breakfast pun boleh, nak buat minum petang lagilah ok. Kenyang makan sekeping....hehe.

Jom makan! laziizun jiddan2!!.... :D

Versi fatayer terlebih kembang...hehe...nanti nak buat lagi...sedap nih!

Thursday, April 08, 2010

Bamia Daging



Pagi tadi asyik dok fikir memanjang..nak masak apa pulak dgn daging yg ada ni. Nak masak kari ker atau masak merah ker atau masak stew jer. Last2 masak ala2 Bamiah gitu....itupun ikut versi sendiri. Hanya dua perkataan jer yg mampu terucap....Sedap bangat!!!...ni kalau ada bendi lagilah sedap. Tapi tanpa bendi pun tetap berselera tau lbh2 lagi time demam ni...hehe.


Bagi yg menggemari masakan berempah yg sudah semestinya sedap, bolehlah mencuba resepi ni jika berminatlah kan. Kalau tak suka daging lembu, daging kambing atau daging ayam pun boleh. Cuma kat rumah dyg ni, daging kambing mmg tak pernah pun masak. Sebab tu lah tak ada dalam resepi. So, dah cakap awal2 yer, tak perlu bersusah payah selongkar dapur rumah ni semata2 nak carik resepi kambing. Mintak maaflah byk2...mmg tak ada.....hehe.

Oklah, jom layan resepi!

Resepi Daging Masak Bamia

Bahan-bahan :
  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair (kalau tak ada, boleh guna santan) - boleh adjust sendiri sukatannya
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula
Bahan-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-cara :
  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

    Masakan ini sgt sedap dimakan bersama nasi, roti Mariam, capati dsb. Ikutlah selera masing2.