Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Tauhu Sambal Berudang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni dah tak tau nak masak apa dah...kita layan jelah apa yang ada ni yer. Selain menu tauhu sambal berudang berbuncis ni, DJ tak lupa akan makanan kegemaran anak2 iaitu ayam goreng KFC dan sayur campur masak lemak. Untuk DJ, menu ni dah mencukupi. Sedap dan sgt2 menyelerakan.....Alhamdulillah.

Resepi ringkas jer tapi sgt best!

Tauhu Sambal Berudang
resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 10 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
  • 2 batang kacang panjang (dihiris)
  • 2 keping tauhu (digoreng dan dipotong kiub)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • cili giling secukupnya
  • sedikit udang kering (dikisar)
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, udang, kacang panjang dan air. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi, garam, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan kacau hingga kuahnya pekat.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas. 



Buat HaSue, teman masak2 dan jiran senegeriku di sana,...'Selamat Menyambut Hari Lahir' yer. Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa ceria dan bahagia selalu..amin. Salam sayang dari kamek. Bila nk tiup candle tek??....heheh. 

hmm...Baru perasan besday nya hari ni. Apa2pun, all the best of luck utk HaSue. mmmmmuahhh!


Monday, April 04, 2011

Tauhu Kukus BerSos Tiram

Assalamualaikum...

Betapa rindunya nk makan tauhu kukus ni...sesekali makan mmg sedap sangat...terfikir gak nak buat puding tauhu tapi tauhu lembut ni hanya tinggal sekeping jek...nak buat puding atau nak kukus..byk kali gak fikir...finally, kukus jer lah...next time beli lebih sket dan bolehlah dibuat puding. Puding apa entah...idea ni akan ada time nak memuding jek.....hehe.

Biasanya bl dah buat tauhu kukus ni DJ akan makan gitu2 jer dengan kuahnya. Bila dah kenyang, tak pandang dah nasik dan lauk2 lain. Kali ni buat bersos tiram. Memang sedaaapp!

Tauhu Kukus Sos Tiram
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.

Sunday, March 27, 2011

Tauhu Goreng Sos Cili

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kembali bersiaran....rindu plak rasanya nk tulis entri. Semalam tak sempat nk update apa2. Hari ni Alhamdulillah...dapat update 1 entri pun jadilah kan meskipun ada lagi yg sedang berbaris di belakang sana...hehe. Kadang2 tu bila dah upload gambar, idea plak tetiba jadi 'blank'. Last2...save jelah dulu...hehe.

Oklah, tak nak ckp memanjang...jom layan dulu tauhu goreng nih. Sedap dicecah dgn sos cilinya itu. Kalau ada sotong kering tumbuk atau dlm bahasa Sarawaknya "suntung tutok", mmg pergghhh...sedaappp! Sgt sesuailah dimakan dgn sos cili nih...aduhh! kecur liur!!...


Resepi Tauhu Goreng Sos Cili


bahan-bahan : Tauhu Goreng
  • Tauhu secukupnya (dipotong dua)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit garam dan lada sulah
Cara-cara :
  1. Bersihkan tauhu.
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam.
  3. Satukan kesemua bahan di atas kecuali tauhu dan kacau/kisar hingga sebati.
  4. Setelah minyak cukup panas, celupkan tauhu ke dalam batter tadi dan gorenglah hingga keemasan.
  5. Setelah masak, angkat dan toskan. Potong lagi kecil-kecil jika suka.
bahan Sos :
  • 1-2 sudu makan cili giling/cili kisar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 4 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu kecil cuka
  • sedikit garam
  • kacang tanah kisar secukupnya
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan kecuali kacang tanah hingga lumat.
  2. Kemudian didihkan sebentar dan kacau sebati.
  3. Angkat dan taburkan dengan kacang tanah kisar.
  4. Hidangkan bersama tauhu tadi. 
** sesuai dihidangkan bila-bila masa sahaja.


Thursday, February 17, 2011

Stuffed Tofu

Tauhu sumbat ni tak berapa kemas dan cun tapi rasanya enak bangat! Baru terfikir nak buat setelah sekian lama tak makan. Resepinya ada DI SINI atau DI SINI. Nak tau tak, kalau DJ buat tauhu stail gini, kena buat byk2. 6-7 keping belum tentu cukup. Bila dah siap goreng, terus ratah dgn sos cili...tak dan nk makan dgn nasik...hehe.


Jom jamu mata jelah yer...tak payah nak mintak2 sb sudah habiss!...hihi. Kalau rasa teringin nk buat, sila2lah cuba resepi ni. O ya lupa nak ckp, yg nampak tak kemas ni pasal DJ celup dgn lebihan batter buat roti goreng  rangup ptg smlm...sayang nak buang sb msh elok lg...pas tu DJ tambah sedikt air, jd cair ler plak...hmm, biar jelah...time nk goreng habis terburai inti kat dlm tu...haha. Apa2pun, selamat juga dimakan...


***resepi kek coklat kukus akan ditulis sedikit masa lg. Harap sabar menanti. TQ

Thursday, January 13, 2011

Tauhu Sos Mentega Kacang


Hari tu tayang tauhu. Hari ni tayang lagi. Jangan bosan ya..hehe. Menu ni adalah menu tahun lepas lagi. Baru sempat nk update.

Boleh dikatakan setiap minggu dyg masak tauhu. Tak pernah jemu.. sb tauhu ni boleh dipelbagaikan cara masakannya. 

Kali ni nak share resepi tauhu yg menggunakan mentega kacang sbg sosnya. Nak tau rasanya, kenalah cuba resepinya dulu yer. Resepi ni adalah resepi lama sekitar tahun 90an dulu. Tak ingat dari mana dapat tp msh ingat sket2 bahan-bahannya. Kemudian telah diubah mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri. 

Tauhu Sos Mentega Kacang 

bahan-bahan :
  • 4 keping tauhu keras (digoreng hingga masak)
  • sedikit tauge (dicelur)
  • sedikit timun (dihiris halus)
  • sedikit kacang tanah panggang/gajus panggang (ditumbuk kasar)
bahan sos :
  • 3 sudu besar mentega kacang rangup (-/+)
  • 2-3 biji cili padi (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan susu segar / susu cair (boleh tambah jika suka)
  • 3 sb kicap cair
  • 1 sk kicap pekat - optional 
  • sedikit daun ketumbar (diracik/hiris halus)
  • 1 sb mayonis @ 1 sb cuka
  • 1 sudu makan bawang putih goreng
  • sedikit lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :

  1. Untuk sosnya : satukan kesemuanya di dlm periuk dan jerang dgn api perlahan. Kacau sehingga sedikit pekat.
  2. Susunkan tauhu di atas pinggan, tuangkan sos di atasnya. Kemudian, hiaskan dgn tauge, timun dan taburkan kacang. Hidangkan.

Tuesday, January 11, 2011

Tauhu Goreng BerSambal

Assalamualaikum....

Lama gak tuan rumah x update blog yer. Ramai yg tertanya2...hehe..rindu ker??..Sebenarnya, pd minggu lepas iaitu dari 2hb hinggalah 8hb Januari tuan rumah terpaksa berkampung di hospital utk menemani anak perempuan yg sedang sakit dan menjalani dua pembedahan dalam satu masa. Bayangkan, betapa getirnya saat itu, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Siapa sangka, anak yg periang dan sentiasa aktif itu telah mengidap penyakit appendix dan lebih mengejutkan lagi ada ketumbuhan(sebesar bola tennis) plak di bahagian rahim pd usia yg begitu muda. Semuanya adalah ketentuan Allah. Namun, aku tetap redha dan terima hakikat. Alhamdulillah, kepayahan yg dilalui berakhir dgn penuh kesyukuran kerana segala urusan dipermudahkan olehNya. Terima kasih yg tak terhingga kpd semua specialist dan staf yg terlibat dlm OT atas layanan baik mereka terhadap kami sekeluarga. Begitu juga dgn staf2 di wad pediatrik yg sentiasa mengambil berat, prihatin serta menjalankan tanggungjawab dan amanah yg diberikan dgn penuh dedikasi dan toleransi. Good job! 

Oklah....yg berlalu sudahpun berlalu, sekarang kena jaga makan minum si princess. Tak boleh makan sesuka hati, kena berpantang. Walaupun sekali sekala dia merungut sb tak dpt makan makanan favorite. Nak buat mcm mana kan. Nak cepat sembuh, kenalah berpantang dan makan ubat ikut time. Lagi satu, yg sedihnya, hari ni dia merayu2 nak pergi ke sekolah padahal MC lama lagi.. Hampir dua bulan lamanya. Sian kan, terpaksalah study kat rumah jer. Apa2pun, semoga anakku cepat sembuh. Buat teman2 di kampung FB, thanks yer atas doa2 kalian. Really appreciate.

Tengahari tadi masak yg biasa2 jer utk anak2. Tapi memandangkan si mama ni tengah berusaha membuang lemak2 yg ada, terpaksalah makan satu menu jer. Kenyang gak meratah tauhu ni tau. Selebihnya makan buah2an atau jus buah. 

Resepi tauhu goreng bersambal ni amat mudah dan sedap. Jom layan!

Tauhu Goreng BerSambal

bahan-bahan :
  • 4 keping tauhu keras (dilumurkan dgn garam dan tepung jagung, kemudian digoreng)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar / cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato atau perahan air asam jawa
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu besar madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
Cara-cara : Tumiskan bawang kisar hingga terbit bau. Masukkan cili kisar/cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan kiub ikan bilis, sos tomato, madu dan garam. Kacau hingga sebati. setelah masak, siramkan ke atas tauhu yg sudah digoreng tadi. Hidangkan.


Entah tiba-tiba dyg sakit tekak plak dari malam tadi. Dapat flue lagi. Cepat-cepat makan eskrem Vanilla. Inilah antara ubat yg paling berkesan utk meredakan sakit tekak dan batuk2. Tapi eskrem perisa vanilla jer tau. Eskrem perisa lain, sila tanggung risiko sendiri...hehe.

Monday, October 18, 2010

Tauhu Kukus Sos Plum/Taucu



Ingat tak hari tu dyg masak Ketam kukus sos plum?? The next day, dyg buat lagi sos plum tu untuk tauhu kukus pulak. Memang sedap sgt2!

bahan-bahan :
  • 1 paket tofu lembut (dikukus hingga masak)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan taucu pedas 
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos plum
  • minyak bijan secukupnya
  • sedikit kicap cair (kicap manis pun boleh)
  • sedikit gula jika perlu
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit hirisan daun bawang
  • hirisan cili padi - optional
Cara-cara :
  1. Di dalam kuali, panaskan minyak bijan secukupnya. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan sos plum. Tumis lagi. (Jika suka, bolehlah dimasukkan sedikit udang basah).
  2. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan gula (jika perlu), cili benggala dan cili padi. Jika ingin kuahnya pekat, bolehlah ditambah dgn bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuangkan ke atas tofu yg sudah dikukus tadi.
  3. Hiaskan dgn hirisan daun bawang. Hidangkan.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/10/ketam-kukus-sos-plum.html#ixzz12h5OtD8G
Under Creative Commons License: Attribution


Thursday, April 29, 2010

Tauhu Kukus Sos Cili



Seperti biasa, hari ni masak lauk ayam & sup sayur utk anak2. Mamanya pulak nak makan ikan bakar. Tapi kesemua hidangan tengahari tadi tak masuk dlm entri ni sb lauk2 biasa jer kan. Dah byk kali tayang pun...hehe.

Malam ni tuan rumah nak escape dari makan nasik. So, layan jer lah tauhu kukus ni. Sedap meratah mcm tu jer. Rasa masam, manis, pedas, masin semuanya cukup. Kenyang dah tuuu....hehe.


Jom layan resepi mudah ni!

Tauhu Kukus Sos Cili

Bahan-bahan :
  • 1 pek tauhu lembut (dikukus hingga masak)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 2 biji bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 sb sos cili thai
  • 1 sb sos tiram
  • 1-2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • sedikit udang basah
  • sedikit hirisan daun sup
Cara-cara :
  1. Tumis kesemua bawang hingga terbit bau.
  2. Masukkan kesemua sos dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan udang dan daun sup. Kacau lagi hingga masak. (kalau nak campurkan dgn kapsikum, nanas, tomato atau hirisan epal pun ok juga)
  4. Susunkan tauhu di dlm pinggan dan siramkan kuah tadi di atasnya. 
  5. Hidangkan panas2.

Monday, April 19, 2010

Sambal Tauhu & Kacang Buncis



Hari ni masak simple jer. Ikan masak stim dan sambal tauhu with buncis. Sedap nih!..Lain2, masak bubur ayam sket buat si Danial. 2 hari lepas gigi susunya dah tertanggal sendiri. Hari ni tumbuh pulak gigi baru. Tapi baru sebatang. Gigi2 yg lain masih elok lagi. Tak ada satu pun yg berlubang. Bila dah patah gigi, dia rasa tak selesa. Tu yang sampai terdemam2. Sabar ajelah...


Berbalik cerita pasal tauhu ni. Sebagai peminat setia, tauhu ni wajib dibeli setiap minggu. Masak jer apa2 tetap berselera. Biasanya dyg akan masak mcm ni lah. Sedap ni tau. Sayang tak ada udang, kalau tak, boleh jadi teman tapi mesra...hehe.

Jom layan diri!

Bahan-bahan :
  • 3 keping tauhu (digoreng 1/2 masak dan dipotong)
  • 5 batang kacang buncis (dihiris)
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili api*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • segenggam ikan bilis @ udang kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar kasar bahan2 bertanda *.
  2. Tumiskan bahan2 tadi hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Masukkan tauhu dan kacang buncis. Kacau rata2. Perasakan dgn garam jika perlu.

Monday, April 12, 2010

Stuffed Tofu (Resepi II)



Dah lama tak buat tauhu sumbat sedap ni. Walaupun tekak ni tak boleh nak makan benda2 berminyak lagi, tapi kalau dah teringin sgt tu, buat jer lah. Itupun nak kena paksa diri gak ke dapur. Dah siap masak2, barulah dpt rest kejap. Betapa penatnya hari ni....penat bukan kerana penat memasak, tetapi penat melayan tekak yg teramat2 sakit. Sejak makan ubat batuk tu lah....batuk makin bertambah, bukannya nak cepat elok. Lepas tu, baru terfikir yg kita ni alergik dgn ubat batuk....huhu. Tadi otw balik dari Giant singgah jap ke Guardian, beli 'Fisherman's Friend' kat farmasi. Barulah rasa lega tekak ni. Bila fikir2 balik, sebenarnya tekak ni serasi dgn Fisherman. Kenapalah tak fikir dari awal2 lagi....maklumlah dah lm tak kena virus ni...tu yg pelupa sket...hehe.

Oklah, off the record. dah bosan cerita benda yg sama...heheh. As usual, to the visitors and friends, thank you so much for stopping by. Andalah penyeri rumahku ini. Datanglah lagi pd bila2 masa shj. Pintu rumah sentiasa terbuka buat anda semua walaupun tuan rumah selalu menyepi dan akan menyepi lagi utk jangkamasa yg agak panjang dlm masa terdekat ni. Bukan sekarang tau...ehem...hint dulu....hehe. 

Berbalik cerita pasal tauhu ni, resepinya dah ada kat dapur dyg. Boleh KLIK DI SINI. Atau DI SINI. Cuma resepi II ni ada sedikit perubahan. Apa2pun kedua2 resepi ni tetap sedap dan menyelerakan. Boleh dimakan dgn nasik atau pun main ratah gitu jer dgn sos cili. Sedaaappp!

Stuffed Tofu

Bahan-bahan :
  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 helai daun bawang/daun sup (dihiris)
  • 1 sdt lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit tepung gandum
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan tepung. Kemudian, sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan golek2/salutkan dgn tepung. Kemudian goreng sehingga keperangan.
  4. Hidangkan bersama sos cili.
Acara menyumbat tauhu


Monday, February 22, 2010

Tauhu Kukus Istimewa II


Baru-baru ni dyg masak tauhu kukus istimewa lagi tetapi dgn resepi yg berbeza. Jika anda adalah peminat tauhu, sudi2kanlah mencuba resepi ini yer. Pasti berbaloi!



Bahan-bahan :
  • 1 keping tauhu lembut (dikukus hingga masak)
  • Crab stick secukupnya (dipotong kecil) - udang pun boleh
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 cm halia (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • sedikit hirisan cili benggala (kapsikum)
  • sedikit hirisan daun sup/daun bawang
  • 1 biji cili padi (dihiris nipis) @ 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan puri tomato/sos tomato
  • sedikit kicap manis dan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan marjerin/mentega (minyak masak pun boleh)
Cara-cara :
  1. Cairkan marjerin/mentega. Tumis bawang2 serta halia hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan puri tomato/sos tomato, sos cili, kicap manis dan cili padi. Gaulkan.
  4. Kemudian barulah dimasukkan crab stick/udang serta cili benggala. Kacau lg selama 30-40 saat. Boleh tambah garam dan gula jika perlu.
  5. Setelah masak, siramkan ke atas tauhu yg telah dikukus tadi dan hiaskan dgn daun bawang dan daun sup.
  6. Hidangkan panas2.

Thursday, February 11, 2010

Tauhu Sambal resepi II

Salam....

Hari ni masak tauhu lagi. Tak habis2 dgn tauhu....hehe. Tapi bukan tauhu lembut mcm yg semalam tu...guna tauhu biasa jer. Sebelum expired, baik dimasak cepat2 sb kalau tauhu ni jadi keras, dah tak elok dimakan. Rasa pun dah tak sedap.

Maka, tengahari tadi dyg buatlah tauhu bersambal. Lama gak tak buat. Last time buat bulan mac tahun lepas. Lama dah tuu....hehe. Sedap sangat2!...peminat2 tauhu dah pasti suka akan masakan sebegini.

Lauk lain ialah  kurma ayam dan sayur campur.....
 

Tauhu Sambal
Bahan-bahan:
  • 3 keping tauhu (dibelah dua)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu makan sos tiram - optional
  • segenggam udang kering/belacan bakar (dikisar)
  • 2 sudu besar sos tomato / jus limau
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • gula dan garam secukupnya
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sampai keemasan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato dan sedikit air. Masukkan pula garam dan gula.
  4. Tutup api. Masukkan tauhu yg tlh digoreng tadi ke dalam kuah td dan gaulkan.
  5. Hidangkan.
***Mintak maaf sekali lagi atas kelewatan dyg utk membalas msg/komen/emel anda. Nak blog walking pun tak sempat2 lagi ni. Hanya sempat singgah jap jer. Tu pun 1-2 buah rumah. Hari ni si Danial tak berapa sihat. Tiba2 demam sejak pg tadi. Risau dan gelisah dah ni....

Apa2pun, terima kasih atas kunjungan kalian. Jangan jemu utk bertandang ke sini lagi.

To Hana Jepun tu, tolong sampaikan  mesej ni buat Danish yer...."Happy Birthday to You! Be a good boy!"....akak dh cuba send msg kat blog hana tp x dpt tembus...kebal sungguh pintu umah Hana tu yer...hehe.

Monday, January 11, 2010

Tauhu Kukus Bersambal



Dah lama juga tak buat tauhu kukus. Sesekali makan mmg sedaaapp!..Kali ni makan dgn sambal. Rasa tak cukup pulak makan sekeping ni. Sambalnya yg buat tak tahan tuuu....

Tauhu lembut ni sekeping harganya tak sampai seringgit. Sesiapa yg tak pernah cuba atau yg tak berminat, cubalah sekali. Mana tau lepas ni jadi addicted pulak. Lagipun tauhu ni mmg baik utk kesihatan.


Bahan-bahan :
  • Sekeping Tauhu Lembut (dikukus hingga masak)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1/2 kiub pati ikan bilis / pati ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • hirisan daun bawang dan daun ketumbar
  • garam dan gula melaka / gula pasir secukup rasa
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing. Masukkan sos cili dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau hingga pekat. Tutupkan api dan siram pada tauhu kukus dan taburkan daun bawang dan daun ketumbar. Hidangkan.



Sunday, November 08, 2009

Menu Hari Ini

Ayam Panggang Berempah II

Asam Pedas Pari

Sambal Cencaluk

Tauhu Taugeh Tumis

Monday, September 07, 2009

Tauhu Goreng Belacan

Lagi satu n3 yang selamat ditayang....tauhu ni sebenarnya tinggal 2 keping je. Saja nak perhabiskan sebelum expired. Jadi, dayang masak dan campurkan dgn bahan2 seperti kacang panjang dan sedikit udang basah. Sedap sungguh!....

Anak2 lak dayang buatkan sayur buncis bersama karot dan juga lauk ayam masak kicap.


Bahan-bahan :
  • 2 keping tauhu (dipotong dadu dan digoreng separuh masak)
  • 2 batang kacang panjang (dihiris)
  • 6 ekor udang basah (dibuang kulit)
  • 1/2 inci belacan bakar (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 2 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1 sdt jus limau kasturi
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk dan cili kering hingga garing.
  2. Masukkan udang dan kacau hingga separuh masak. Masukkan kacang panjang dan tauhu. yg sudah digoreng tadi. Kacau lagi.
  3. Perasakan dgn garam dan gula barulah diperahkan dgn limau kasturi.
  4. Sedia utk dihidangkan.

Wednesday, September 02, 2009

Stuffed Tofu

Lagi menu sampingan yang menjadi favorite dayang sekeluarga. Dah lama gak tak buat tauhu sumbat ni...sesekali makan memang berselera....cecah dengan sos cili... betul2 mabeles!..

Bahan2nya dayang guna isi udang tapi kalau tak letak isi udang pun tetap sedap rasanya....


Bahan-bahan :
  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - tak letak pun ok
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 helai daun bawang (dihiris)
  • 1 sdt lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
  4. Hidangkan bersama sos cili.

Monday, August 31, 2009

Tauhu Bakar

Tauhu bakar buat sendiri dan sosnya pun buat sendiri gak. Maklumlah, petis udang dah lama dibeli tapi x terbuat2 lagi sosnya. Lega rasanya dapat makan tauhu bakar kali ni. Nanti2 nak buat rojak lak.

Inilah resepinya mengikut citarasa dayang.

Bahan-bahan :

Untuk Tauhu :
  • 4 keping tauhu (dibelah 4)
  • sedikit garam
Cara-cara : Gaulkan tauhu bersama garam dan goreng sehingga masak. Kemudian bakar 7-10 minit atau sehingga garing pd suhu 180C. Jika menggunakan tauhu goreng siap, hanya perlu bakar shj.

Untuk Sos :
  • 2 sudu makan petis udang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 cawan air
  • 2-3 biji cili padi (ditumbuk lumat)
  • garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan hiasan :
  • kacang tanah goreng (dikisar)
  • timun (dihiris)
  • sangkuang (dihiris)
  • bijan
Cara-cara : Satukan kesemua bahan untuk sos di dlm periuk dan masak hingga sebati. Hidangkan bersama tauhu bakar dan bahan2 hiasannya.



Monday, August 24, 2009

Tauhu Sumbat

Salam....inilah salah satu menu berbuka puasa semalam. Cukup menyelerakan dan mengenyangkan. Tapi yang ni dayang tak buat sendiri yer. Beli kat bazaar ramadhan. Lain kali nak buat sendiri jelah sebab sos yang disertakan sekali ni kurang menepati citarasa dayang.

Tuesday, June 30, 2009

Fried Egg Tofu

Satu lagi masakan ringkas lagi berkhasiat. Bagi sesiapa yang sibuk bekerja, bolehlah mencuba resepi ringkas ini. Bukan setakat mudah dan berkhasiat, malah enak dimakan. Anak2 kecilpun pasti menyukainya jika kita pandai tackle. Selamat mencuba!


Bahan-bahan :
  • 2 bungkus egg tofu/tauhu telur (dipotong)
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1/2 sdt lada sulah
  • sedikit gula (1 sdt)
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Celupkan tofu ke dlm telur dan gorengkan hingga keperangan.
  2. Untuk kuahnya, satukan tepung jagung bersama gula, garam, lada sulah bersama air. Kacaukan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan campuran tepung td dan masak hingga kuahnya pekat.
  3. Hidangkan bersama egg tofu.

Sunday, June 28, 2009

Tauhu Goreng/Bakar Sos Madu + Nanas

Satu lagi menu specialku hari ini. Tak makan dgn nasik, tapi main ratah jer. Dah habis yer...sori...hehe. Jamu mata jer lah yer, Lina :D



Bahan-bahan :
  • 2 keping tauhu (dibakar @ digoreng)
  • 4 sudu makan madu + 70 ml air
  • sedikit nanas (dihiris dadu)
  • sedikit kapsikum (dihiris dadu)
  • 1/2 labu bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu makan kicap masin/manis
  • 2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali dgn api sederhana. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan kicap dan madu. Sebatikan. Kemudian, masukkan hirisan nanas dan kapsikum. Kacau lg. Masukkan sedikit garam jika perlu dan akhir sekali masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh tadi. Boleh tambah air jika perlu. Setelah masak, tuangkan ke atas tauhu bakar/goreng tadi. Hidangkan.