Satu lagi kek yg dh lama tertangguh nak buat. Alhamdulillah, hari ni dapatlah merasa... buat minum petang. Minta maaflah yer, dyg x sempat nak tayang kek tu sepenuhnya sb dh kena potong tengahari td buat bekal si pincess ke sekolah. Dia nak jamu kawan2 dia sekali. Kenalah bekal byk2. Jadi, yang tinggal hanya 3 slice je.
Resepi kek ni pun main ingat kat kepala je. Masa remaja dulu, selalulah buat sb mak mmg sukakan kek ni. Alhamdulillah, menjadi sgt2 selain rasanya yang lemak2 manis dan lembut. Yang nak geli hatinya time nak 'membaking' tu, kek ni naik mcm gunung berapi...takutnya kot2 meletus lak,...heheh. Tapi nasib baiklah tak jadi volcano....buat saspen je. Yalah, biasa kat kampung dyg guna loyang besar 4 segi tu dgn ovennya pun besar (yang mcm oven dayang kek lapis tu). Jadi senanglah nak buat. Kat sini dyg guna loyang biasa jer sb nak selaraskan dgn saiz oven yang ada. Ingat nak order kat dyg kek lapis tapi nanti2 je lah. Kalau ada oven Srwk tu, barulah dapat buat kek2 lapis bakar. Mana tau lepas ni boleh buat bisnes...hehe...
Oklah, apa2pun jom minum petang bersama dayang!...... :)
Bahan-bahan : loyang 10 inci
Bahan-bahan : loyang 10 inci
- 2 cawan tepung naik sendiri + 1 sdt soda bikarbonat (diayak)
- 5 biji telur A (pd suhu bilik)
- 1 cawan gula pasir (dikisar sehingga halus)
- 250 gm butter (pd suhu bilik)
- 4 sb susu pekat + 1/2 cawan air panas (dibancuhkan)
- 2 sk esen vanilla
- 4 sb serbuk koko (dibancuh dgn 4 sb air suam)
- Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
- Pukul telur sehingga kembang. Ketepikan.
- Pukul butter bersama gula hingga kembang dan gebu.
- Satukan langkah 2 dan 3. Putarkan lagi hingga sebati.
- Masukkan bancuhan susu diselang selikan dgn tepung. Putar lagi. Ulangi sehingga habis.
- Masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian. satu bahagian dicampurkan dgn koko dan satu lagi dibiarkan kosong.
- Tuangkan adunan ke dlm loyang secara berselang seli.
- Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. (suhu panas bgantung pd jenis oven)
No comments:
Post a Comment