Friday, August 28, 2009

Sambal Tumis Terubuk Masin

Ikan terubuk lagik!...hehe...semalam dah masak yg sebelahnya. Hari ni masak sebelah lagi. Tapi seperti yg dirancang pagi tadi, dayang nak buat sambal tumisnya pulak.... Memang sungguh menyelerakan!

Rasa sambal tumis ni ada masam, pedas sikit, masin dan manis. Semuanya cukup rasa. Tapi sebelum buat sambal tumis, ikan ni kenalah digoreng garing terlebih dahulu mcm resepi semalam tu...senang je...

Jika ada sesiapa kepingin nak buat mcm ni, silalah buat. Takda ikan terubuk? Boleh guna ikan masin yg lain. Memang best tau!...

Bahan-bahan :
  • sebelah ikan terubuk (dipotong, dan digoreng garing)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3-4 sb cili kering kisar (bergantung pd jenis dan kepedasan cili)
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar. Setelah layu, tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
***nak masam lagi, perah dgn limau kasturi.

2 comments:

Ahliah Nizam said...

Assalam,

Saya C&P gambar dan resepi di FB saya :)
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150591580590284&set=a.10150534516360284.635374.324656380283&type=1

Terima kasih

amieysa said...

Salam Pn., mohon kebenaran untuk ambil resipi dan photo dari blog ini. http://www.facebook.com/terubukmasinselangor. Terima kasih.