Thursday, August 13, 2009

Kek Coklat Kukus Dayang_Jack

Amboii,..sapa pulak nak sambut besday ni ek???....hmmm...takda sapa puunn...saja je nak wat surprise utk si princess tu...kalau ada sesapa nak join, boleh aje. Aiman tak kesaahh......huhu.

Anyway, kek coklat ni buat ikut versi sendiri. Tak berminyak tapi sangat lembab. Bila makan, terasa ada bunyi mcm buih. Faham ke tak tu??...heheh.

Inilah resepinya yang teramat2 simple. Yang berminat, bolehlah mencuba yer.

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 120 gm tepung naik sendiri + 4 sb serbuk koko (diayak bersama)
  • 4 biji telur gred A
  • 5 1/2 sb susu pekat manis
  • 1/3 @ 1/2 cawan gula pasir (dikisar halus spt gula aising)
  • 200 gm mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api kecil. Sediakan loyang kek dan griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim (guna high speed).
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan sebiji lagi telur dan pukul lagi. Ulangi sampai habis.
  4. Masukkan susu pekat. Putar lagi.
  5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dlm loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 50 minit (guna api sederhana).
  8. Sesudah masak, keluarkan dr pengukus dan sejukkan terlebih dahulu.
Untuk topping :
  • 40 gm mentega (dipotong kecil2)
  • 1 cawan susu segar
  • 150 gm coklat masak
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm periuk dan kacau dgn cara double boiler sehingga coklat menjadi likat dan pekat. Kemudian hiasilah kek tadi dan taburkan coklat urai jika suka.

9 comments:

love2cook said...

Aduhai kak Dayang! Love terliur tgk kek nih! Seriously luks sooo tempting. Ada resipi ke kak? Adeh! Tak leh tahan!

love2cook said...

Kak Dayang! Memang akak nih Queen of Cakes lah! Love hanya leh tgk gambo kek nih aje! Uwaaa!

dayang_jack said...

Love, thanks for the compliment..ehem, terlalu tinggi sgt penghargaan tu, Love.Belum sampai tahap Gaban lagi tuh..huhu. Kek ni kena dgn taste ank2 akak esp die punya topping tu..hehe. Nanti akak update resepinya yer. tq, Love.

LOVE said...

Kak Dayang...tenkiu so much for the recipe...Love will try it! Luks delicious ler! U r definately Queen of Cakes...! ;)

CT Delima said...

memang mengences tgk kek dayang ni...nanti k.ct nak cuba buat gak.coz mmg suka ngan kek2 cekelat ni hehe

Kakda tartlets n cookies said...

Inilah yg ditunggu tunggu tu Kek Dayang. TQ

dayang_jack said...

Love : u're welcome...jgn lupe buat tau...kek coklat ni die punye struktur sgt padat x berlubang2 tp very moist...hope it'll fit your taste.. :)

dayang_jack said...

k.CT : tq kak...bdk2 mmg suke kek coklat...Selamat Mencuba yer :)

dayang_jack said...

Kakda : Selamat mencube yer kak...moga2 kena dgn taste.. :)