Sunday, August 02, 2009

Sup Tulang Pedas Masam

Last n3 untuk hari ni. Buat sup favorite ni tengahari tadi, tapi baru je lepas makan. Malam ni tak makan nasik, hanya sekadar meratah ikan siakap dan sup tulang jer. Lega rasanya. Si princess pulak makan sup ni bertambah2. Padahal pedas gak tu. Tu la yang dyg cakap kat HaSue sblm ni yg si princess ni boleh makan cili padi tapi kalau cili kering dia x tahan pedas lak...


Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu
  • 1 sudu makan perencah sup
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6-7 biji cili padi pedas (diketuk) - letak lebih pun xpe
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdt lada hitam (ditumbuk)
  • 5 sudu makan jus limau nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, tulang dan sedikit garam.
  2. Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan jus limau nipis, gula, bawang besar dan cili api. (kalau kurang masin boleh tambah garam)
  3. Setelah masak, hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

2 comments:

blogresipi said...

Kite tgh mkn roti kosong nie... teringin plak nak cicah ngan kuah sup tulang kak dayang tue... hehe

dayang_jack said...

blogresipi : eh, boleh sgt tuh...meh la sini...akak hidangkan semangkuk sup special punya...heheh