Saturday, August 29, 2009

Sambal Tumis Sotong

Tertunai juga hasrat di hati nak makan sambal tumis sotong. Hehe..kak rosaliza, dayang x buat ketupat sutun sb yang ni dirancang awal2 lagi. Kena tunaikan niat ni, kalau tak, tidur malam termimpi2 lak...huhu....Sesungguhnya, masakan sambal sotong ni memang mabeles dan terlalu sukar utk dihuraikan dgn kata2...cewahh.... :D

Sila2lah menjamu mata yer...nak jamu betul2, tak dapek den nak nolong....tapi kalau teringin nak mengetes, bolehlah cuba resepi dayang ni....selamat mencuba!...........


Bahan-bahan :
  • 5 ekor sotong XL (dibersihkan dan dipotong - tak nak potong pun ok)
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 4 sb cili kering kisar
  • 1/2 inci belacan bakar *
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sedikit hirisan daun ketumbar - jika suka
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebus sotong separuh masak dan tuskan.
  2. Kisar bahan2 bertanda *.
  3. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
  5. Masukkan sotong, daun ketumbar, bawang besar dan jus limau kasturi/air asam jawa. Gaulkan sebati.
  6. Setelah masak, hidangkan.
***nak pedas lagi boleh tambah cili padi.

No comments: