Sunday, August 16, 2009

Kek Coklat Kukus II

Sekali lagi n3 kek coklat kukus tetapi dlm versi lain. Sebenarnya dyg dh buat kek ni 2 hari lepas. Baru lah sempat tayang hari ini. Gambar kat atas tu adalah kek yg belum dilengkapkan lagi dgn toppingnya. Si princess la punya deko tu...hehe. Lepas tu, dia mintak deko dgn topping coklat lak. Nasib baik baki ganache yg lepas ada lagi tersimpan dlm fridge. Bolehlah hias sikit2.

Kek coklat ni memang berbeza dgn kek coklat kukus sebelum ni. Dari segi rasa dan struktur keknya pun x sama. Tapi kedua2nya sedap dan ada keunikannya tersendiri. Kalau kawan2 nak tau rasa dan perbezaannya, bolehlah cuba resepi kedua2 kek coklat kukus ni yer.

Bahan-bahan : (loyang saiz kecil)
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sk soda bikarbonat (diayak)
  • 1/2 cawan serbuk minuman coklat
  • 3/4 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan marjerin
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Satukan serbuk coklat, gula, susu segar serta marjerin ke dlm periuk dan larutkan.
  2. Pukul telur sehingga kembang.
  3. Satukan langkah 1 dan 2. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga adunan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  6. Tuangkan adunan ke dlm loyang yang sudah dilengser dgn mentega dan ditaburkan sedikit tepung.
  7. Kukus selama 1 jam.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Boleh hiaskan dgn topping kegemaran jika suka.
***untuk resepi topping/ganache yg ringkas, boleh KLIK DI SINI

1 comment:

LOVE said...

Gud morning Queen of Cakes...dah keluar kek lagik! hehe, love masih blum buat yang dua lagik tuh!...sedapnyerrrr...pagi2 dah terliur la plak! ;)