Monday, August 10, 2009

Asam Pedas Pari

Salam....hari ni teringin sangat nak makan asam pedas pari. Kebetulan hubby ada belikan 2 ketul ikan pari 2 hari lepas. Nasib baik ikan pari ni jenis yang tak hanyir dan senang nak cuci. Kalau tak, terbantutlah selera ni...hehe. Lauk lain yg tak masuk dlm n3 kali ni ialah ayam goreng sayur tauhu/taugeh.

Apa2pun ikan masak asam pedas ni mmg sedap dan menjadi kegemaran kami sekeluarga terutamanya hubby. Dialah yang mengajar dyg masak asam pedas ni ketika mula2 kenal dulu...hehe...jgn main2, dia tu terer masak tau...cuma skrg ni dia terlalu sibuk dgn kerja , jadi, dia serahkan semua hal2 memasak ni kpd dayang. Hmmm,...apa2 jelah.... :)

Bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dipotong ikut suka)
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia muda*
  • 1 batang serai*
  • 2 sm kunyit hidup*
  • 3-4 sb cili kering kisar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun kesum dan hirisan bunga kantan
  • 3-4 sb air asam jawa
  • air secukupnya
  • sedikit bendi (dibersihkan)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukupnya
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis serai, bahan2 kisar serta cili kering hingga pecah minyak(tumis lama sikit dgn api perlahan...barulah sedap).
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan ikan pari bunga kantan dan dun kesumi. Kacau sedikit dan biarkan ia merendidih.
  4. Masukkan garam, gula, asam jawa dan sayur bendi.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan masak lagi selama 10 saat dan tutupkan api.
  6. Sedia utk dihidangkan.
***utk mengurangkan bau hanyir ikan, rendam ikan bersama sedikit tepung gandum dan perahan limau kasturi selama 20 minit dan kemudian dibilas bersih. Selamat mencuba.

2 comments:

blogresipi said...

Sedapnye asam pedas pari kak dayang nie... terliur jer...

dayang_jack said...

blogresipi : tq2...mmg sedap sgt2 sampai hirup kuahnya sekali...heheh.