Sunday, August 09, 2009

Udang Masak Merah II

Menu udang lagik!!...heheh...kali ni masak udang galah...sedap sangat2. Hubby pun makan bertambah2. Dah habis makan pun dia msh meratah lagi...hehe. Menu lain pulak, dyg masak sup sayur, sambal tempoyak dan ikan goreng. Tapi sayang sb x sempat ambik gambarnya.

Peminat2 udang...cepat2lah datang umah, ada lagi ni...jom makan!

Udang Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang galah (digoreng separuh masak)
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin/manis
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak utk menggoreng dan menumis
  • sedikit daun sup, bawang besar dimayang, 1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.

Cara-cara

  1. Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
  2. Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, daun sup dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  3. Siap untuk dihidangkan.