Wednesday, August 05, 2009

Udang Lada Hitam

Lauk udang....udang lagi. Masak pun sekejap je ni. Tapi3x.....rasanya btl2 mengancam!!! Nama je lada hitam dan add cili api sket tapi taklah pedas sangat. Budak-budak pun boleh makan.

Yang xda selera pun jadi berselera makan...cewahh, nak promote la ni...hehe. Nak resepi takkk??...

Udang Lada Hitam

bahan-bahan :
  • 300 gm udang basah (digoreng/direbus separuh masak terlebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 1 sdt sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sdt serbuk lada hitam (kalau xda, guna biji lada hitam dan ditumbuk)
  • 4-6 biji cili padi (diketuk)
  • bahan-bahan hirisan : daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili benggala.
Cara-cara :
  1. Gaulkan udang bersama kicap pekat dan lada hitam. Perapkan selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan udang, bawang besar dan kicap manis. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan dan kacau lagi hingga wangi.
  5. Hidangkan setelah masak.
***tak cukup rasa, boleh tambah sos cili, garam dan kicap. adjustlah mana2 perlu. Selamat mencuba!

4 comments:

Nor said...

N A K !!!!!!!!!!!!!!!!! :)

dayang_jack said...

k.nor : dah agak dah...kompom k.nor terjah dulu...heheh

blogresipi said...

Seksi2 jer udang kak dayang nie... besau2 plak tue...

dayang_jack said...

blogresipi : hehe...senyum sampai ke telinga....