Friday, August 28, 2009

Roti Jala

Tak sangka yer semalam ramai gak rakan2 blogger buat roti jala. Macam berjanji lak. Dayang pun minat makan roti jala ni. Tapi yang tak bestnya, hubby x sempat nak berbuka kat umah semalam disebabkan urusan kerja yang takleh nak elak (ni lah kali pertama hubby tak berbuka bsama dayang)...pas tu dia call, tanya masak apa...dayang jawablah roti jala...dia terus minta dayang simpankan untuk dia.

Itu sudah semestinya. Maklumlah, roti jala ni mmg makanan kegemarannya. So, kenalah buat lebih sikit. Alhamdulillah...habis gak roti jala ni...tak sia2 aku menjala...heheh....

Ni pulak kari ayam, teman sejati roti jala. Best sangat2!....

Bahan-bahan : Roti Jala
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 2 1/4 cawan air
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas di dlm bowl mixer dan pukul hingga sebati. Kemudian tapiskan. Gunakan corong roti jala dan masukkan adunan ke dlmnya. Ayunkan di atas kuali leper yang tlh disapu dgn sedikit minyak.

**Hidangkan bersama kari ayam/daging/ikan kegemaran

2 comments:

K.Nor said...

aik, dayang menjala gak ya.. k.nor langsung tak makan nasi smlm, berbuka dgn roti jala dgn kari daging sampai kekenyangan :)

dayang_jack said...

heheh...tu ler kak...roti jala ni memang mengenyangkan...tapi nasik ttp makan gak kak. makan lewat sikit..perut kampung...huhu...