Monday, August 31, 2009

Puding Evergreen

Pemanis mulut yang sungguh lazat dan berkhasiat!....Mula2 nak taruh nama puding hijau, atau puding Emulco...finally, letaklah nama puding Evergreen...sb tgk je puding ni, sejuk dan damai je mata memandangnya...

Yang ni pulak dayang dah keluarkannya dari bekas tadi...sekali pandang, mcm kapal UFO lak, kan....huhu...apa2pun resepinya teramat2lah ringkas dan mudah. Dayang tak guna sebarang agar2 atau tepung kastard tetapi hasilnya tak menghampakan selain rasanya yang lembut dan sedap.....

Bahan-bahan : adunan ini cukup utk 3 bekas kecil. Nak buat banyak bolehlah gandakan bahan2nya.
  • 1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis lagi, jadikan ia 3/4 cawan)
  • 60 ml air
  • 250 ml susu cair
  • 2 biji telur A
  • 1 sk pandan emulco
Cara-cara :
  1. Larutkan gula bersama air di dlm periuk.
  2. Masukkan susu cair dan pandan emulco. Sebatikan. Padamkan api.
  3. Pukul telur sedikit tetapi jgn sampai berbuih.
  4. Satukan telur bersama campuran susu tadi. Kacau perlahan.
  5. Tapiskan adunan tadi dan tuangkan ke dlm bekas yang sudah dilengserkan dgn mentega. Tutup kemas bekas tersebut dgn kertas foil.
  6. Kukus selama 25-30 minit.
  7. Setelah masak, sejukkan. Hiaskan dgn mix fruits dan susu cair.

4 comments:

ain said...

ishhh...senangnya nak buat dayang!! boleh masuk list ni.

phalla said...

hi , your site is good, can we exchange link?
here is my link
http://khmerlovenews.blogspot.com

I hope you can

Best regards,
phalla

dayang_jack said...

ain : selamat mencuba yer...memang senang sgt..

dayang_jack said...

phalla : hi, thanks for the visit...sure why not...it's my pleasure...tq...