Wednesday, August 05, 2009

Pegaga Goreng Belacan

Alahai...terasa malas betullah hari ni. Berat sgt kaki ni nak melangkah ke dapur. Tapi kugagahkan juga...demi keluarga tersayang. Oklah, inilah salah satu menu utk hari ini. Pegaga ni boleh dimasak macam2 cara mengikut krativiti sendiri. Salah satu caranya ialah masak goreng belacan. Sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan :
  • 1 ikat pegaga (dicuci dgn air garam dan dipotong sedikit)
  • 1 biji cili merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdt udang kering(ditumbuk)
  • 2 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1/2 inci belacan bakar (ditumbuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan pegaga, sos tiram dan sedikit air. Kacau sebati hingga masak. Sedia dihidangkan.

***jika perlu, pisahkan daun pegaga dari batangnya. Tumis batangnya terlebih dahulu sebelum memasukkan daunnya.

2 comments:

blogresipi said...

Pegaga pun boleh goreng belacan ek kak? kite pernah mkn wat ulam jer.. nampak sedap lah pulak.... teringin nak makan nie.. huuhu

dayang_jack said...

blogresepi : boleh aje...akak slalu buat. sedap tau... :)