Saturday, August 01, 2009

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol / Ayam

Alhamdulillah...dapat gak mengadap komputer setelah terjaga dari tidur. Penat sgt sampai sakit kepala. Seharian kat luar dgn cuaca tak menentu, balik rumah terasa nak je baring tapi semua penghuni dah kelaparan dan kebuluran. Kalau aku tak masak, siapa lagi nak masak?...Nasib baiklah dah rendam beras utk buat nasi dagang...akhirnya terealisasilah segala perancangan yang dah berkurun2 dirancang. Sebenarnya panjang ceritanya mengenai nasi dagang ni..tapi nak ringkaskan je lah..hehe. MIL selalu ulang alik ke Kelantan dan selalu gaklah bawak ole2 dr sana termasuklah beras dagang ni. Beras ni mmg dah lama dia nak bagi kat dyg. Baru minggu lepas dyg dapat dr FIL. So, bukan main happy lagi dyg...teruja sgt2 nak buat nasi dagang sendiri. Sebelum ni selalu gak beli kat kedai tapi hubby kata tak berbaloi lah pulak. Dia suruh kita buat sendiri la tu. So, dayang buatlah dgn segala panduan yang FIL bagi. Tapi still gak dayang tokok tambah sendiri cara nak buat gulai ikan tongkol, gulai ayam, sambal kelapa dan juga yg wajib ada ialah acar dan sambal cili (sambal cili reka sendiri..heheh). Itulah yg membuatkan dyg berselera makan nasi dagang ni.

Honestly, i really2 love dis menu...dari dulu(1994) till now dyg tak jemu2 makan masakan ni. Cuma, kalau buat sendiri, dyg tak guna santan pekat, buat cair sikit...takut terasa muak pulak. Jadi buat ikut citarasa sendiri. Memang puas hati, memang berbaloi. Hubby pun seronok sakanlah bila dapat makan bertambah2...heheh. Dia ni susah nak komen, tp once dia kata 'sedap', perasaan gembira tak dapat nak digambarkan...

Lauk ayam ni pulak utk hidangan budak2 tu. Maklumlah, dia org x makan ikan tongkol. Jadi, dyg masak kedua2nya sekali...fair n square!

Acar ni kena wajib ada. Kalau tak, tak lengkaplah nasi dagang ni....

Sambal kelapa pun kena ada, siap meratah lagi tuh!...heheh

Sambal ciliku yang mengancam....guna cili padi, cili merah, bawang putih, sedikit sos cili thai, air masak, garam dan sedikit gula.

2 comments:

blogresipi said...

Kak Dayang, nak nasik dagang jugak!!!!!!!! sedapnye, lengkap lauk pauk tu ha....

dayang_jack said...

blogresipi : meh la sini..jgn segan2...nanti akak masak banyak2 k...heheh