Friday, August 14, 2009

Kurma Daging

Ini pulak menu daging masak kurma. Dah lama tak merasa masakan ni. Disebabkan ada kurma daging nilah dayang terbuat sambal belacannya sekali. Barulah ada lawan. Memang btl2 mengancam!


Kurma Daging
  • 1/2 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub atau mengikut keselesaan)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu besar puri tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 biji kentang (dibelah 4)
  • 150 ml santan
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, rempah 4 sekawan dan cili kering hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma dan puri tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan santan, kentang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar sebelum dihidangkan.

4 comments:

blogresipi said...

Best nya kalo dapat makan kurma daging ngan nasik beriyani... mcm menu kat kedai mamak plak... sedap!!!

dayang_jack said...

tu ler pasal...nak buat nasik beriyani x terbuat2 sampai skrg...maybe raya ni lah buat.. :)

Kakda tartlets n cookies said...

Resipi Dayang banyak saya dah cuba memang ada class serta lengkap bahannya. Kenapalah saya tak jadi jiran Dayang dah tentu kenyang bau makanan ya.

dayang_jack said...

kakda, terima kasih byk2 krn sudi mencuba resepi dyg...huhu..terharu dyg tau...syukur Alhamdulillah krn resepi dyg menepati citarasa kakda. kalo dok dkt2 ni leh je dyg jemput kakda makan2...apa salahnya...hehe.