Friday, August 28, 2009

Kuih Sagu

Seperti yg dirancang semalam, dapat gak buat kuih sagu ni utk diri sendiri. Memang sedap. Ingatkan nak beli kat bazar ramadhan tapi mengenangkan ada sejarahnya tahun lepas, lebih baik buat sendiri. huhu...


Bahan-bahan :
  • 100 gm sagu biji (direndam sekejap dan dituskan)
  • 2 sb gula pasir
  • sedikit kelapa parut dicampurkan dgn sedikit garam (gaulkan)
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna kegemaran (dyg guna pandan emulco, pewarna merah dan kuning)
Cara-cara : Satukan sagu, air dan gula di dlm periuk. Kacau hingga kembang. Bahagikan kpd 3 bahagian. Warnakan dgn pewarna kegemaran. Masukkan ke dlm bekas yg bersesuaian secara berlapis dan sejukkan sebelum dipotong. Salutkan dgn kelapa parut.

3 comments:

Fiza Nordin said...

apakah sejarahnye itu???

dayang_jack said...

hwaaaaa!..dapat kuih sagu tawar dan kelapa parutnya basi....sedih oooo!!!

Khadijah Ahmad said...

salam, minta izin copy resipi ye..nak try masak.. :)