Tuesday, August 11, 2009

Kerepek Jagung Pedas

Bukan setakat cornflake madu, malah, empingan jagung ni sebenarnya sedap sangat kalau dibuat macam kerepek ubi tu. Sedap dan rangup....huhu, teringat kat nenek yg selalu buat kerepek ubi masa dulu2. Memang sedap takda tandingan...

Kerepek ni taklah pedas sgt. Depends ngan jenis cili kering yg digunakan. Cili kering saiz besar tak pedas, tapi saiz yg paling kecik tu mmg berasaplah telinga ni...hehe. tapi dyg suka beli yang saiz sederhana je.

Kerepek Jagung Pedas

Bahan-bahan :
  • 3 cawan empingan jagung (dyg guna kellogs cornflake asli)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih(dikisar)
  • 3-4 sb cili kering kisar (boleh kurang/tambahkan- ikut citarasa)
  • gula dan garam secukupnya
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga betul2 pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi dan biarkan sehingga garing. Barulah dimasukkan emping jagung tadi. Gaulkan sehingga rata (guna api sederhana).

3 comments:

Anonymous said...

Makan time nonton wayang kat umah syok nie...

DjDayang Jack said...

memang sedap tau...sambil nonton tv...heheh..try ler sekali..mesti nak lagi...

Chempaqa said...

kak..chemp dah wat td..mmg trangkat..anak2 bantai 2 mangkok sorang-mummy makan serdak..hiihi.esok nak beli lg kellogs -nak wat lg..balas dendam..hhiihtq kak..