Saturday, August 29, 2009

Kerapu Masak Stim

Menu ikan masak stim yang dah lama tak buat. Memang sedap dan berbaloi. Nak masak pun mudah je. Nyaris2 tak sempat ambik gambarnya sebab x sabar dah nak ngap. Sebab tu nampak berterabur je...xpelah, janji dapat tayang. O ya, lauk ni dayang masak lepas berbuka dgn pulut dan kuih-muih.

Resepi ikan masak stim ni ada kat dapur dayang di MYR. Cuma kali ni dayang guna ikan kerapu dan guna resepi yang sama dan sudah diedit sedikit. Kalau ada sesiapa nak cuba, bolehlah ikut resepi ini yer...

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan kerapu (dibersihkan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan- optional
  • 4 sb jus limau nipis @ campuran limau nipis dan limau kasturi
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 2 cawan air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

2 comments:

Kakda said...

mm resipi dayang selalunya secukup rasa. solid gitu.

dayang_jack said...

terima kasih kakda...Alhamdulillah... :)