Pagi tadi dayang x sempat nk breakfast sebab sibuk mengemas dapur especially peti sejuk. Esok pulak nk ke pasar seperti biasa, beli lauk utk seminggu. Kenalah kosongkan peti sejuk dulu. Dah hampir pukul 11 pagi, rest skjp. Pas tu masak ala kadar je. Lauk sup ayam, ikan goreng dan sayur. Budak-budak dh makan roti dan burger. Kenyang lagi tu. Dayang pulak sempat buat mee hailam sementara tunggu lauk masak. Tak susah pun. Masak x sampai 5 minit dah siap. Bahan2 dh siap potong (lebihan buat mee goreng a few days ago). Cukup-cukup utk makan sorang. Apa yang ada dalam fridge, itulah yang dyg gunakan utk masak mee ni. Sedap pulak lbh2 lagi bila dah terasa lapar...hehe.
Bahan-bahan: 1-2 orang
1 pinggan/mangkuk mee kuning
4 ekor udang basah
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam
3-5 biji cili api (diketuk)
1/2 sb tepung jagung + sedikit air (dibancuh)
sedikit fish cake
sedikit crab ball
sedikit sawi
sedikit daun sup
minyak masak dan air secukupnya
Cara-cara :
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.
- Masukkan udang, fish cake, crab ball dan sedikit air. Kacau lg.
- Masukkan, sos tiram, kicap pekat, cili api dan serbuk lada hitam.
- Masukkan mee, tepung jagung dan sawi. (kalau kurang masin, boleh tambah garam atau kicap).
- Hiaskan dgn daun sup dsb.
No comments:
Post a Comment