Oleh kerana kepingin sgt nk makan kuih bakar, dayang buat je lah sikit utk minum petang. Kalau kat kampung, mak yang selalu buatkan sb dia tau dayang minat sgt dgn kuih2 mcm ni. Sesetengah org menggelarkan kuih ni 'bahulu kemboja', ada yang sebut 'kuih bakar' atau 'bingka pandan'. Tapi dlm versi dayang plak 'bingka pandan moden' ... sb guna loyang biasa dan bahan-bahannya pun x memerlukan daun pandan tapi dyg hanya guna pandan paste...hehe! Ape2pun rasanya lebih kurang sama je dan yang penting, kuih ni sedap serta menepati citarasa.
Bahan-bahan :
1 ¾ cawan tepung gandum (diayak)
3 biji telur
700 ml santan rendah lemak
1 ½ cawan gula pasir
1 sk pandan paste
sedikit bijan
Cara-cara :
Bahan-bahan :
1 ¾ cawan tepung gandum (diayak)
3 biji telur
700 ml santan rendah lemak
1 ½ cawan gula pasir
1 sk pandan paste
sedikit bijan
Cara-cara :
- Pukul telur dan gula tapi jgn terlalu lama
- Bancuhkan tepung bersama santan dan pandan paste.
- Satukan langkah 1 dan 2. Putar dgn menggunakan mixer supaya sebati.
- Sediakan loyang/acuan yang dilengser dgn sedikit minyak masak. Tapiskan adunan td dan tuangkan ke dlm loyang/acuan.
- Bakar dgn suhu 180-190C selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan taburkan bijan di permukaannya.
- Bakar semula selama 35 minit atau sehingga masak dan keperangan.
No comments:
Post a Comment