Dessert favorite anak2...especially bila dh ditambah ganache kat bahagian atasnya, lg budak2 suka...apa lagi, kalau setakat satu bekas mmg x cukup.
Choc puding ni baru dikeluarkan dari peti sejuk. Hmm...idea kreatifku datang lagi...Nak bg cantik kat bahagian atasnya, apa kata kita buat toppingnya sekali. Memang best sgt2. Resepinya mudah je. Bahan-bahan x perlu banyak. Apa yang ada dlm stok, itulah dayang gunakan utk buat puding ni. Sedap bangat...!
Bahan-bahan :
untuk ganache : 40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air
Cara-cara :
Bahan-bahan :
- 10 g serbuk agar-agar
- 2 cawan air
- 1 cawan susu segar
- 3/4 cawan serbuk minuman coklat(less sugar) + sedikit air panas (dibancuh)
- 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula)
- 1/4 sk serbuk kulit kayu manis/esen vanilla (optional)
untuk ganache : 40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air
Cara-cara :
- Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.
- Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil.
- Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk.
- Untuk ganache, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.
- Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya.