Ayam ni dayang buat semlm. Tak sempat nk post sb bz ngan aktiviti lain. Actually semalam buat nasi ayam & dayang guna ayam ni la. Resepi ilham sendiri. Memang dh selalu buat ayam ni time nk mkn nasik ayam sb rasa dan aromanya kena dgn nasi ayam. Pendek kata, mmg sesuailah..gerenti makan bertambah2 mcm kaum kerabat dyg ni..seekor ayam mmg x cukup. Nak kena beli ayam belanda..hehe! Yang bestnya, ayam ni boleh dimasak dgn dua kaedah, bakar atau goreng. Kalau nak bakar kena add minyak zaitun/minyak masak time nk perap supaya kulitnya sentiasa berkilat dan tak kering seolah2 digoreng. Ayam ni jg sesuai utk disajikan dgn nasi ape2 pun selain dgn nasi ayam. Nak tau sedap ke tak sedap, kena cuba dulu. Sesape yg tringin nk cuba, bawah ni dyg sertakan resepinya sekali. Selamat Mencuba yer!
Bahan-bahan :
- Seekor ayam (dipotong ikut suka, dibersih dan direbus dgn sedikit garam sehingga separuh masak dan ditoskan serta disejukkan terlebih dahulu)
- 7 ulas bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 2 sudu makan lada sulah
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan jus lemon @ sos plum
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (hanya utk kaedah membakar sahaja)
- garam dan gula secukupnya.
- minyak utk goreng terendam
Cara-cara :
- Gaulkan ayam dgn bahan2 di atas dan perap lbh kurang 1 jam.
- Goreng sehingga masak.
- Untuk kaedah membakar, panaskan oven 180C. Sediakan tin pembakar, lengserkan dgn minyak zaitun/minyak masak. Susunkan ayam dan tutup dgn kertas foil. Masak selama 30 minit. Buka kertas foil, renjis2 sedikit dgn bahan perapan td dan bakar semula selama 10 minit atau sehingga masak (bergantung pd jenis oven yg digunakan)
- Hidangkan.
No comments:
Post a Comment